Tuesday, 30 July 2013

Iftar @ Flora Cafe, Ampwalk

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedar tak sedar , kita sudah berada di penghujung Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Minggu depan sudah mula bercuti dan pulang ke kampung halaman untuk beraya.

Semalam (ahad, 28 Julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan), sempat berbuka puasa di luar. Destinasi pilihan, tidak jauh dari kediaman kami, iaitu Flora Cafe, Ampwalk. 

Bufet Ramadhannya:

Dewasa : RM45++
Kanak2 : RM20++

Sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke Cafe ni perlu membuat tempahan awal /Reservation kerana Cafe ini  memang ramai pengunjung. Kalau pergi ' walk in' , memang takde meja kosong. Makanannya juga sedap2 gitu!



ini pintu masuk Flora Cafe ni.


Cantikkan bunga kat entrance tu...suka sangat!!

Cantik sangat hiasan pada ceiling Flora Cafe ini!
Cantik sangat hiasan pada ceiling Flora Cafe ini!
Photo: Semoga majlis kami ini mendapat keberkatan dan KeredhaanMu.
ada persembahan semasa sesi berbuka puasa ~gambar diambil dari FB Flora Cafe
gambar diambil dari FB Flora Cafe

antara kuih-muih yang disajikan







gambar ni little Danish yang ambil...blur skek hehe



Sekian, wassalam!

Sunday, 28 July 2013

Permainan Tradisional

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 lain di bulan puasa yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Hari ini terpanggil untuk membuat 'entry' tentang permainan tradisional kaum Melayu yang telah hampir lenyap ditelan arus kemodenan. Letih dan kesian tengok generasi anak2 kecil dan remaja masa kini yang hanya kenal permainan maya di gajet2 canggih sahaja (termasuklah anak2ku huhuhu).


gambar ihsan google


Zaman kanak2ku dulu (tahun 80-an dan 90 -an) sangat meriah dan alive! Aku masih sempat dan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional, contohnya seperti:

Congkak
gambar ihsan google

Batu seremban
gambar ihsan google

Aci sorok
gambar ihsan google

Konda-kondi
gambar ihsan google

Lompat tali/getah
gambar ihsan google

Ketinting
gambar ihsan google

Tarik upih pinang
gambar ihsan google
Baling tin
gambar ihsan google

Permainan tradisional banyak merangsang kecerdasan minda, mengukuhkan perpaduan, menggalakkan kerjasama dan meningkatkan kesabaran, baik untuk kesihatan kerana banyak mengeluarkan peluh dan menggalakkan kita berfikir, mengoptimumkan pergerakan psikomotor, menggalakkan pembinaan jati diri dan melahirkan generasi yang berani berhadapan dan tampil ke depan serta pandai bergaul dengan masyarakat (bukan seperti masyarakat hari ini yang saling tidak bertegur sapa hatta dengan jiran dan keluarga sendiri).

Selain itu, zaman kanak-kanakku dulu juga , aku ceria dengan basikal BMX kuningku, gemar main Saidina, Sahibba dan permainan video game yang ada pada masa itu hanyalah SEGA. Permainan popular waktu itu ialah Mario dan Luigi hehe. Satu lagi ialah brick game hehe. Old school haha!

gambar ihsan google

gambar ihsan google

game Mario~ gambar ihsan google
gambar ihsan google

Brick game ~ gambar ihsan google

Inilah serba sedikit pengalaman masa kecilku. Sekian, wassalam!