Tuesday, 19 August 2014

Blog yang dah naik habuk..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam 23 Syawal untuk semua teman2 yang dirindui. Lama betul tak berpeluang menjenguk blog sendiri apatah lagi BW. Sampai naik berhabuk dah blog ku ini hihi.
Nasib baik ada juga rakan blog yang sudi bertanya khabar mengapa diriku menyepi hehe. Bukan sesaja menyepi atau takde cerita yang nak diomongkan tapi kerana banyak betul la kerja yang harus dibuat.

Cerita rayaku? Memang meriah..alhamdulillah! Dapat beraya dengan famili tersayang, sanak saudara dan teman2. Balik KL pun masih meriah beraya...dah 2x  hujung minggu rumahku menerima tetamu yang ramai...syukur...tetamu datang membawa rezeki gitu. Disamping mengeratkan silaturrahim. Antara menu yang disajikan ialah nasi dagang lauk ikan dan ayam, roti jala, sate dan nasi himpit dan lain2.

Nasi dagang dan sate serta nasi himpit

ada kek lapis, popiah, kuih talam durian, jelly kelapa dan fruits

nak promote kek lapis frozen My Ziff yang sedap kat sini
roti jala dan kari ayam

ni je gambar yang sempat snap sebab tuan rumah merangkap tuan blog busy melayan tetamu...aduyai..

ni sebahagian sampul duit raya yang ditempah..Custom made

antara pilihan biskut raya yang ada hehe
Hihi rasanya sampai sini dulu . Mata pun dah mengantuk. Sehingga jumpa lagi. Wassalam!