Terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk blog amatur ku ini...hihi..masih banyak yang perlu dipelajari. Coretan kali ini kena undur masa , kerana ia berlaku pada 27 & 28 januari 2013 yang lalu dan baru sekarang berpeluang untuk ditulis dalam blog. Jangan marah ya!!
Bermula seawal pagi, sesudah sarapan kami sekeluarga bertolak ke destinasi pilihan untuk percutian kali ini. 'Weekend breakway' sempena cuti Hari Thaipusam. Destinasi kami kali ini ialah ke Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip. Anak-anak semua 'happy'!Mama n papa pun girang dan ceria.
On the way tu , sempat juga tengok perarakan kaum India ke kuil sempena Thaipusam.
jem juga sekejap di sini
Kami sampai ke Kuala Selangor pukul 11.00pg .Lebih kurang 1 jam setengah perjalanan sahaja. Tempat pertama yang dituju ialah Taman Alam Kuala Selangor yang terletak di kaki Bukit Malawati.
My hubby beli tiket untuk naik tram untuk naik Bukit Malawati
Harga tiket tram
Dah naik tram
panas la plak...duduk belakang sekali hihi
Foto berlatar belakangkan rumah api di atas puncak Bukit Malawati
ada banyak lotong di atas Bukit Malawati ni
Turun dari Bukit Malawati, kami di bawa melawat ke akuarium.
Pelbagai jenis ikan air tawar
Peralatan menangkap ikan secara tradisional juga dipamerkan di sini
Selesai pengembaraan di sini, kami bertolak ke De Palma Hotel untuk 'check in'. Malangnya kami diberitahu oleh pihak hotel hanya boleh' check in' selepas pukul 3 ptg kerana bilik penuh. Jadi kami pun 'decide' untuk pergi ' lunch' dulu. Hurray, jom jalan-jalan cari makan!
Nasi ambeng Warung Ibu Tanjung Karang
Nasi ambeng Warung Ibu Tanjung Karang
Sedap betul makanannya dan memang membuka selera. !Selesai mengisi perut, kami pergi 'survey' tempat untuk tengok kelip-kelip malam nanti. Ada dua tempat;satu di Kampung Kuantan dan satu lagi di Kampung Belimbing.Kami pilih untuk tengok kelip-kelp di Kampung Belimbing.
Dah pukul 3.00 ptg:jom balik hotel dulu.! Boleh rehat-rehat sekejap kerana malam nanti ada misi kelip-kelip!
Hero-heroku ....Rehat sekejap hihihi
5.30 ptg: Anak- anak semua dah tak sabar nak pegi mandi kolam.
Haikal & Danial
Si bongsu...Danish!
Around pukul 6.30 ptg:Kami meninggalkan kolam renang dan balik ke bilik untuk bersiap-siap ke lokasi kelip- kelip .
Tadaa...! dah sampai !tak sabarnya nak tengok kelip- kelip. Tapi ia bermula pukul 7.45 malam. Kami giliran yang ke-9.
Sudah bersedia dengan jaket keselamatan
Sedang menunggu giliran, tetiba ada tanda-tanda macam nak ujan. Hati rasa berdebar dan takut juga .Dalam hati tak putus-putus berdoa dan membaca ayat Qursi agar kami semua selamat dan tujuan kami yang baik ini akan tercapai. Aku memeluk erat anak-anakku, saat itu terasa sangat kasih dan sayangku pada mereka memang selamanya ikhlas, telus dan tak pernah berbelah bahagi. Moga tiada perkara buruk yang berlaku kepada kami sekeluarga. Amin! Aku lihat suamiku hanya tenang disisi.
Syukur, alhamdulillah. Cuaca kembali ok dan tiada lagi tanda-tanda mahu hujan. Kami beratur menunggu giliran untuk menaiki bot. Gelap sangat kerana lampu memang tidak dipasang dan penggunaan kamera dan lampu suluh juga dilarang supaya tidak mengganggu koloni kelip-kelip.
Bot yang bakal dinaiki
Setelah tiba giliran kami, kami berlima berpegangan tangan ke jeti untuk menaiki bot. Saat itu terasa kami sangat rapat dan amat memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Doaku agar Allah melindungi kami sekeluarga dan kasih sayang antara kami berpanjangan hingga ke syurga.
Di dalam bot, kami tidak boleh bising, mengambil gambar dan bergerak- gerak. Bot mula bergerak menyusuri sungai. Kami mula melihat kerlipan kelip-kelip di pokok di sepanjang sungai. Cantik sungguh! Terasa nyaman disapa angin di dalam bot yang terbuka itu....fresh air!!Kat KL dah takde hihihi
Lebih kurang 25 minit kami sampai semula ke jeti tadi. Syukur, alhamdulillah. Yang paling membahagiakan apabila anak-anak berasa gembira, teruja dan bersyukur dengan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga.
"Spending good time with your family is better than spending money on them!"
Kami bertolak pulang ke hotel selepas makan malam di sebuah restoran tom yam berhampiran. Sleep...sleep...sleep
Keesokkan paginya, kami berkemas-kemas untuk pulang.
Say good bye to the tiger...patung harimau tu di letak kat situ untuk menakutkan monyet-monyet yang banyak berkeliaran di kawasan situ hihi
Sebelum pulang ke KL, Little Danish menangis nak pergi main pasir kat pantai. Adoi, mana nak cari pantai yang cantik kat sini sayang? Akhirnya, my hubby pecut kereta ke pantai berhampiran...Pantai Remis.Tercapai jugalah hajat si kecilku untuk bermain pasir. Siap main layang-layang lagi!
Danish dan papa
Haikal
Danish
Danial
Dah puas bermain layang-layang, kami bertolak pulang ke KL. Sebelum itu, sempat singgah sekejap membasahkan tekak di Kedai Cendol Bakar, Kuala Selangor. Ramai gileerrr ,orang!
RojaKing
Siap ada drive-thru lagi..hihi...maju sungguh!
Cendol Bakar
Cucur udang
like father, like son!
Burger burung unta? Macam-macam ada!
Akhirnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Banyak pengalaman berharga didapati walaupun percutian ini hanya mengambil masa yang singkat. Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca. Insya allah, kita jumpa lagi di lain entry.
Babai..
Eh best jugak yer tempat tu.....xpernh lg i kuala selangr.ruginya xe gambar kelip2
ReplyDeleteHaah.x leh amik gambar kelip2
ReplyDeletehepinye tgk budak2..aritu tgk dh gambar ni..
ReplyDeleteDah lama tak makan nasi ambeng!
ReplyDelete