Tuesday, 5 March 2013

Yeay, dapat hadiah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak tulis juga tentang memberi dan menerima hadiah. Semua orang suka menerima hadiah tak kira kecil atau besar kan. Perasaan bila menerima hadiah itu sangat indah dan ' happy'. Insan yang memberi juga tentu akan rasa gembira, puas dan positif. So, mari kita sama-sama memupuk budaya mengharagai insan2 disekeliling kita dengan memberi hadiah kepada mereka terutamanya bila hari-hari istimewa mereka seperti hari lahir,' wedding anniversary', dapat baby, kahwin dan macam-macam lagi. Percayalah, memberi itu lebih baik daripada menerima. Secara tak langsung kita akan berasa sangat gembira bila melihat orang lain gembira menerima hadiah daripada kita. 

Hadiah tak semestinya yang mahal2 dan besar2 sahaja. Hadiah yang kecil dan murah pun masih berharga kerana itu tanda ingatan .Betoi tak???

baru menerima hadiah ni daripada salah seorang kawan baik mamaku.
Terima kasih , cik sah!
I likeeee!!


Itu saja untuk kisah hadiah ni..Jom baca 'entry ' seterusnya!

7 comments: