Sunday, 28 April 2013

Quick weekend breakaway!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tengah buat apa di petang ahad ni?hehe. Esok dah kembali bekerja la kita semuakan.

Kali ni nak bercerita tentang 'quick weekend breakaway' kami sekeluarga hehe. Destinasi yang dituju ialah Port Dickson (PD). 
Disebabkan saya bekerja pada hari sabtu pagi ( ada Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah ~i'm a teacher hihi ), jadi kami bertolak ke PD agak lewat . Sesampai ke PD, kami terus menuju ke hotel yang telah di 'booking' untuk 'check-in'. Dah lama kami tak datang PD ni, kunjungan terakhir kami pada tahun 2010.


Hotel Corus Paradise Resort.

gambar ihsan En Google

Memang cantik hotel ini dan terletak ditepi pantai dengan pemandangan yang cukup indah dan menenangkan jiwa.

Lobi hotel


Danial dengan 'pose' istimewa


" my wife and kids," said my hubby hehe


sesi bergomol-gomol hehe..my husband and kids!

Comelnya...kotak dia!hehe


Selepas meletakkan beg di bilik hotel, kami keluar semula untuk makan tengahari.

Berhampiran kedai makan tu ada satu jambatan kayu...anak2 berminat pula nak meniti jambatan yang agak uzur tu.

Selepas makan kami pulang untuk berehat seketika di bilik hotel. Anak-anak memang dah tak sabar nak mandi kolam dan main air kat pantai. Tapi sebab cuaca yang agak panas, pukul 5 ptg baru kami turun.

...and the fun begins!




susah nak 'snap pic' depa berempat ni hehe

my three musketeers!

Kemudian, kami ajak anak2 ke pantai pula.


 Danial sejuk!!



 main pasir!

kaki siapa pulak ni?

Dah nak masuk waktu Maghrib, kami naik semula ke bilik .

Sunset...cantikkan! Subhanallah!

Selepas mandi dan solat kami bersiap-siap untuk keluar makan malam. Target;ikan bakar la apa lagi hehe...nyum!nyum! Kami menuju ke Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran PD. Kami makan di kedai Samudra Ikan Bakar.

 ikan bakar sambal petai..memang sedap!

Sotong celup tepung...tapi sayangnya sotong ni agak liat dan tak sesedap yang biasa kami makan.

by the way, selain sotong tu...menu yang lain memang 'superb'!
Syukur!

Day 2 :Hari ahad (28 april 2013)

Pepagi lagi kami turun breakfast kat hotel ni kerana anak-anak nak mandi kolam lagi. 

Sunrise

 Menu 'breakfast ' yang pelbagai dan sedap-sedap. Berbaloi-baloi gitu!

Bubur nasi ikan dan telur masin serta sesame oil dan soy sauce dan sedikit taburan bawang goreng...emmm sedap juga!


Hotel ni ada spa. Memang berangan la i nak memanjakan diri kat spa. Sekali spanya ditutup buat sementara waktu...under construction! huhu.

 Haikal...ni kami dah bersiap-siap untuk balik dah

Sempat singgah gerai ni untuk  beli sedikit ole-ole

Tata Bandar Tentera Darat (Port Dickson)! Nanti kami datang lagi. Percutian yang cukup bermakna walaupun hanya sekejap.  

"All that really matters to me is spending time with family and see them enjoying life. The rest can be dealt with."



Wassalam!

14 comments:

  1. Alhamdulillah...hepi depa sumer..

    ReplyDelete
  2. hehehe suka tengok gambar bergomol tu. cantik yer tempat tu, hotel baru ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sure plak since bila.tp rasanya dah lama juga.hari tu pantai dia mcm nampak tak terjaga skek.maybe sebab ramai org.nampak kotor

      Delete
  3. Patut pun senyap je weekend baru ni.... rupanya berserono di PD yeh...Nape tak ajak OKje? hehe...
    Pernah gak bermalam di sini...best jugakkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulah en suami nak sgt bwk kami gi pd.katanya nak ganti masa bersama famili coz last week diakan outstation

      Delete
  4. Last time gi PD duk kat Casa Ricardo.. seronok gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.anak2 mmg best. Kids mmg suka main air kolam,pantai main pasir

      Delete
  5. sweet je pic bergomol atas katil..muka semua terserlah kehepian masing2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rasa bahagia bila tgk Happy faces anak2. .yang tu mmg x leh tukar dgn wang ringgitkan

      Delete
  6. dapat bercuti sekejap pun jadi la, kan? yg penting quality time with family :)
    seronok tgk muka budak2 tu happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saat2 indahbersama famili tu mmg amat bhargakan...

      Delete
  7. seronok dpt bercuti ngan familykan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.kalau bpeluang boleh buat kerap kan.walaupun hanya destinasi dkt2 didlm negara kita...yg penting keluar dr kesibukan kerja

      Delete