Sunday, 26 May 2013

Parut Bukit Fraser

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena cuti sekolah ni, saya nak kongsi sedikit tentang tempat percutian yang mungkin teman-teman boleh pertimbangkan untuk bawa keluarga bercuti. Tempat ini khas untuk mereka yang sukakan Mother Nature  , suka melihat kehijauan alam semulajadi.
Tempat ini adalah  salah satu destinasi menarik di negeri Pahang iaitu..Bukit Fraser.
Kami sekeluarga telah bercuti ke Bukit Fraser pada bulan disember 2012.

Empangan Sungai Selangor~otw ke Bukit Fraser
Mercu tanda Bukit Fraser~ Clock Tower

Balai Polis Bukit Fraser...cantikkan?



Kecil ja Bukit Fraser ni. Kat sini memang takde tempat untuk ber'shopping-shopping' hehe. Tempat makan pun hanya ada 1 food court sahaja kat atas ni (selain di hotel masing2). Tapi kehijauan alam memang masih tebal disini. Sejuk dan nyaman sungguh! Memang rasa tenang. I love it so much.! Rasa macam taknak balik KL dah. Bukit Fraser juga terkenal sebagai destinasi popular untuk 'Bird Watching'.

gambar ihsan mr google

Berkabus
ni tempat kami menginap...The Pines Resort
Fraser's Hill food court
kita makan dulu
Antara tempat menarik disini untuk dilawati ialah:

The Paddock Fraser's Hill





first time mama naik kuda hehe .Haikal dah biasa naik kuda

Papa dan Danial



Allan's Water Fraser's Hill






 
Taman Flora Bukit Fraser


Strawberi pun ada juga kat sini...tapi sikit jelah hehe. Perasan tak kat dahi Little Danish ada  plaster?


Taman Awam

ni gambar Danish di awal pagi hari kedua kami di Bukit Fraser. Ceria sebelum injured.Kesian Danish

Papa dukung Danish ke Klinik Pesakit Luar Bukit Fraser
Alkisahnya, Danish jatuh semasa berlari di food court dan dahinya terhantuk kepada bucu tiang. Memang luka agak dalam di dahi dan darah pun banyak keluar. Mujur dia sedar dan takde muntah-muntah selepas kejadian. Kami terus bawa ke klinik, satu-satunya klinik yang ada di Bukit Fraser dan  syukur pada Allah, klinik itu dibuka. Kot tak memang kami kena pecut kereta turun dari Bukit Fraser. 

Menangis semasa luka sedang dibersihkan
sedih je Danish huhu
 Disebabkan kejadian ini kami memendekkan sehari percutian kami dan balik ke KL lebih awal. Risau ' in case ', apa-apa terjadi pada Danish, lebih baik kami berada di KL.Syukur, alhamdulillah, Danish ok cuma parut kat dahi tu kekal hingga ke hari ini. Terima kasih kepada kakitangan Pusat Kesihatan Fraser Hill. Layanan mereka memang tip top!

So, tata Fraser Hill. Insha Allah , kami akan datang lagi.


15 comments:

  1. Tgk gambar2 kat Bukit Fraser dah mirip2 kat Uk dah tu... dgn kabusnya, saling tak tumpah :)

    ReplyDelete
  2. Belum sampai sini lagi TJ...Nampak cantikkan...tapi sebab anak2 OKje dah besar2 takut mereka boring pulak!

    ReplyDelete
  3. Lupa pulak nak komen hehe...
    Alahai siannya Danish.... tgh syok bercuti ada pulak insiden yg tak diingin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...ni mmg insiden x terduga.betulla kata org, malang x berbau

      Delete
  4. bestnya kalu akak dpt kesana...dpt hirup udara segar!tp....

    ReplyDelete
  5. Ho ho parut Fraser Hill.. boleh cerita sampai anak cucu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tulah.dah ada bukti pernah sampai fraser hill

      Delete
  6. Assalamualaikum tuan juhaida...

    Seronok beristirehat bersama keluarga...shopping cenderahati je kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.kami pun beli fridge magnet je.tempat ni sesuai sgt utk kita nak relaks2 n nikmati keindahan alam.mmg tenang je rasa

      Delete
  7. patut le akak g sana rasa tak best jer sbb pergi sekejap jer, rupanya kena bermalam baru terasa nikmat bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi mmg kat atas tu mcm xde apa2 sgt..tp sy suka ja tgk kehijauan alam n rasa nyaman sgt kat atas tu.sesekali escapism dr kesibukan kota

      Delete
  8. Cantik Bukit Fraser ni..belum pernah smpai ke sana.. InsyaAllah suatu hari nti.. kesin Danish..moga tak ape2 ye..

    ReplyDelete
  9. xmungkin akak sampai kesana...!berangan jer bleh la..

    ReplyDelete