Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu kita kembali...semoga semua sihat dan ceria sentiasa. Seperti yang dijanjikan, hari ni nak berkongsi sedikit tentang kemeriahan sambutan hari guru peringkat sekolahku. Jommm...kita sesama ikuti rentetan peristiwa untuk hari ini (jangan termuntah ya tengok banyak gambar hehe)
Bermula seawal pukul 7.30 pg, para guru bersedia untuk perarakan masuk ke dalam Dewan Wangsa Bestari (semua pelajar sudah berada di dalam dewan).
Pengacara majlis yang terdiri daripada pelajar.
Hiasan dewan juga sepenuhnya dilakukan oleh para pelajar
Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan sesi Pengetua dan para pentadbir sekolah memotong kek hari guru.
Seterusnya, semua guru dijemput naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu
"Kami Guru Malaysia" dan "Warisan" serta membaca Ikrar Guru..
kroni-kroni ni hehe
Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada guru , antaranya Anugerah Guru Harapan, Anugerah Guru Kreatif, Anugerah Guru Pengurusan Disiplin Terbaik dan Anugerah Guru Berketrampilan.
Cikgu Rohaiza penerima Anugerah Guru Harapan 2013
Tahniah!
I pun pernah menang Anugerah Guru Harapan juga tau. Tak caya? Betul, tahun 2009. Hehe kalau tak caya, boleh tengok nama pada piala pusingan di bawah hehe
Kasih bertaut...chewwah!
Pendidik Anak Bangsa
Majlis berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada para pelajar untuk makan dan para guru pula terlibat dengan pelbagai acara sukaneka.
gambar bersama-sama students and ex-students yang sudi hadir untuk sama-sama meraikan hari guru sekolah kita
Sebahagian barisan anak-anak didikku yang bertungkus lumus menjayakan sambutan hari guru tahun ini. Tahniah semua!
Terdapat pelbagai persembahan menarik daripada guru dan pelajar. Puan Pengetua sendiri juga 'sporting' untuk mendeklamasikan sebuah sajak. Cayalah!
Tak diduga-duga, tetiba namaku diumumkan untuk menerima Anugerah Guru Paling Penyayang 2013...hehe.Terkejut eden! Sebenarnya semua guru adalah guru penyayang.
Dapatlah hadiah ni, syukur!
Remarks :Tahun lepas saya dapat Anugerah Guru Paling Ceria 2012 hehe
ni hadiah tahun lepas hehe
ni tema hari guru tahun lepas...blue n grey!
Selesai acara, tibalah acara yang paling ditunggu2....MAKAN! hehe
Jomm makan!!
Red velvet yang sedap , dibuat oleh pelajarku sendiri
Disini juga cikgu nak ucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang 'wish' hari guru serta ada yang memberi hadiah, kek dan brownies yang lazat. Terima kasih atas ingatan semua!
Cikgu sayang semua!
p/s: cikgu ucapkan terima kasih kepada Adry Hilman dan Hazwan coz sudi jadi photographer (tak berbayar) cikgu sepanjang majlis berlangsung hehe.Tq!
Sekian, wassalam!
Thanks ju...ada gak gambar i kat situ
ReplyDeleteHehe nanti gambar u tu i send email hihi.tahniah!
Deletesempena ida dpt guru penyayang,akak pun saaaaayang ida..!!!hihi
ReplyDeleteTq kak! !hihi
Deletewah, tahniah Ida.. tiap2 tahun dapat anugerah... cikgu kesayangan pelajar ni :)
ReplyDeleteHihi xdelah nur...malu i hihi
Deletewahhhhhhh bertuahnya badan, setiap tahun dpt anugerah
ReplyDeleteHihi sebenarnya semua cikgu pun layak dpt anugerah tu
DeleteMana mana sekolah semua buat sambutan hari guru hari nikan TJ......cantiknya Cikgu pakai baju pepel tu!
ReplyDeleteYg pakai bj purple yg mana satu tuh hihi
DeleteAhahaha:P Sama-sama cikgu....
ReplyDeleteCuti sek...gi bercuti pun jgn lupa study for spm ye hihi
Deletewah... tahniah!! cikgu kesayangan students ni... selamat hari guru!! ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah.terima kasih
Deletewah! meriah juga sambutan hari guru..:)
ReplyDeleteYe...mmg meriah sgt!!hihi ex students pun ramai yg sudi dtg utk meriahkan sambutan
Deletesalam TJ ..
ReplyDeletebaru sempat buat reply .
meriah sambutan hari guru kt tempat TJ tu ..
Ya.alhamdulillah.berkat kerjasama kelab guru dan wakil pelajar hihi.ex students pun ramai yg hadir coz kebetulan cuti semester
Deleteakak tak tau samada mata akak yg bermasalah atau blog ni yg vibrate hehe..bergoyang2...
ReplyDeleteYe ke akak?vibrate camna tu?(mood risau ni hihi)
Delete