Sunday, 12 May 2013

Ma...i love u!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena tarikh 12 Mei 2013, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua wanita di dunia yang bergelar ibu (terutama kepada ibuku dan ibu mertuaku), juga selamat "Hari Jururawat" untuk semua jururawat di dunia ini. Pengorbanan mu ibu tidak mampu kubalas dan jasamu jururawat sentiasa dikenang!



Warkah ini ditujukan khas  untuk menghargai ibuku yang kupanggil Ma. Ma, terima kasih kerana telah melahirkan kak long (1979) dan adik (1987), mendidik dan membesarkan kami adik -beradik (kami 2 beradik je) dengan penuh kasih sayang (tak pernah berbelah bagi). Ma sentiasa sabar dengan semua kerenah kami serta sentiasa cuba menunaikan segala permintaan kami dan merealisasikan impian kami. Ma sentiasa berlembut dalam mendidik anak2 serta sentiasa mendoakan kami setiap masa. Ma tidak pernah jemu menasihati dan menunjuk contoh teladan yang baik untuk kami adik beradik.
Ma seorang wanita yang berkerjaya yang sangat berdedikasi serta cekap mengurus masa dan segala tugasannya  di tempat kerja dan di rumah. Ma juga seorang yang amat mementingkan kesihatan dan kebersihan. Ma sentiasa menjadikan ilmu penyuluh hidup dan sentiasa berpegang kepada kata-kata,"menuntut ilmu bermula sejak di dalam rahim ibu hinggalah ke liang lahad". 
Ma disenangi oleh hampir semua teman-temannya, saudara-mara dan jiran-jiran kerana sikap lembut, berhemah, prihatin dan baik hatinya. Ma sentiasa menjadi isteri kesayangan abah (chewwahh!) dan mama kesayangan kak long dan adik! 
We love you so much!

Istimewa untuk Ma , kak long sentiasa menyayangi Ma setiap masa dan ketika. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan doa Ma. Ma  sentiasa bersama-sama Kak Long ketika susah dan senang serta jatuh dan bangun kak long. Maafkan kak long kerana sentiasa menyusahkan Ma. Mungkin kak long tak sempat meluahkan segala ini di hari-hari lain...jadi, dilembaran warkah ini, kak long ingin mencurahkan segalanya.. Ma, engkau ratu hatiku!

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jururawat untuk ibu tercinta! 
(Walaupun Ma dah bersara daripada kerjaya jururawat yang dicintainya hehe)

Ini antara timbunan sijil Ma dalam dunia kerjayanya (memang banyak sungguh sijil2 Ma)








Ma juga pernah dinobatkan sebagai Ketua Jururawat (Sister) paling berbudi bahasa oleh HUSM Kubang Kerian pada tahun 1988. Siap gambar Ma keluar suratkhabar lagi hihi..Tahniah!


Tapi nama pada sijil ni silap ejaan sedikit

Ma


Picture of us! 
Hehe...kami sekeluarga bersama-sama ma dan abah tersayang

Sekian, wassalam.



p/s:'entry' ini auto publish.

14 comments:

  1. selamat hari ibu gak wat chik,mak sedara tersayang..hargai lah depa selagi ada hayat..

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu...
    kadang2 saya terfikir, susahnya nak jadi 'mak' yang berlembut dgn anak2... suasahnya nak jadi mak yg macam mak kita membesarkan kita dulu... mmg kagum sgt dgn mak kita, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan nur...sangat susah rasanya nak mdidik anak2 ni...atau kita yg kurang sabar n kurang ilmu huhu....moga allah permudahkan

      Delete
  3. My mom pun sangatlah rajin, pelik kenapa anaknya ni tak rajin sepertinya. Jeles pun ada x)
    Happy mothers day.

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu+selamat hari jururawat utk mak akk

    ReplyDelete
  5. Selamat hari ibu untuk ma dan anak Ma jugak hehe

    ReplyDelete
  6. lupa lak nak wish kat ida...selamat hari ibu gak wat ida..ibu muda..!hihi

    ReplyDelete