Assalamualaikum dan salam sejahtera
(gambar ihsan mr. google)
'Mood' semasa menulis 'entry' ini agak sayu dan terharu. Selamat hari lahir yang ke-9 untuk putera sulung kami..., Nik Muhammad Haikal. Walaupun mama gembira melihat Haikal semakin membesar dan bijak dari hari ke hari, namun entah kenapa terselit juga rasa sayu di sudut hati mama... Cepatnya 9 tahun berlalu...Serasa macam semalam mama masih lagi mendukung dan menyusukan Haikal.
Haikal dilahirkan pada 26 Mei 2004 (pukul 5.40 ptg) dengan berat 3.58 kg di Hospital Pakar Ampang Puteri.
Maafkan mama Haikal, sekiranya mama gagal jadi ibu yang terbaik untuk Haikal selama ini...namun mama akan tetap mencuba sedaya upaya mama untuk memberi didikan yang terbaik supaya Haikal, Danial dan Danish sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.

Haikal ( 9 tahun ) ~2013
Sanah helwah ya Haikal...Mama dan papa sayang Haikal!
nak tempek beberapa keping gambar lama Haikal disini. 'Flashback' sedikit ya hehe
Haikal with mama & papa
2007 (Haikal & Danial with tok ma)
2007 (Haikal & Danial)
2007
2007
2009
2009
2011-first day kat sekolah ~darjah 1
2011-'first time' belajar makan dalam dulang ~darjah 1
Alhamdulillah!
Warkah buat Haikal,
Kehadiran Haikal amat bermakna dalam hidup papa dan mama. Semoga Haikal membesar menjadi Muslim yang mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian dan tidak ketepikan agama dan ibu bapa dalam setiap tindakan yang dilakukan. Doa kami, agar kita sekeluarga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang halal serta sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan dijauhkan daripada tipu daya syaitan dan dengki khianat manusia.
Amin!
Haikal, Danial dan Danish adalah anugerah terindah dalam hidup mama dan papa.
Syukur , Ya Allah!
Mama masih ingat saat-saat indah mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan putera bertiga! Masih utuh di ingatan!
Sekian, Wassalam

terharu la pulok saat membaca entry ni...tersentuh perasaan keibuanku,namun pic zmn kecik2 tu eeee...geramnya!!!buat along,selamat ulangtahun kelahiran,moga mnjadi contoh terbaik wat adik2..
ReplyDeleteTq akak!
Deleteselamat hari lahir buat Haikal...
ReplyDeleteIngat pesan mama tau Haikal :)
psst Ida... Haikal baca tak blog ni?
Haikal bc entry ni hihi
DeleteWah terharunya auntie dengar harapan dan ucapan mama tu....
ReplyDeleteMoga Haikal menjadi anak yg soleh ye!
Tima kasih auntie okje hihi
Delete