Wednesday, 19 June 2013

Eksploitasi wanita dan entry ke-100

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedar tak sedar ini merupakan entry ke -100 ku hehe. Baru lagi berjinak-jinak dalam 'blogging' ni hehe. Aku mula menulis blog pada 31 januari 2013( entry pertama ). Terima kasih kepada teman -teman dan famili yang banyak memberi sokongan kerana sudi membaca coretanku yang tak seberapanya di blog ini.

Hari ni nak tarik perhatian semua dengan isu eksploitasi wanita yang sangat berleluasa di mana-mana nowadays. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara mempergunakan wanita sebagai pelaris untuk memuaskan nafsu serakah lelaki dan menarik minat wanita sendiri (especially yang dangkal ilmu serta penghayatan agamanya). Yang menyedihkan apabila wanita itu sendiri tersangat merelakan dirinya dipergunakan kerana termakan pujukan syaitan  supaya mempamerkan pada umum setiap inci aset tubuhnya untuk dipuja oleh insan lain.

Cuba ambil item ni sebagai contoh mudah...
ni aksesori untuk smartphone..boleh letak picure tu pulak kan?adui la
Terlalu banyak lambakan gambar, video dan perkataan lucah dikeliling kita pada hari ini yang bakal mencorakkan minda kita dan generasi anak-anak kita pada masa kini dan akan datang (nak tepis2 supaya tak dilihat oleh anak2 pun tak tertepis kerana terlalu banyak dan daripada pelbagai sumber). Bagaimana kalau kita menjadi generasi yang terlalu jauh dengan agama Allah? Nauzubillah!!

Fikirkan...insha allah kita ketemu lagi.
Wassalam.



p/s: entry ni juga auto- published.tq

14 comments:

  1. cewaaah...dah entry ke100..!tahniah2...tu la sedey kan ngan apa yg berlaku pd kaum wanita..

    ReplyDelete
  2. tahniah &selamat majujaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.masih byk yg x tau n perlu belajar byk lg hihi

      Delete
  3. wah dah seratus entry... teruskan menulis tau :)
    takde kaitan langsung, kan? ish ish ish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur...ok ke hasil penulisan sy hehe...masih byk kena blajar

      Delete
  4. wah! dah 100 entry..tahniah!
    erm! kesian gak wanita sllu menjadi mangsa kan? wanita kena sedar, jgn mudah utk diri di pergunakan:)

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya itu benar TJ...kesian nasib wanita sekarang ni...rela dan sanggup utk dieksploitasikan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal...sebab wanita itu sendiri nak tunjuk kecantikkan yg ada pdnya.org lain amik kesempatan aa

      Delete
  6. dah banyak tu..tahniah ya..sy kdg2 tu tak terupdate blog..sibuk uruskan anak2

    ReplyDelete