Monday, 17 June 2013

Jungle trekking @ Air Terjun Sg Chiling

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lamanya tak sempat nak menulis di blog kesayanganku  ini...harap masih ada teman2 yang sudi membaca coretan untuk kali ini...sebenarnya banyak cerita nak kongsi ni...hehe...satu-satu ye...

Mula-mula nak 'share' tentang aktiviti kami pada weekend hari tu (sabtu, 15 jun 2013). Seawal pagi kami dah bertolak ke Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru untuk mengikuti ekpedisi jungle trekking ke air terjun Sg Chilling yang dianjurkan oleh opis my hubby.

cid:image001.png@01CE5ACC.9A7218C0


8.30 pg kami dah sampai ke destinasi...semangat berkobar2 coz ni first time my heroes
di bawa menyertai aktiviti jungle trekking hehe
happy sangat dapat main air sungai untuk julung-julung kalinya

beratur untuk melintasi jambatan untuk memulakan pengembaraan


Danish peserta termuda dan paling cilik untuk ekspedisi kali ini hehe
kami digalakkan memakai sandal bertali




Pengembaraan kami untuk sampai ke air terjun mengambil masa 1 jam perjalanan dan
terpaksa merentasi 5 anak sungai yang berbatu licin dan berarus agak deras walaupun airnya cetek. Balik semula ke tapak perkhemahan juga mengambil masa 1 jam. Kira 2 jam la kami trekking hari tu. Anak2ku steady je hehe

Yes!! dah sampai air terjun dengan selamatnya...syukur!
Air terjun Sungai Chiling...cantikkan! Subhanallah. 
Sejuk sangat airnya...Segar!
banyak sangat ikan kelah!!
happy hours!
Danial ...memang enjoy betul dapat sesekali mandi air sungai hehe
Danish buat istana pasir di gigi air
Haikal mandi air terjun sampai biru bibir mulut...sejukkk!
ni menempuh perjalanan pulang ke tapak perkhemahan
Periuk Kera

dah sampai...Syukur!



main masak-masak

makan time !!hehe ayam masak kicap pun ada tau cuma takde dalam pic ni...
memang lazat semua makanan ni

rajin la pulak little Danish dok sapu daun kering hehe
sebahagian peserta kembara bergambar sebelum berangkat pulang ke KL
Syukur pada Ilahi kerana aktiviti kami berjalan lancar dan tiada sebarang perkara tak diingini berlaku. Anak-anakku pun sangat gembira menyertai aktiviti Go Green ini dan kami memperuntukkan masa berkualiti bersama keluarga, teman dan alam semulajadi. Malah pacat dan lintah pun takde malah kami juga tak menghadapi sebarang ancaman haiwan berbisa. Terima kasih, Allah!

Camera kesayanganku ini ter'selam' 2x dalam sungai  (tanpa sebarang pelindung)
sewaktu menyeberangi sungai.  Syukur sebab masih berfungsi dengan baik seperti sediakala


Sekian...itu sahaja cerita jungle trekking. Nantikan entry seterusnya tentang bowling tournament pulak ye (ni aktiviti pada hari ahad, 16 jun 2013 pulak). Ish...Ish...ish...padat betul jadual haha
Tata..!

10 comments:

  1. best nyer junggle trekking bersama keluarga... suka tgk air terjun tu... nyaman jer :)
    Good boy la Danish... menten cool even dia peserta paling muda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mmg best sgt air terjun tu.cantik,sejuk n nyaman!syukur anak2 semua fit n okay

      Delete
  2. teringat kat sg tekala n ulu yam lak...air terjunnya yg sejuuuuk sesangat!bestnya siap bwk mkn2 lg,akak dulu2 pun penah bwk kemah n bwk bekal gak...tahan btul kmera tu,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak kat situ.makan panas2.

      tulah...mmg alah membeli,menang memakai camera tu.berbaloi-baloi hihi

      Delete
  3. syoknye jungle trekking ngan famly dan ank2'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sangat syok tau.boleh cuba bawa kids gi trekking juga..

      Delete
  4. wah bestnyer...dl akak dok daerah ctu gak..mmg air sungai jernih..nampak ikan..air sejuk..bestnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic.mmg air sungai jernih n sejuk.ikan mmg byk,dok berenang2 sekeliling kita je hihi. Tp x leh tangkap ikan or memancing kat situ

      Delete
  5. Tak teruja punnn....hehe sebab bukan adventurers punya kaki hehe!
    Ayam masak kicap mesti tuan blog yg masukkan... kan... Hehe

    ReplyDelete