Assalamualaikum dan salam sejahtera
Just nak kongsi satu berita terkini...I-City perkenal Muzium Lilin Interaktif pertama di Malaysia~The Red Carpet ! Muzium ini akan mula dibuka kepada umum pada bulan Ogos nanti. Tak sabarnya nak gi tengok hehe. Untuk tahu lebih lanjut boleh klik link di bawah:
gambar ihsan Google |
Sebelum ni I-City juga ada satu Muzium 3D yang best juga iaitu Trick Art Museum.
gambar ihsan Google |
Kepada semua umat Islam, jangan lupa hari penting dalam bulan Syaaban iaitu Nisfu Syaaban (24 Jun 2013)
Sila baca petikan di bawah:
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Ok, itu sahaja untuk kali ini. Moga menjadi pedoman. Wassalam
terimakasih jue..
ReplyDeleteinfo tentang nisfu syaban nih...in sya Allah
Sama sama kasih
Deletebestnya kalu dpt g muzium lilin tu..!
ReplyDeleteAri isnin ni la ya nisfu syaaban..
Boleh pegi nanti.tak lama dah nak buka...bulan ogos ni
Deletewah I city pun bakal ada muzium lilin... best best... tapi muzium lilin kat sini pun tak sempat jejak lagi.. harapnya dapat juga ke sana :)
ReplyDeleteSaya pun teruja juga nak gi muzium lilin tu hihi
Deletemuzium 3D tu kat Icity rupanya...tapi tak perasan kat ne eh?...
ReplyDeleteTak puasa pun hari ni TJ
muzium 3D tu kat Icity rupanya...tapi tak perasan kat ne eh?...
ReplyDeleteTak puasa pun hari ni TJ
Haah kat i city.sy pun x puasa juga ok je.
Delete