Monday, 8 July 2013

Bilik mayat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah tajuk entry saya kali ini menarik atau seram ?hehe. Jangan takut ya...hari ni nak share tentang lawatan  ke Management & Science University (MSU), Shah Alam.

mula-mula sampai ke MSU
Ceria!


Murid-muridku dibahagikan kepada 3 kumpulan
 Aku dan seorang lagi teman guru membawa 74 orang pelajar aliran sains tulen untuk melawat kampus MSU. Disana kami berpeluang untuk masuk ke bilik bersalin, bilik mayat (mayat2 betul ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bakal2 doktor) , dissection hall dll. Tapi sayangnya kami tak boleh nak ambil gambar huhu. 

Lawatan ini memang sangat mengujakan! Dapat melihat sendiri mayat basah yang terendam dalam larutan formalin ( bau formalin mmg sangat kuat dan menyengat hidung). Dapat melihat mayat kering . Ada juga mayat yang belum diproses yng disimpan di dalam freezer (Mayat2 ni dibeli dari India untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran). Dapat lihat organ2 dalam badan manusia yang telah di awet. Dapat melihat patung simulasi (patung wanita bersaiz kita yang dalam proses melahirkan anak!) . 1 patung simulasi ni berharga menyamai sebuah kereta Vios!


sempat snap pic pada screen semasa sesi taklimat
 (semasa masuk dalam dissection hall kami takleh ambil picture real spesimen )


Selain itu kami juga dibawa melawat library.


Kami juga dibawa melawat fakulti lain seperti  course  Diploma / Bachelor in Spa Management and Diploma/ Bachelor in fashion design.

Jacuzzi
 

Spa


kolam renang pun ada

Banyaknya mesin jahit
Galeri menyimpan  hasil kerja pelajar fashion design
Aiyoo..gemuks gedempol teacher dalam picture ni hehe

 Sebelum balik, kami semua dijamu makan tengahari dulu di kafetaria MSU. Memang lawatan yang best dan mengujakan serta menepati objektif. Pelajar2 yang menyertai lawatan hari ini majoritinya pelajar form 5 dan semuanya aliran sains tulen . Ramai yang bercita-cita nak jadi doktor, farmasi, saintis dll.

Terima kasih diucapkan kepada pihk MSU.
Sekian, wassalam!

24 comments:

  1. ayoo...begitu teruja bila ckp hal bilik mayat!!Aish..cecikgu pun smpat posing kat bilik spa tuh..!!hihi

    ReplyDelete
  2. alahai..kalau blik mayat kat hospital tu...bila saya lalu kat situ,takut dan seram padahal kitapun akan mati juga...hehe

    menarik semua tempat tu kecuali bilik mayat...tak boleh amik pic ye..?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tak boleh.mmg byk benda menarik utk pembelajaran td. Bukan saja kat bilik mayat tp juga kat bilik bersalin n bilik simulasi

      Delete
  3. siang hari ok jer berada di bilik mayat, kalu malam, terasa gak seramnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal.nipun sebab masuk ramai2kan hihi

      Delete
  4. Dengar bilik mayat pun dah rasa seram sejuk... tapi mesti pengalaman best utk pelajar2 dapat explore sendiri

    ReplyDelete
  5. bilik mayat...hehe....tak berani..

    selamat menunaikan ibadah puasa...sama2 kita mengejar ganjaran yg dijanjikanNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah.selamat berpuasa juga hihi

      Delete
  6. Tak ngeri ke TJ tengok mayat tu! Kalau okje seram dah! Takuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa Biasa je okje hihi.maybe sebab masuk ramai2.students sy mmg semua sangat ok.ada satu mayat yg mati sebab ditembak kat kepala.kami dpt tgk kesan tembakan

      Delete
  7. tak seram ke tengok mayat-mayat tu..seram pla sy..ni baru baca ni blm masuk btl2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ok.kalau masuk sorang2 seram la kot hihi

      Delete
  8. menarik kan lawatan yg real tuk pelajar yg bercita2 nak jd doktor ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bwk students biology form 5.bg depa sedikit pendedahan

      Delete
  9. cikgu tak nak visit UTP ke ??? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi jauh la plak.bila cuti?mai la sekolah ye.hari tu sy jumpa msk ayah megat kat jusco hihi.berdua jelah...megat n put dah belajar jauh2 hihi

      Delete
  10. Salam Tuan Juhaida,

    Cikgi rupanya ya! Ramai blogger friends yang bertugas sebagai guru sepenuh masa. Mak Aji juga sering disalahidentitikan sebagai guru! Mak Aji hampir dua kali nak jadi guru tapi tak jadi2, itulah sebabnya (agaknyalah!).

    ReplyDelete
  11. ada no utk saya hubungi cikgu? nk tnya prosedur bawa pelajar

    ReplyDelete