Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini , Jumaat (5 julai 2013), berlangsungnya Hari Bertemu Ibu bapa disekolahku. Memang hari yang sangat sibuk untuk semua guru (terutamanya guru kelas), pelajar dan ibu bapa. Walaupun hari bekerja, alhamdulillah, kehadiran ibu bapa untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak2 mereka amat menggalakkan. Walaupun ibu bapa dah boleh melihat keputusan anak masing2 secara online, pertemuan ibu bapa, guru dan murid secara bertentangan mata itu dilihat lebih baik untuk sebarang perbincangan dan kebaikan semua pihak.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa pelajar kelasku (5 Sains 1) yang dapat hadir ke sekolah pagi tadi (seramai 24 orang daripada 33 pelajar hadir bersama ibu bapa masing2). Kepada ibu bapa yang tak dapat hadir tadi kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan, boleh datang ke sekolah pada minggu depan untuk mengambil report card anak masing2 ya. Kat bawah ni ada saya letakkan gambar2 sepanjang majlis hari ini. (Terima kasih sangat kepada Adry, Hazwan , Hadi dll yang sukarela menjadi photographer untuk majlis hari ini hehe...teacher memang langsung tak boleh tinggalkan kelas sampai pukul 12 tengahari kerana sibuk melayan ibu bapa yang hadir)
Seawal pukul 8 pagi, ibu bapa sudah memenuhi kelas anak2 masing2 |
memang bersusun kereta parking di luar kawasan sekolah |
bersama anak2 didik tersayang! |
bersama anak2 didik tersayang! |
Gerai-gerai jualan yang dibuka oleh pelajar sempena Hari Koperasi sekolah (yang berlangsung serentak dengan Hari Bertemu Ibu Bapa) juga meriah.
anak2 didik tersayang! |
bersama anak2 didik tersayang! |
Itu sahaja antara kemeriahan majlis pada hari ini yang sempat diabadikan di sini.
Sekian, wassalam!
sek ank2 akak pun arini gak amik report card..comey lotte cikgu ngan tdung pink..ceria gitu!!hihi
ReplyDeleteLega dah setel event.hari isnin ni plak satu lg event
Deleteamboi cikgu..sempat posing lagi tu..hehe..alhamdulillah..selesai dah ye....
ReplyDeleteHehe sempat posing jap time takde clients(ibu bapa) dtg hihi
Deletesemalam pergi juga sekolah utk ambik report card anak,
ReplyDeletecume bukan tingkatan 5, tp thn 5 ..
he..he..
sempat berposing gitu!!
Hihi cikgu ngan anak murid sama ceria hihi
DeleteSerious nmpk teacher! Hehe....
ReplyDeleteuntung depa dpt masuk blog teacher! Tak pasal pasal tumpang glamer!
Hehe semua students tu mmg bagus2 n sporting2 sgt..mmg suka mengajar n mendidik mereka.
Delete