Tuesday, 16 July 2013

Telur Bungkus dan Cendawan Goreng Celup tepung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera. Insha allah.

Menu berbuka hari ini simple sahaja iaitu telur bungkus dan cendawan goreng celup tepung (2 menu ni yang saya masak sendiri). 

Kemudian saya ada beli dua jenis lauk lain di kedai makan berhampiran rumahku untuk top-up hehe. (Nak masak semua tak sempat hari ni kerana ada urusan2 lain yang perlu dibereskan).

cendawan goreng celup tepung yang rangup
Dibawah ini di sertakan resepi mudah dan cepat untuk membuat cendawan goreng celup tepung ni. Resepi ini diambil dari blog canteq.blogspot.com.


Bahan2 :
1. Cendawan
2. Telur - 1 biji
3. Perencah maggi kari
4. Tepung jagung

Cara2 Nak Membuatnya :

1. Cendawan kena basuh n toskan kasi betul2 kering (boleh gunakan kitchen towel/tisu utk serap lebihan air kat mushroom ni)
2.Pecahkan telur then masukkan perencah maggi ke dalamnya. Pukul hingga kembang
3. Celupkan mushroom ke dalam telur
4. Keluarkan dari telur tu, golek2 kan pulak mushroom ni kat atas tepung jagung
5. Masukkan ke dalam minyak panas
6. Goreng hingga kekuningan
7. Angkat dan toskan




Alhamdulillah...semua licin! Tiada pembaziran berlaku.

Jom perbanyakkan mengaji Quran dan memahami tafsir Quran
(gambar ihsan google)

Sekian, wassalam.

18 comments:

  1. eh..sama ler ngan akak,arini pun wat telur bungkus gak..hihi..bestnya mshrm tu!

    ReplyDelete
  2. masakan air tangan mama mesti la sedap.... tu yg semua licin...

    ReplyDelete
  3. Cendawan goreng tu yang tak menahannya..

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan yg ke 8..dua2 feveret m3h..

    ReplyDelete
  5. cendawan goreng tepung..macam nak cuba buat..dgr cerita je kata sedap..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. alhamdullillah tiada pembaziran ..
    membazir tu syaitan kan ..
    he..he..

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Kak masak..
    simple tapi nampak sgt sedap...
    harapan agar tiada pembaziran..

    ReplyDelete
  8. Teringin pulak nak makan telur bungkus tu huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okje pejam mata pun boleh buat tu telur bungkus tu hehe

      Delete
  9. simple tp semuanya sedap2''

    salam kenal dari saya.
    maaf lmabat blas jejak

    jemput join

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/07/qr-mini-giveaway-ketiga.html

    ReplyDelete