Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat kembali bekerja!
Petang tadi,sebaik sahaja Haikal menaiki kereta (balik dari sekolah), terus dia dengan muka dan nada suara sangat ceria, gembira serta teruja bercerita tentang dia berminat nak join Football Vacation Program di Bangkok pada bulan December 2013 (dahla bulan December tu dah daftar untuk bersunat Haikal dan Danial) nanti. Aku yang sedang memandu kereta waktu itu hanya mendengar setiap butir bicaranya. Katanya registration fee hanya RM100!. Oh, menarik juga tu! Tambahan pula bila tengok Haikal sangat berminat. Haikal memang minat bola. Tapi dia baru berumur 9 tahun, wajarkah dilepaskan seorang diri ke luar negara? Hati ibu berbelah bahagi. Betul ke RM100 je?
Sampai kat traffic light (lampu merah) , Haikal menghulurkan sekeping flyer kecik kepadaku. Emmmm...memang registration fee rm100 je (Haikal tak tipu hehe)...tapi kos keseluruhan ialah RM1500!
"Mama tak berani buat keputusan...ni kena tanya pendapat (dan pendapatan hehe ) papa", ujarku!
Dan muka Haikal terus muram dan sugul. Maybe dia dah dapat agak apa keputusannya. Kesiannya anakku!
Pada malamnya, Haikal masuk tidur dengan linangan air mata. Aku duduk di sisinya.
Mama: " Haikal kan anak yang baik. Taknak sedih2. Kan mama sentiasa cakap kat Haikal , tak semua benda yang kita nak , kita akan dapat. Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kita tak boleh marah pada Allah walaupun kita telah bersungguh2 berdoa memohon nak sesuatu. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita."
Haikal hanya mengangguk. Ada sedikit garis redha pada wajahnya dan dia berhenti menangis. Sebentar kemudian dia terus terlena dengan tenang. Haikal memang anak yang bijak dan soleh. In shaa Allah. Danial dan Danish juga. Itu memang doa mama setiap masa!
^
^
^
^
^
^
^
^
^
ini assistant baru di bilik guru sekolahku haha. |
Sekian, wassalam!
Salam ju...
ReplyDeleteByk juga jumlah tu...rm1500...lagipun Haikal br 9 tahun,tak sampai hati nk biarkan anak sekecil itu tanpa bimbingan papa n mama di luar negara
memanglah sedih tgk anak mcm tu,maklum la haikal teruja sgt n minat bola...tp nasib baik mama pandai memujuk..n anakpun baik mendengar kata...
Memang betul,bkn semua yg kita nak,kita akan dpt...hanya Allah yg tahu apa yg terbaik utk hambaNya....
Apa fungsi pembantu tu ju...comel je..ehehehe
1.5k... kena bermuafakat tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletekesian..kekadang kita xsedar yg ank kita dah ckup dewasa utk memahami apa yg berlaku disekelilingnya..ida kena bijak jernihkan keadaan..
ReplyDeleteBukan Haikal je anak yg baik dan dengar cakap, mama pun pandai memujuk....mmg sgt kenalah dgn profession mama sebagai cikgu....Tahniah utk both of you....
ReplyDeleteBukan Haikal je anak yg baik dan dengar cakap, mama pun pandai memujuk....mmg sgt kenalah dgn profession mama sebagai cikgu....Tahniah utk both of you....
ReplyDeleteTq okje hihi.faktor keselamatan haikal yg lebih merisaukan.duit boleh dicari,tp apa2 jd pd anak...tak sanggup menanggung sesalan hingga akhir hayat.in sha allah...ada lg tu peluang utk haikal
Deletepandai mama susun butir bicara utk sejukkan haikal... anak sulung mmg sensitif kot, tapi mudah mendengar kata...
ReplyDeleteYea juga, terlalu muda utk lepaskan Haikal seorang diri ke luar negara.. Insya Allah, ada lagi peluang lepas ni :)
Betul tu nur.risau sy nak bg..Bangkok lak tu
Delete