Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman2 semua berada dalam keadaan tenang dan sihat serta ceria sentiasa. Nampaknya, 'weekend' ni mungkin ' weekend' terakhir untuk acara memenuhi jemputan makan2 'open house' dan kenduri kendara. Maklumlah, bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka/kenduri mereka. Kami juga memohon jutaan maaf kepada teman2 yang kami tak dapat hadir memenuhi undangan mereka atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maaf sangat tau! Jangan serik jemput kami lagi tau hehe.
Hari sabtu, kami sekeluarga sempat hadir ke 2 'open house'. Satu di Cheras (kawan suami) dan satu lagi di Bandar Baru Bangi (teman baikku sejak sekolah menengah). Pada hari yang sama, kami tak sempat memenuhi 3 lagi undangan 'open- house' kerana masa jemputan yang sama (1-4 ptg) dan lokasi berbeza. Almaklumlah di KL ni, keadaan trafik memang sana sini jem huhu. Maaf ye Kak Ros, Kak Sariza dan Kak Wan!
open house di Cheras |
open house di Cheras |
open house di Cheras |
Sempat pulak kami singgah kat Cheras Leisure Mall tu hehe.
Pesta Tanglung |
Ini pula gambarku dengan teman baikku, Anizan (Bangi) |
p/s: sedap sangat nasi dagang yang Che masak tu plus kuzi roti jala Jea pun memang best gileerrr! Kira berjaya la tu untuk 'first attempt ' hehe.
Ahad (1 september 2013)
Sempat menghadiri kenduri kahwin bekas anak muridku, Nadjmi dan pasangannya. Semoga berbahagia hingga akhir hayat dan diberkati selalu. Amin! |
Pasangan pengantin muda :sama cantik, sama padan! |
ole-ole (ada muffin coklat dalam cute box ni) |
" Tak dapat bayangkan perasaanku nanti sebagai ibu apabila nak melepaskan anak2 teruna kesayanganku (Haikal, Danial & Danish) apabila tiba masanya mereka akan berumahtangga huhu. Moga ketiga2 puteraku menjadi insan yang soleh dan dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah. Amin!"
Selepas kenduri, kami menuju ke 'open- house' teman sekerjaku (Shila) pula di AU2. Nasib baik area dekat2 sini je hehe.
Sekian coretan hujung minggu ku. Jumpa lagi next entry.
Wassalam.
selamat menjamu selera..!
ReplyDeleteTq akak!
DeleteCheras kat mana TJ?
ReplyDeleteKalau dah banyak open house mmg kenyang le perut hehe..
Cantik jugak buat ala ala Arab ni...jarang pengantin pakai serban hehe...
Eleh bis tu MIL nak lepaskan cik abang pun sedih jugaklah dulu...hehe Anak tak sedih dah TJ sebab dapat bini hehe
Students sy tu mmg warak okje.bagus sgt budaknya. Solat bjemaah kat masjid n suara sedap bila bc quran.bijak pula.bertuah ibu bapa n isterinya
DeleteSempat lg yer tn ju menghadiri open hse terakhir..yg kenduri tuh inshaallah kedepan mesti ade byk lg kan jemputan..nampak cantik lak psgn tuh pakai cenggitu..
ReplyDeleteHa ah.sy pun x puas tgk depa smlm.terpaku je mata!! Hihi.
DeleteSalam kenal aida, Kita pun last day berhari raya semalam..dah banayk sangat makan..time to get rest..he..he
ReplyDeleteTulah kena puasa lak pas ni...bg digestive system berehat hihi
DeleteWah! meriah nya open house & majlis khawin tu Kak..
ReplyDeletebest juga tu dpt makan mcm2..:)
Meriah dpt jumpa teman2 n mkn2 hihi
Deletecantik pasangan kat bawah tu..sopan sungguh pakaian diorg..mcm nilah..suka
ReplyDeleteSy pun suka sgt tengok depa
Deleteselagi tak habis bulan syawal..
ReplyDeleteundangan makan sana sini...
seronok gantung periuk kan..
salam kenal dah singgah...
Tima kasih sudi singgah hihi
Deletewahhhh lawa nyer gmbr kat pesta tanglung tu... meriah sangat...
ReplyDeleteHa ah.mmg meriah btul mall tu dgn tanglung
DeleteHi Tuan Juhaida, ha ha, I suka your "penant makan",
ReplyDeleteNice family portrait too.
And well taken pics.
Can see budak2 tu semua enjoy makan, ta'penat, ha ha.
Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Tq sudi singgah sini hihi
Deletesalam singgah selasa Kak...:)
ReplyDeleteSeronok kan dapat makan2 dan jumpa rakan2 bila ada open house ni.
ReplyDeleteUmmi ada dua anak bujang, memang terasa debaran bila memikirkan untuk melepaskan mereka bila dah bertemu jodoh nanti.
Sedihnya syawal dh nk meninggal kan kita..huhuhu tak puas nk beraya lg nie..;)
ReplyDeletepenat makan hehe..
ReplyDeletebyk sangat undangan sampai penat nak makan..:)
nampak enjoy budak2 tu TJ
Kalau dah pergi jemputan kawen makan lepas tu pergi lagi ke open house metilah sendat perut tu Azi:)
ReplyDeleteTapi seronoknya dapat jumpat kawan-sahabt-handai dan termasuklah bekas anak murid tu kan..
Salam singgah Khamis Kak.. busy ye, blm ada N3 baru..hehe
ReplyDelete