Friday, 18 October 2013

Fruit triffle

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya debaran untuk calon SPM dan STPM sudah semakin hampir. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum peperiksaan besar ini bakal menjelma. SPM dan STPM akan bermula pada 6 hb november 2013. Bukan calon SPM /STPM sahaja yang sedang merasa debarannya...para ibu bapa dan guru juga terasa debarannya. Doa kami agar semuanya akan dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. In shaa Allah!

gambar ihsan google

^
^
^
^
^
^
^
^

Ini pula kisah si penglipur lara yang baru 'first time' buat 'fruit triffle' hehe. Rupanya senang sahaja nak buat triffle ni hehe. Disebabkan baru kali pertama cuba buat, jadi hasilnya tidaklah menarik sangat tapi rasanya alhamdulillah, tidak mengecewakan (ceh..masuk lif tekan sendiri la pulak). Terima kasih kepada chef Rohaiza yang sudi berkongsi resepi.


Bahan2 utama yang digunakan ialah:

biskut ladyfingers (boleh juga guna kek gulung)
200 ml whipping creme
fresh milk
250g cream cheese (philadelphia)
2 paket nescafe
lemon juice (sebiji)
fruit (kali ini saya guna peach)
gula


whipping cream, cream cheese,lemon juice and gula digaul hingga sebati dan gebu. Guna mixer dengan kelajuan perlahan.

biskut ladyfingers di celup kedalam campuran fresh milk dan serbuk nescafe (jangan celup lama) dan disusun rapat2 dalam bekas

Cara2:

Susun biskut ladyfingers yang dicelup dlm campuran fresh milk dan serbuk nescafe rapat2 dalam bekas.

Masukkan satu lapisan campuran whipping cream, cream cheese,lemon juice and gula.
Susun buah peach (boleh juga guna buah strawberry, blueberry, kiwi dll)

Ulang lagi step diatas. Biasanya kita buat 3 lapisan (bergantung pada saiz bekas).

Lapisan paling atas boleh taburkan sedikit serbuk milo (gunakan penapis teh)

Inilah rupanya fruit triffle ku yang tak seberapa ni.


Tadaa...siap! Selamat mecuba!

Next time nak cuba buat guna buah2an lain pula. Boleh jamu mata tengok contoh2 fruit triffle di bawah.

gambar ihsan google

gambar ihsan google

gambar ihsan google
gambar ihsan google

Sekian, wassalam!

8 comments:

  1. Tq share ni TJ....mcm teringin pulak nak buat....macam sedap je hehe....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau tgk resepi tu, lebih kurang tiramisu.... cuma trifle buah ni letak buah2... nanti nak cuba jugak, takde la rasa muak kalau letak byk buah dan lemon jus, kan?

    ReplyDelete
  4. Salam ju...

    Debaran tu lebihnya pd ibubapa dn guru jugakan ju...

    Sy nak cubalah....nyummyyyy

    ReplyDelete
  5. salam TJ ..
    nampak mcm sedap tu ..
    apapun semoga yg akan mengambil SPM/STPM akan dapat keputusan yg cemerlang nanti

    ReplyDelete
  6. Nk buat triffle ni asik tertngguh je..nmpk sgt sedap ni..snggh dan folo blog my first blog..jika sdi,snggh ke blog sya ya :)

    ReplyDelete
  7. si penglipurlara pun dah cemerlang dlm bidang msk..harap2 stdnt spm n stpm pun cmerlang gak nt..hihi

    ReplyDelete
  8. tak thn knor melihatnya...rajin ju bt..boleh hantar kat knor sikit..

    ReplyDelete