Tuesday, 3 December 2013

Sonata Cinta Afro

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak 'share' tentang buku. Kali ni nak buat Book Review tentang 2 buah novel yang baru di beli dan telah habis dibaca.
(Dah lama sebenarnya tak sempat nak baca novel)

Harga :RM20, 478 m/s

Sedikit sinopsis:


Kenangan I

“Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan... itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!”

“Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!” kata Leman Kemek sambil ketawa.


Kenangan II

“Oiii… lembam, kau cari apa tu?” tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.

“Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!” Leman Kemek menongkat basikalnya.

“Ipin!” Mereka menjerit nama Ipin serentak.

“Adoiii!!!” jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumur 'krim' betik.


Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?


Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Harga RM17, 432 m/s
Sedikit sinopsis:

Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah… sebab rambut aku kut. Kembang macam sarang tebuan!

Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ada aje. Maklumlah… anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah…

Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Dia punya karakter yang sangat istimewa bagi aku. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan.

“Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk saya.” - Samira.

“Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?” - Afro.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Memang kedua-dua novel ini menghiburkan dan tak rugi jika anda memilikinya hehe. Ada sedih, kelakar, romantik dan pelbagai rasa lagi. Ada perkara yang boleh dijadikan  pengajaran di dalam kedua2 novel ini.
Kalau nak tahu apa cerita selanjutnya...kenalah baca sendiri tau. Jangan marah!



p/s: oppps jangan lupa mengunjungi Big Bad Wolf Book Sale 2013 bertempat di The Mines.


Sekian , wassalam!

13 comments:

  1. dulu minat juga baca novel..skrg takde masa..huhu..
    jom tukar link

    ReplyDelete
  2. Salam ju..

    Baru dua hari lepas kwn paksa sy bw blk novel2 dia suruh sy baca,smpai 8 buah,tebal2 plak tu...semua karya ramli mursyid..sy kata,8 novel ni,mau lapan tahun br pulang blk,dia jwb,tk kisah la asalkan baca...jgn tak baca tau,katanya....jenuh la saya sbb sy x pernah bc novel....

    ReplyDelete
  3. alamak dah lama x baca novel..huhu

    ReplyDelete
  4. Sy pun dah lama x layan novel... Best ada peluang layan novel sampai khatam :)

    ReplyDelete
  5. Hihi tulah.x sangka boleh habis bc 2 novel dlm smgu sambil dok jaga heroes lepas bersunat hihi

    ReplyDelete
  6. Saya pun sangat suka membaca novel. Kalau dulu memang 3,4 hari habis satu novel. Sekarang ni pula, 4,5 novel setahun pun belum tentu habis. But then memang seronokkan dapat membaca ni, rasa tenang aje.

    ReplyDelete
  7. haha...macam best je novel sonata cinta afro...lawak2..haha..

    ReplyDelete
  8. Taun ni x de ker big bad wolf book sale

    ReplyDelete