Tuesday, 10 December 2013

Splash air hujan saja!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mengikut perancangan, hari ni nak bawa anak2 ke Kota Bharu Water Splash yang terletak di Taman Indera Petra bersebelahan dengan Kota Darul Naim. Malangnya hari ini sedari pagi hujan telah turun dengan lebatnya.Kecewalah hati semua anak2 tercinta kerana hajat nak main air tak kesampaian.

Suasana di Kolam Splash Taman Indera Petra
KB Water Splash ~ gambar ihsan google
Suasana Kolam Mandi Splash
KB Water Splash~gambar ihsan google


Sebagai alternatif, mama telah izinkan anak2 main saja air hujan hehe. Baik tak hati mama? (haha jangan pasni demam dah). Yelah kalau kat KL jangan harap nak dapat merasa mandi hujan ni. Kita 'water splash' kat halaman rumah tok ma dan tok bah sahaja. Hurray!!

Aiyooo..siap baring2 pulak..nasib baik tempat parking keta rumah tobah ni bersimen

Uncle pun join anak2 saudara mandi hujan hehe

Ok itu sahaja celoteh tuan rumah untuk hari ini.
Sekian, wassalam!

12 comments:

  1. hihi..lepas angin la tu bebudak tu!berenang ats darat...xpe ada geng!!!kiki...

    ReplyDelete
  2. saya pun selalu lepaskan anak-anak main hujan kalau musim tengkujuh.... kesian duk terperap dalam rumah jer :)
    Biasa kalau mandi hujan musim tengkujuh tak demam.. harapnya hero2 Ida pun ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nur.biar depa merasa skali skala nikmat mandi air ujan hihi.in shaa allah..moga x demam

      Delete
  3. haha..free...nak berendam selama mana pun boleh..:)

    ReplyDelete
  4. Anak2 knor jakun juga bnda2 gini

    ReplyDelete
  5. salam TJ ..
    napa tk bagi sabun kt depa tu ..
    boleh terus mandi sekali ..
    he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi mmg seronok sungguh.siap x nak naik umah dah

      Delete
  6. Amboi, enjoynya budak-budak ni splashing2 gitu. Takpalah tak dpt kat water park, kat depan rumah tok pun boleh!

    ReplyDelete