Tuesday, 14 January 2014

Penulisan novel..klise dan stereotaip!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman2 sentiasa berada dalam perlindungan-Nya

gambar ihsan google

Hari ni saya terpanggil untuk membincangkan satu topik iaitu tentang penulisan novel. Walaupun saya bukan orang yang arif tentang bidang penulisan ni tapi sebagai pencinta ilmu dan seorang 'book-a-holics' (dan juga 'shopaholics' hehe), mungkin saya ada hak  untuk memberi sedikit pendapat. Sebelum itu ingin saya tegaskan disini, saya membaca semua genre buku( biografi, ilmiah, novel dll). 

Hari ini saya nak luahkan sedikit rasa tak puas hati dengan gaya penulisan novel (tidak ditujukan kepada semua penulis, ini hanya berpandukan novel2 yang telah ku baca selama ini). Saya rasa cukup tidak gemar bila penulis mengangkat watak utama (hero dan heroin) mesti lawa dan hensem gilerrr, romantik, kaya raya, berpangkat, kerabat diraja, status multimillionaire, bekerja di syarikat multinasional, rumah besar, kereta hebat, pakai item berjenama, makan di tempat high class and bla...bla...bla..Aduss! Rasa sangat  jauh dengan kita, x realistik dan tertanya2 adakah manusia yang sempurna begitu? (memang ada tapi hanya segelintir).Hanya watak2  yang macam itukah yang 'laku' ceritanya dan sentiasa bahagia? Kalau hanya satu dua novel je yang begitu masih boleh diterima tapi kalau dah banyak sangat lambakan novel begitu...emmm. Pembaca pun terbuai-buai perasaannya tapi still dapat rasakan perbezaan kisah dalam novel dan kehidupan sebenar. Macam kita menonton cerita hindustan kan. Sangat tipikal ! KLISE! Stereotaip!

Why not penulis mengangkat kisah masyarakat dan watak2 yang lebih realistik dan dekat dengan kehidupan kita dan menyelitkan lebih banyak informasi berguna dalam format penceritaan yang santai.

gambar ihsan google

Ini sedikit luahan rasa dari seorang ulat buku.


gambar ihsan google

Namun begitu masih ramai penulis yang bagus, buat 'homework' dan 'research' sebelum mula menulis serta menghasilkan karya2 yang hebat yang memberi ilmu berguna kepada yang membaca. Tahniah buat mereka!

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!




p/s:entry ini adalah hasil coretan dari penulis blog picisan yang masih serba kekurangan dan perlu banyak lagi belajar.

13 comments:

  1. cam drama2 n filem la,gayaciter sama je..kekadang xde pengajaran pun yg bleh kita amik buat teladan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.patutnya lebih byk naskhah yg boleh mendidik masyarakat

      Delete
  2. erm! mmg tak dapat dinafikan Kak.. semua watak2 mesti hensem, cantik & kaya.. gaya penulisan pun lbh kurang sama...tak berkembang..(tp bkn semua lah)..huhu

    ReplyDelete
  3. Kebahagiaan milik orang yang berharta aje kot! Samalah juga dalam drama-drama tempatan tapi macam yang dikata, ada juga penulis yang bagus2 di luar sana, mengangkat kisah masyarakat. Kisah lelaki hensem, wanita jelita, keluarga kaya ni mungkin mendapat tempat di hati peminat sebab itulah banyak penulis ambil jalan mudah tulis cerita begini, tinggi sikit jualannya :)

    Saya suka fiksyen yang lebih kepada thriller. So, tak tahu nak komen apa lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.sy pun suka fiksyen thriller juga hihi

      Delete
  4. Manalah tahu penulis novel terkenal take note apa yg awak highlight ni TJ....betullah....mcm rasa novel tu utk org kaya kaya je yek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti depa x sempat bc suara hati blogger picisan mcm i ni hihihi

      Delete
  5. Saya baru cuba baca sebuah novel RAM..tkde lagi jumpa mcm tu...hehe...suspen je rasa bila baca,maybe sy memang tk perna bc novel kot ju....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wirda...ni based on bratus2 novel yg telah sy bc selsma ni hihi.tp mmg ada penulis yg sy admire sebab naskhah nya mmg bagus

      Delete
  6. setuju sgt dgnn pendapat Ida...
    Tapi kenapa novel sebegitu yang lebih menarik minat ramai remaja... hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah nur..depa mhasilkan novel based on pmintaan pelanggan.kalau buat bacaan berat sikit...xde la org nak bc.buku x laku...x untung.sigh!rakyat malaysia mmg kurang mbaca..kalau bc pun suka bc yg santai2 je hihi

      Delete
    2. Salam..terima kasih Tuan juhaida..komen yg bagus..

      Delete