Sunday, 2 February 2014

Pantai Morib...kami datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua teman2 masih mengingati diri ini. Lama betul tak sempat bersiaran hehe.

Kali ini nak 'share' sedikit tentang Pantai Morib yang terletak di Banting, Selangor. (Kami sempat datang ke sini pada 31 jan-1 feb 2014).

Mercu tanda Pantai Morib

 
main layang-layang






Kami menginap di Hotel Impian Morib. Memang kami pergi 'gamble' ja tak 'booking' hotel dulu pun. Nasib baik masih ada bilik kosong. Alhamdulillah!
Hanya ada bilik Superior sahaja yang masih kosong. Room rate per nite per room ialah RM220 (with breakfast for 2 person). 1 katil queen dan 1 katil single sahaja. 

Hotel Impian Morib.
Terletak di tepi Pantai Morib dan bersebelahan dengan padang golf
Lobi hotel


Bilik kami
Cantik...! Pemandangan dari tingkap bilik kami..walaupun kolam renang ni tak sebesar 'water theme park' dekat Gold Coast Morib Resort...anak-anakku  tetap riang dan ceria!
memang suka sangat berendam dan main air!

Danish bersantai gitu!



Malam pula kami mencari ikan bakar untuk 'dinner'. Kami singgah di Restoran Juvita Seafood yang terletak di Jalan Kenanga, Kanchong Darat. Dekat sahaja dengan lokasi hotel kami.


Restoran ini katanya pernah masuk dalam rancangan tv Jalan-jalan cari makan (JJCM)~The best ikan bakar in Banting gitu.

Ikan cencaru bakar

Lauk-pauk lain pun semua ok..not bad!
Otak-otak pun ada

****************************** 
Pagi esoknya kami sarapan di hotel sahaja.

Temasya Restaurant ( Restaurant hotel )


Rate for breakfast, lunch and dinner

Kopi panas yang masih berasap!






Secara keseluruhannya tak banyak pilihan makanan disediakan  untuk sarapan di hotel ini dan rasa makanan juga biasa2 sahaja.

Jangan lupa baca sambungan kisah kami di Morib ni dalam 'entry' akan datang ye.
Sekian, wassalam!

18 comments:

  1. hepinya..bila la akak nak g berct camni!!huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah. ..boleh..morib nipun dkt je. Akak bole gi hujung minggu

      Delete
  2. salam TJ.
    alahai pantai morib. pantai yg jaraknya
    hnya 8 km dr kmpng aby. klu tj ikut arah banting pasti lalu dpn umah keluarga kami.
    cntik juga pantai Morib ni bila dlm gmbar yer. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke aby?haah mmg ikut arah Banting.kami pun br first time gi Morib ni hihi

      Delete
  3. Cantik juga Pantai Morib ni ye Kak..klu balik ke Selangor nti boleh lah pegi...:)

    ReplyDelete
  4. Kalau pegi bercuti gamble je mmg selalu dpt bilik mahal... Saba je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.kami kali ni dpt bilik paling murah tu.tu yg 1 katil double n 1 katil single je.tp tpaksa aa terima dah xde bilik lain...sumer full.ni gara2 ad hoc plan

      Delete
  5. Nasib baik ya main gamble aje tapi dapat bilik. Cantik juga kawasan hotel ni. Anak-anak saya pun yang penting ada kolam renang. Suami saya pulak yang penting ada sunset, beach dan kolam renang size Olimpik katanya...itu yang tak berani gamble sangat untuk memenuhi citarasa semua superheroes. Ini lagi satu tempat yang saya tak pernah pergi (dah rasa macam warga asing aje kat Malaysia, byk tempat pun tak sampai lagi...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kolam renang besar juga hihi.nak tgk sunset pun bole

      Delete
  6. Cantik jugak swimming pool dia tu TJ...Budak budak bukan kira besar ke tidak janji dapat mandi jer...
    Murah ke mahal makanan kat Juwita Restoren tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu okje.asal dpt berendam dlm air mmg suka sgt la semuanya.
      Harga makanan dia ok sangat.standard..x mahal pun

      Delete
  7. Not bad jugak tempat dia kan..mmg best jer..farah tak pernah sampai morib lagi.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.nak lg best dok kat gold coast morib resort.ada water theme park,boleh tgk sunset n setiap bilik ada jacuzzi

      Delete
  8. Salam TJ.
    Br perasan psl restoran juwita tu.
    Tu la kmpng aby. Towkey restoran tu pun kenalan aby juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic hihi...kebetulan ye.ramai org kat restoran tu.makanan pun sedap

      Delete
  9. Salam Puan Juhaida

    sy baru set up page utk Restoran Juvita di Google Map & Google Business memandangkan setiap kali sy search di Google Map tak jumpa.

    ini utk memudahkan org cari restoran ni jika mereka ke Morib dan insyaAllah tlg promote bagi pihak tuan punya restoran

    dengan ini saya minta izin untuk ambil gambar dari blog puan untuk di masukkan ke dalam Map tersebut (4 keping - otak2 pun ada, lauk-pauk lain semua ok, ikan cencaru bakar & cover menu

    utk makluman puan, sy takde kena mengena dengan owner cuma nak memudahkan pengunjung cari restoran Melayu jika berkunjung ke Morib

    Tkasih

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum,
    Saya ada bercadang utk ke Gold Coast Morib dn nak merasa makanan di Rest Juvita. Tapi di Google map tak dapat search lokasinyer. Blh x sekiran akak bagi sedikit panduan atau simpang yg ada signboard utk memudahkan saya ke sana.. Maaf yer..

    ReplyDelete