Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hehe just nak share rasa teruja my little Danish untuk balik ajar mama buat sandwich sardine gulung (sardine rolls). Alkisahnya, Danish belajar buat sardine rolls tu dalam satu sesi pembelajaran kat tadikanya. Danish, this year dah 5 years old (29 jun 2014 nanti).
Balik je dari tadika, terus minta mama sediakan sardine untuk inti sandwich, roti, mayonis dan gunting hehe.
5 simple steps from chef Danish:
Buang tepi roti (tak guna gunting pun...guna tangan pun boleh hihi) |
Potong roti kepada 2 bahagian dan penyekkan guna sudu |
Letak inti sardine |
Gulung |
Makan! hehe |
Bijaknya anak mama! Tahniah buat cikgu2nya yang sentiasa kreatif, sabar dan mendidik dengan pelbagai cara menarik membuatkan anak2 sentiasa teruja dan menanti2 untuk ke sekolah. Thumbs up!
*******************************
Satu lagi cerita tentang anak2 juga. Haikal (10 tahun) dapat jemputan birthday party dari salah seorang kawan baiknya Rifqi Danish. Sebenarnya memang biasalah kita dapat jemputan dan hadir birthday party . Cuma kali ini agak berbeza kerana kawan baiknya mengadakan majlis hari jadi di gelanggang futsal! hehe. Jemputan main futsal dulu dan selepas tu baru potong kek. Apa lagi..sukalah Haikal kerana memang minat sangat main bola. Haikal bawa hadiah B- Daman untuk Rifqi hihi.
kad jemputan majlis harijadi |
Pukul 10 - 12 mlm (Hari Jumaat malam) |
Sebab Haikal pergi dengan papa dan Danial..so ini saja gambar yang diambil oleh papa di sana hehe (kalau mama pergi baru meriah sikit ambil gambar haha). Mama tak pergi coz little Danish dah tidur. |
Goodies beg yang di dalamnya ada macam2 hehe. Paling sedap, ada kek keju blueberry dan kek keju coklat. Marvellous! Terima kasih tuan rumah. |
Happy birthday to Rifqi. Moga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Success dalam setiap lapangan yang diceburi. Semoga persahabatan Haikal dn Rifqi berpanjangan dan diberkati Allah.
************************
Cerita terakhir pula tentang tuan punya blog sendiri hihi. Baru2 ini saya ada menjalani Blood Screening di sebuah klinik. Saja buat blood test ini untuk mengetahui status kesihatan diri. Lama dah tak buat medical check up. Saya kena berpuasa dulu bermula pukul 10 mlm (puasa lebih kurang untuk 10 jam). Keesokkannya pukul 9.30 pagi, saya dah terpacak kat klinik tu. 3 botol kecil darah diambil. Result boleh diperolehi dalam masa 3 hari.
gambar ihsan google~tak sempat nak snap picture sendiri |
gambar ihsan google~3 botol saiz nilah huhu |
Selepas 3 hari, saya kembali dan berjumpa doktor untuk blood test review. Berdebar juga hati ni.
Doktor meneliti keputusan blood screening (sebanyak 4 muka surat). Fungsi hati, fungsi buah pinggang dan ujian tiroid semua ok. Semua normal dan sihat. Paras gula (glukos) dalam darah juga normal. Full blood count juga normal untuk sel darah merah, sel darah putih dan platlet.Tiada masalah hepatitis B, denggi dll. Alhamdulillah!
Cuma ada 2 perkara yang doktor 'highlight' iaitu jumlah kolesterol dalam darah dan uric acid slightly rise and borderline. So, after this kena jaga makan dan avoid seafood! Kan tak pasal2 pula jadi serius dan kena makan ubat kolesterol pula. Oh no!
So, kawan2..jom pakat2 buat medical check up dan jaga kesihatan. Sekian, wassalam!
pandainyeer chef danish!!hihi..ruginya mamanya xikut ke majlis arijd..bagus la hasil medicl check up ida memuaskan..ada ke ubat kolestrol?
ReplyDeleteAda ubat kolesterol.kalau jumlah kolesterol dlm darah tinggi sgt melebihi skala 6,doctor akan start ubat kolesterol.n kena mkn ubat tu everyday...x nak lah sampai tahap tu mintak jauh
DeleteOo.. saya baru je terfikir nak buat pemeriksaan kesihatan. Dah 2 tahun tak buat. Rasa mudah letih dan kebas2 kerap sekarang..harapnya tak ada apa2 la.. kalau ada, boleh berubat awal.
ReplyDeletepandainya Danish buat sandwich.. boleh masak sarapan lah nanti ya..
Betul tu.baik kita sentiasa berjaga2 n buat pemeriksaan kesihatan berkala.in sha allah..moga dpt elak drpd blaku perkara yg lebih buruk.
DeleteTulah. .danish tgh bsemangat mpraktikkan apa yg telah dipelajari di sekolah
mmg bagus buat pemeriksaan kesihatan..yg positifnya kita tahu tahap kesihatan kita,yg negatifnya..dh tahu sakit apa semua pun kena pantang.hehe..
ReplyDeleteHihi kita amik yg positif
Deletecomelje danish buat roti gulung sardin tu
ReplyDeleteHihi tgh excited tu
DeleteSeronoknya tengok little chef buat sardine rolls. Lepas excited buat, terus makan sendiri ya! Tentulah sedap :)
ReplyDeleteHihi betul tu
Delete1. Bijak - kira boleh ingat apa yg cikgu ajar
ReplyDelete2. Birthday macam ini org dewasa pun suka sama.
3. Kakak pun baru buat and result pun samalah kita. Kakak punya cholesterol pun at boderline. Uric acid doctor kata sebab kakak banyak consume supplement macam vitamin tu boleh jadi punca uric acid at the borderline. Kena kurangkanlah..
Bila dah tau result semua ok legalah hatikan TJ...yg tu tak pe ...kita kawal je le hehe
ReplyDelete