Monday, 31 March 2014

Kalau dah rezeki, tak ke mana..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar teman2 yang dikasihi sekalian? Nampaknya memang tak sempat nak update blog dengan kerap walaupun banyak bahan yang ingin dikongsi.  Moga masih ada yang sudi dan setia berkunjung ke blog ini hehe.

Hasil rembatan menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia hehe
Mesti tertanya2 bagaimana saya boleh dapat Baucar Buku 1 Malaysia? hehe. Ini hadiah daripada adikku yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kebetulan semester ni dia tangguh pengajian untuk 1 semester kerana menemani isterinya yang baru bersalin anak pertama mereka. Jadi, baucar buku yang diperoleh dihadiahkan kepada kakaknya ni yang sangat CINTA BUKU (bukan pencinta MUKA BUKU tau hehe).
Me as a~book-a-holics (sejak azali lagi haha).

Marilah..mari...kita membaca!

RM31.92 (Harga selepas 20% rebate)
RM15.92 (Harga selepas 20% rebate)
RM31.92 (Harga selepas 20% rebate)

RM22.32 (Harga selepas 20% rebate)
RM18 (Harga selepas 10% discount)

In sha Allah, bila dah baca semua buku2 di atas, saya akan buat book review ye kawan2.

Nak share juga kat sini nasi + daging bakar air asam + sup daging yang sedap!


Kedai Kak Ti Pasar Lama MPKB ni terletak di Berek 12, Kota Bharu, Kelantan

Sekian, wassalam!

Wednesday, 26 March 2014

Kota Bharu Water Splash


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah lama menyepi, nak kongsi sedikit cerita percutian bersama anak-anak tersayang di musim cuti sekolah ini. Cuti kali ini kami hanya memanfaatkan masa dengan balik ke kampung halaman tercinta~Kota Bharu, Kelantan.
Sempat juga bawa anak2 berkunjung ke Taman Tema Air "Water Splash" yang terletak bersebelahan dengan  Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.















Waktu operasi:


Dibuka setiap hari:

10.00 am hingga 1.00 pm (1.00pm hingga 2.00 pm rehat)

2.00 pm hingga 7.00 pm



HARGA TIKET (amat berpatutan):

Ibu Bapa / Penjaga : RM3

Kanak-kanak:

6 Tahun ke bawah: RM5

7 hingga 12 Tahun: RM6

12 Tahun ke atas: RM7



KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI TAMAN INDERA PETRA

Taman Permainan Kanak Kanak, Surau, Medan Selera, Tandas Awam, Parking

Selamat berkunjung ke sini juga ye jika berkesempatan.
Sekian, Wassalam!

Friday, 21 March 2014

Langkawi Episod 2~ Dataran Lang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry ni sambungan daripada entry Bercanda di Pulau Dayang Bunting hehe.

with room mate @ Langkawi~ Day 3

Pintu Gerbang Dataran Lang





Ini pula gambar teman2 yang sempat pergi makan Laksa Power
Ini pula wajah ceria teman2 yang sempat merasa menaiki Langkawi Cable Car

Disebabkan masa yang terhad, saya hanya sempat shopping  di Kompleks HIG bersebelahan dengan hotel kami. Saya hanya sempat 'shopping' coklat, keychain, t-shirt , Parfume dan mug Corelle (memang pengguna tegar pinggan mangkuk Corelle hehe). Parfume beli 2 botol kat airport Langkawi. Nutella kegemaran anak2 pun saya beli hehe. Terpaksa juga beli satu lagi bagasi coz barang dah bertambah hehe (pergi 1 beg, balik dah jadi 2 beg tak termasuk hand luggage hohoho). 

gambar ihsan google

Kompleks HIG 

Macam2 ada!

Corelle motif Provence Garden~di jual loose item

Corelle motif Plum & Country Rose~di jual loose item

Mug Correlle ~ memang berbaloi-baloi beli kat sini. Hanya RM33 sebiji berbanding 2x ganda harganya sebiji dimana2 pasaraya di KL
Antara coklat yang dibeli untuk anak2 dan buah tangan untuk keluarga terdekat. Mostly, anak2 bawa ke sekolah untuk hadiahkan kepada guru kelas dan kawan masing2.
Pepero tu memang sedap! Tak cukup pulak hehe. Kat KL harga dah 2x ganda
nutella pun mama punggah kat anak2 haha..punyalah teringat kat anak2 

Sedap coklat ni..tapi pelik bebenor namanya hehe


Antara yang dibeli di Langkawi

Bergambar di airport Langkawi sebelum berlepas pulang ke KL

Tata Langkawi!

Sekian, wassalam!


Wednesday, 19 March 2014

Bercanda di Pulau Dayang Bunting

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sungguh tak berkesempatan untuk update blog dan BW blog teman2 di alam maya ni..rindu kamu semua! Muaaahhhh!

Alhamdulillah, telah selamat pergi dan balik dari Pulau Lagenda, Pulau Langkawi! (Maklumlah, ada sedikit fobia menaiki pesawat memandangkan negara kita baru ditimpa musibah kehilangan pesawat MH370).

Dalam pesawat AK6312

Sudah selamat tiba di airport Langkawi..syukur!
Check-in di HIG Hotel Langkawi

Makan malam beramai2 di kedai makan depan HIG Hotel.
Saya makan laksa~ sedap!
Sempat lagi round kedai berhampiran hotel hehe

Sempat lagi round kedai berhampiran hotel hehe

Buat apa di Langkawi? Sebenarnya ke Langkawi kerana berkursus.~ Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP). Kursus ini memang dianjurkan oleh sekolahku dan oleh itu semua guru sekolahku wajib hadir. Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Ini kali pertama kami mengadakan LDP diluar dari KL. Tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa Kelab Guru & Staf Sokongan (KGSS) kerana telah bertungkus lumus menjayakan program mega pertama buat tahun ini.

Program ini mengambil masa 3 hari 2 malam . Kami bertolak ke Langkawi pada hari Sabtu (15 mac 2014) dan pulang semula ke KL pada hari Isnin (17 mac 2014).
Kami menginap di Hotel HIG yang terletak di Pekan Kuah. Cantik juga bilik hotel ni kerana hotel ni adalah hotel baru. Baru 4 bulan beroperasi. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Kompleks HIG (Haji Ismail Group), so memang senang la untuk ber'shopping' hehe.

HIG Hotel~ gambar ihsan google

Bilik kami~ 2 katil single (2 orang sebilik)~ gambar ihsan google
*****************************************

~ Day 2 ~

Breakfast @ HIG Hotel
Latihan Dalam Perkhidmatan 3/2014

Dalam Dewan Seminar Hotel HIG
Antara aktiviti LDP berkumpulan
Bergambar kenangan beramai-ramai di dalam bilik seminar
Bergambar kenangan beramai-ramai di depan hotel
Barisan AJK KGSS yang bertungkus lumus menjayakan LDP ke Langkawi
Selepas sesi ber 'LDP' , kami juga di beri ruang untuk membuat aktiviti sendiri di Pulau Langkawi ni. Aku memilih untuk menyertai aktiviti
Island hopping tour Langkawi

Kami hanya dikenakan bayaran sebanyak RM30 seorang kerana menyertai secara berkumpulan (15 orang). Kami diambil dari hotel penginapan dan di hantar ke jeti untuk menaiki bot . Masa yang diambil ialah 4 jam untuk mengunjungi 3 pulau berlainan iaitu Pulau Dayang Bunting (ada tasik air tawar juga), Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.


Jeti Teluk Baru







Destinasi pertama: Pulau Beras Basah





Pantai di Pulau Beras Basah


Ada mat saleh handsome tolong tolak bot kami hihi 

Pulau Beras Basah

Destinasi kedua, kami  dibawa untuk eagle's feeding di Pulau Singa Besar. Kebiasaannya pemandu bot akan membawa kulit ayam untuk mengumpan burung helang ini. Satu perkara yang menarik adalah pemandu pelancong/jurumudi dilatih agar tidak memberikan terlalu banyak makan kulit ayam kepada burung helang ini untuk memastikan spesis ini tidak berpenyakit . Kalau 4-5 bot datang sekali, maka hanya satu bot dibenarkan untuk memberikan Burung Helang ini makan kulit ayam. Bot kami tidak memberi makan kepada burung helang ini. Cukup meninjau dengan lebih dekat habitat burung helang di Langkawi ini.



Destinasi ke 3 diteruskan ke Pulau Dayang Bunting.



Bentuk Pulau Dayang Bunting seperti wanita mengandung yang sedang tidur

 tasik air tawar Pulau Dayang Bunting

 tasik air tawar Pulau Dayang Bunting

Bergambar berlatar belakangkan Pulau Dayang Bunting



Insya-allah..kita sambung lagi cerita kami di Langkawi dalam entry seterusnya.
Sekian, wassalam!