Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sungguh tak berkesempatan untuk update blog dan BW blog teman2 di alam maya ni..rindu kamu semua! Muaaahhhh!
Alhamdulillah, telah selamat pergi dan balik dari Pulau Lagenda, Pulau Langkawi! (Maklumlah, ada sedikit fobia menaiki pesawat memandangkan negara kita baru ditimpa musibah kehilangan pesawat MH370).
|
Dalam pesawat AK6312 |
|
Sudah selamat tiba di airport Langkawi..syukur! |
|
Check-in di HIG Hotel Langkawi |
|
Makan malam beramai2 di kedai makan depan HIG Hotel. Saya makan laksa~ sedap! |
|
Sempat lagi round kedai berhampiran hotel hehe |
|
Sempat lagi round kedai berhampiran hotel hehe |
Buat apa di Langkawi? Sebenarnya ke Langkawi kerana berkursus.~ Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP). Kursus ini memang dianjurkan oleh sekolahku dan oleh itu semua guru sekolahku wajib hadir. Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Ini kali pertama kami mengadakan LDP diluar dari KL. Tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa Kelab Guru & Staf Sokongan (KGSS) kerana telah bertungkus lumus menjayakan program mega pertama buat tahun ini.
Program ini mengambil masa 3 hari 2 malam . Kami bertolak ke Langkawi pada hari Sabtu (15 mac 2014) dan pulang semula ke KL pada hari Isnin (17 mac 2014).
Kami menginap di Hotel HIG yang terletak di Pekan Kuah. Cantik juga bilik hotel ni kerana hotel ni adalah hotel baru. Baru 4 bulan beroperasi. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Kompleks HIG (Haji Ismail Group), so memang senang la untuk ber'shopping' hehe.
|
HIG Hotel~ gambar ihsan google |
|
Bilik kami~ 2 katil single (2 orang sebilik)~ gambar ihsan google |
*****************************************
~ Day 2 ~
|
Breakfast @ HIG Hotel |
|
Latihan Dalam Perkhidmatan 3/2014 |
|
Dalam Dewan Seminar Hotel HIG |
|
Antara aktiviti LDP berkumpulan |
|
Bergambar kenangan beramai-ramai di dalam bilik seminar |
|
Bergambar kenangan beramai-ramai di depan hotel |
|
Barisan AJK KGSS yang bertungkus lumus menjayakan LDP ke Langkawi |
Selepas sesi ber 'LDP' , kami juga di beri ruang untuk membuat aktiviti sendiri di Pulau Langkawi ni. Aku memilih untuk menyertai aktiviti
Island hopping tour Langkawi.
Kami hanya dikenakan bayaran sebanyak RM30 seorang kerana menyertai secara berkumpulan (15 orang). Kami diambil dari hotel penginapan dan di hantar ke jeti untuk menaiki bot . Masa yang diambil ialah 4 jam untuk mengunjungi 3 pulau berlainan iaitu Pulau Dayang Bunting (ada tasik air tawar juga), Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.
|
Jeti Teluk Baru |
Destinasi pertama: Pulau Beras Basah
|
Pantai di Pulau Beras Basah |
|
Ada mat saleh handsome tolong tolak bot kami hihi |
|
Pulau Beras Basah |
Destinasi kedua, kami dibawa untuk eagle's feeding di Pulau Singa Besar. Kebiasaannya pemandu bot akan membawa kulit ayam untuk mengumpan burung helang ini. Satu perkara yang menarik adalah pemandu pelancong/jurumudi dilatih agar tidak memberikan terlalu banyak makan kulit ayam kepada burung helang ini untuk memastikan spesis ini tidak berpenyakit . Kalau 4-5 bot datang sekali, maka hanya satu bot dibenarkan untuk memberikan Burung Helang ini makan kulit ayam. Bot kami tidak memberi makan kepada burung helang ini. Cukup meninjau dengan lebih dekat habitat burung helang di Langkawi ini.
Destinasi ke 3 diteruskan ke Pulau Dayang Bunting.
|
Bentuk Pulau Dayang Bunting seperti wanita mengandung yang sedang tidur |
|
tasik air tawar Pulau Dayang Bunting |
|
tasik air tawar Pulau Dayang Bunting |
|
Bergambar berlatar belakangkan Pulau Dayang Bunting |
Insya-allah..kita sambung lagi cerita kami di Langkawi dalam entry seterusnya.
Sekian, wassalam!
14 comments:
Salam TJ.
Tk mabuk laut ke buat island hoping tu. Larat juga berjalan sampai tasek tu yer. Aby sekeluarga prnah juga buat island hoping dan mangrove tour
wah, hotel HIG dah buka.... mmg mudah sgt nak shopping kalau lagu tu :)
Best kan dapat island hopping kat pulau2 tu... setiap pulau ada tarikan tersendiri :)
Alhamdulillah..x mabuk laut aby
Betul tu nur.cantik sgt pemandangan.
wow,byknya pic!!!tp cam biasa ler...huhu..
Sambil menyelam,minum air...hehe
Tunggu sambungan cerita ni ye hihi
bestnyer dapat pi lengkawi..gambar2 yg ida ambil semua menarik, DSLR katakan..hehe
shopping apa jer tu...?
Bestnya stay kat HIG.. tempat shopping dia sebelah jer kan.. =D
amboi bukan main lagi mak dara mak dara ni pose yek....hehe...siap tunjuk langit lagi hehe
Pergi ngan kengkawan best kan TJ
Dalam diam rupanya dah pergi dan balik dari Langkawi! Tengok gambar pun dah tahu memang meriah dan best aje percutian sambil berkursus ni ya.
Hihi gambar2 tu campur2.selain dslr, ada guna camera biasa n camera phone je hihi.
Bab shopping nanti jgn lupa bc next entry...tungguuu...
Yupp.
Pelan strategik gitu hihi
Tulah..posing sakan hihi.nanti nak gi ngan suami n kids lak
Betul tu..mmg meriah n best!
Post a Comment