hari ini walaupun masih demam, hati teringin untuk menulis juga hihi kali ni tentang percutian kami ke Melaka. Kali terakhir kami ke Melaka pada tahun 2010.
Fuh,dah lama tuh tak pegi!
Kami merancang untuk ke Melaka sempena cuti Tahun Baru Cina. Hurray!
Tiba hari yang dirancang, tetiba pula aku demam panas, sakit tekak dan rasa lenguh seluruh badan.Hairan juga kerana ianya berlaku secara tiba-tiba sahaja. Namun aku redha, ini semua ujian dan tanda kasih sayang Allah pada kita.tak gitu?? So, kami teruskan juga perjalanan pada hari itu kerana aku tidak mahu mengecewakan anak-anak terutamanya yang sudah teruja untuk ke Melaka. Bertemankan 'Panadol', kami bertolak ke Melaka.
Day 1 (Ahad, 10 Feb 2013) :
9.00 pg - Kami bertolak Ke Melaka. Untuk perjalanan kali ni aku banyak tidur di atas kereta kerana demam.
11.00 pg - Kami sampai ke Melaka.Exit tol Ayer Keroh. Gembiranya rasa hati bila dah sampai dengan selamatnya ke destinasi.
Ramai betul manusia yang datang bercuti-cuti ke Melaka ni. Semua tempat yang dilalui penuh dengan manusia. Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dll. Jalan pun jem nak masuk ke bandaraya Melaka.
Kami singgah makan dulu di sebuah restoran asam pedas di Melaka Raya.
Hotel Mesra Mutiara
2 katil queen dan 1 katil single
Selepas 'check in', kami naik ke bilik hotel untuk mandi, solat dan berehat dulu sekejap memandangkan traffik sesak untuk masuk ke bandar.
3.00 ptg: Kami bergerak ke destinasi pertama : Malacca River Cruise! Walaupun masih demam, aku gagahi juga untuk keluar berjalan-jalan. Takkan nak tinggal kat hotel jekan, alang-alang dah datang hehe. Tapi bila ambil gambar, nampak sangat muka demam hehe 'especially' tang mata. Betullah pepatah orang tua, " mata jendela jiwa" kerana melalui mata terpancar segalanya.
Hero-heroku yang ceria!
atas bot menyusuri Sungai Melaka
Pirate Ship
atas bot menyusuri Sungai Melaka
dah turun dari bot
Selesai makan angin menyusuri Sungai Melaka, kami singgah pula di Restoran Subaidah di Hang Tuah Walk. Pekena rojak dan teh tarik jap hihi
Rojak
Layan air teh suam jelah sebab i demam huhu takleh nak order teh ais fav huhu
Selesai minum petang kami bergerak ke destinasi seterusnya: Pantai Klebang. Hero-heroku semua 'excited' nak main layang-layang dan bola. Layang-layang dan bola memang dah siap bawa dari KL .
Jalan memang agak sesak dengan kenderaan. Berhampiran Pantai Klebang tu ada pula 1 gerai "Klebang original coconut shake" . Mak aaaiii, beratur panjang tu. Kereta berderet 'parking' kiri kanan jalan. Kami meneruskan perjalanan ke pantai tanpa singgah ke gerai tersebut
Gerai Klebang Original Coconut Shake
hero dan heroin
Layang-layang terbang tinggi kerana angin kuat. 'Best' sangat!
Main bola
Danial puas hati dapat main layang-layang
Kereta kuda pun ada di sini
Go-kart pun ada
Hari beransur malam, kami meninggalkan kawasan pantai dan pulang ke hotel semula. Oleh kerana semua dah penat kami merancang untuk membeli makanan dan pulang untuk makan di bilik hotel sahaja. Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, jalanraya sesak dan kedai makan pun penuh. Badanku pun mula demam kembali. Aku telan lagi Panadol.
Sampai di hotel, sesudah membersihkan diri dan solat , kami makan malam nasi goreng ayam dan roti canai. Selepas makan semua zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz dengan lenanya kecuali aku,Huhu hampir setiap jam (sampai pagi) aku terjaga kerana demam panasku. Aku bangun untuk 'switch off air cond', telan pain killer lagi dan letakkan 'towel' basah ke dahiku. Dalam hati tak putus berdoa pada Allah.
Day 2 (Isnin, 11 Feb 2013):
Misi utama pagi ni ialah :cari KLINIK!
Jenuh cari klinik kerana kebanyakkan klinik masih tutup sebab Tahun Baru Cina. Cari tempat untuk bersarapan pun agak susah kerana kebanyakkan kedai makan penuh dan ada yang makanan dah habis walaupun masih awal pagi kerana terlalu ramai pelancong di Melaka sekarang. !
Pusing-pusing akhirnya pukul 9.00 pg kami 'breakfast' di sebuah kedai makan di Bukit Baru. Breakfast dengan roti canai yang sedap.
Selepas mengisi perut, kami singgah ke Bandar Hilir kerana anak-anakku teringin untuk naik beca yang dihias cantik dan masuk ke dalam replika kapal serta Muzium berhampiran.
bersedia untuk masuk ke dalam replika kapal
Aksi anak-anakku di dalam kapal
pemandangan dari atas kapal...cantikkan?!!
Muzium Samudera
'pose' di dalam Muzium Samudera
'pose' di dalam Muzium Samudera
'pose' di dalam Muzium Samudera
'pose' di dalam Muzium Samudera
'pose' di dalam Muzium Samudera
'pose' di dalam Muzium Samudera
naik beca
..naik beca.. (mahal juga tambang beca ni sekarang , rm100 untuk 2 buah beca!)
Kota A Famosa
Kota A Famosa
rehat jap!
Menara Taming Sari
Selesai pusing-pusing disini,kami meneruskan misi yang tertunda: Mencari Klinik!hihi
Sempat lagi tu singgah beli 'coconut shake'.Ni gara-gara kempunan tak dapat beli kat Pantai Klebang hehe.
Sedapnya!
Akhirnya, kami jumpa juga Klinik Al -Azhim Telok Mas. Selepas diperiksa oleh doktor, doktor mengesahkan bahawa tonsil ku bengkak (tonsilitis) dan itu yang menyebabkan aku demam teruk dan sakit tekak huhu. Doktor menasihatkan agar aku mengurangkan minum ais dan tak boleh makan makanan pedas buat sementara waktu ni. Alahai, melepas nak makan asam pedas Melaka lagi..Setelah mendapat antibiotik dan ubat tahan sakit, kami meninggalkan klinik.
Selepas 'lunch', kami singgah sekejap untuk melihat perigi Hang Tuah dan selepas tu berhenti solat di Masjid Selat Melaka sebelum pulang ke hotel untuk berehat seketika.
Perigi Hang Tuah
Mencuba nasib menggunakan timba...maklumlah tak pernah jumpa perigi dan timba
Aii sempat gak 'shopping' harmonika
Pukul 5.00 ptg, sekali lagi anak-anakku hendak ke Pantai Klebang. Kami akur memandangkan bukan selalu mereka dapat bermain pasir di pantai 'especially' bila dah balik KL semula.
Pukul 7.00 mlm, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Medan Ikan Bakar Alai. Yang 'tak bestnya' bila terlalu ramai pelancong dan semuanya pun berpusu-pusu nak makan ikan bakar seperti kami juga. Nak cari 'parking' kereta pun susah. Ish...Ish...Ish...
kami main masuk ja mana-mana kedai yang ada kat medan ikan bakar tu
sotong celup tepung
Namun , kami agak kecewa pada malam itu kerana rasa sotong celup tepung dan ikan bakarnya seakan gagal memancing selera kami. Mungkin kerana dia tak menang tangan untuk melayan pelanggan yang terlalu ramai atau kami yang tersilap pilih kedai hihi.
Selepas makan, kami pulang ke hotel.
Day 3 ( Selasa,12 feb 2013):
10.00 pg:Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula. Tata Melaka, Insya allah kami akan datang lagi. Kedatangan kali ni kami tak sempat pergi ke semua tempat menarik di Melaka kerana kebetulan diriku tidak berapa sihat (demam) dan satu lagi sebab memang kami dah pernah pergi pun ke tempat-tempat lain seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, A Famosa Resort dll tu sebelum ini.
Kepada anda semua yang sudi membaca coretanku kali ini....terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi.Bye!
Rindu pulak kat melaka.....saya pun xpernah jejak kaki ke pantai tu masa kpli kat sana. Haiii pantang cuti berjalan sakan family ida ni hihi
ReplyDeleteAnis; tp kali ni mmg cuti dlm demam hihi.mmg siksa.mkn pun x lalu
ReplyDeletelong..cantik laa tudung pink n baju merah tu..timbul je..i pon bila laa dpt g jejalan melaka plak ni..
ReplyDeleteina, tq.tu shawl half moon hihi
ReplyDelete