setelah lama menyepi kerana sibuk dengan tugas-tugas harian, baru kini berpeluang untuk menulis di ruang blog ku ini hehe
Cerita yang nak dikongsi hari ni dah basi hihi..dah sebulan berlalu....Sempena hari lahir suami tersayang yang ke-35 tahun pada 15 januari 2013 yang lalu.
Tahun ini rasa nak bagi kejutan kecil kepada 'my hubby'...so aku mula merancang dan melaksanakan perancangan tu seminggu sebelum tarikh lahirnya hihi...
Perkara pertama ialah aku menempah 'chocolate bouquet' di sebuah ' florist'. Coklat dan kek aku beli sendiri dan bawa ke kedai bunga tu untuk diletakkan ke dalam bakul bersama fresh flowers, kad dan sepasang 'teddy' bear kecil.
Coklat Hersheys Kisses dan Ferrero Rocher menjadi pilihan
'Chocolate bouquet' ini dan sebiji kek harijadi akan dihantar ke pejabat 'my hubby' pada hari lahirnya nanti...hehe...wah, tak dapat dibayangkan macam mana reaksinya nanti hihi.
Mengikut perancangan, penghantaran akan dibuat pada pukul 11 pagi pada 15 januari 2013. Ini kerana pada pukul 12 'my hubby' kena 'attend' mesyuarat diluar.
dah siap...ni foto sehari sebelum penghantaran!
kek harijadi
Sanah helwah ya habibi!
ready to be delivered
semoga dikau sentiasa diberkati, murah rezeki yang halal, diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur yang barakah!
Aku juga tidak lupa untuk belikan hadiah kepada 'my hubby'.Walaupun harganya mungkin tidak seberapa, tetapi ini tanda ingatan dan kasih sayang seorang isteri kepada suaminya...chewwwah!
Tiba hari yang dinanti-nanti, tetiba 'my hubby' keluar awal dari opisnya kerana mesyuarat dipercepatkan kepada pukul 11.00 pg.!Adoiii...rosak plan! Semasa penghantaran dibuat oleh pihak 'florist', 'my hubby' tiada di pejabatnya. Selesai 'meeting', ' my hubby' datang menjemputku untuk keluar 'lunch ' bersama. Kami memilih menu 'western' untuk makan tengahari tu.
Baked crab...so yummy!
me and besday boy!
Selesai 'lunch','my hubby' kembali semula ke pejabatnya. Sampai di pejabat, baru dia terima kejutan daripada ku itu hihi. Selamat hari lahir, sayang!
Itu saja coretanku untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Tata, jumpa lagi!
sweet couple..makan2 pon best2 je..
ReplyDeletetq, sis!
ReplyDelete