Wednesday, 26 June 2013

dalam hak kita ada rezeki(kepunyaan) orang lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak sembang santai tentang hari gaji, Biasanya hari gaji memang menjadi salah satu hari penting yang ditunggu oleh semua orang setiap bulan hehehe.

Sebenarnya nak tanya berapa orang kat sini yang pernah melalui situasi bila tiba hari gaji dengan excited pergi berjumpa Mr ATM untuk withdraw money dan dalam sekelip mata duit yang dikeluarkan tu boleh habis untuk pelbagai kegunaan?

gambar ihsan google
Bila difikirkan semula, memang benar "dalam hak kita ada rezeki orang lain". Setiap bulan pendapatan kita akan digunakan untuk diberi kepada ibu bapa kita , membayar ansuran pinjaman rumah & kereta, insurans, yuran persekolahan anak2 (jika bersekolah swasta), yuran 'nursery' anak kecil, susu dan pampers, makan minum, belanja dapur, segala bagai bil2 (bil hp, bil broadband, astro, air, api ect), minyak kereta, sedekah, simpanan dan bla...bla...bla...


 Hehe maksudnya secara tak langsung bila dapat duit gaji, contoh mudah kita pergi bayar bil handphone,  so secara tak langsung hak kita tadi telah menjadi rezeki untuk syarikat telekomunikasi tersebut. Pastu kita bagi sedikit pada ibu bapa...makanya ia menjadi rezeki kepada keduanya. Lepas tu tetiba kita terbeli parfume so hak kita tadi telah menjadi rezeki kepada si penjual parfume tadi. 

Dan ada juga dimana situasi bila dapat je gaji terus tetiba kereta rosak atau anak sakit atau handphone meletup (haha hp cap cokia nih). Maksudnya kita terpaksa keluarkan duit untuk perkara yang tak disangka2. Jangan cepat melatah...terus muhasabah diri dan check sumber rezeki tersebut atau mungkin juga kita terlupa berzakat .

gambar ihsan google
Seorang suami yang bekerja ikhlas kerana Allah untuk mencari rezeki yang halal untuk menanggung ahli keluarganya juga tentulah akan berkongsi rezeki yang diperolehinya dengan isteri, anak2 dan keluarganya. Ini contoh mudah tentang aliran tunai dalam keluarga, masyarakat , negara dan dunia. Apa yang kita cita-citakan ialah aliran tunai itu diberkati Allah.

Sekian, wassalam!


10 comments:

  1. skrang ni tak sempat keluarkan duit kat ATM, semua dah habis.... duk depan komputer jer bayar semua bil... hihihi
    Tapi rasanya sara hidup kat M'sia skrng ni mmg sgt tinggi... kat sini boleh la juga menyimpan sikit, walaupun cuma elaun student.... boleh selalu jalan2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal.kalau guna maybank2u or cimbclicks mmg tak sempat tgk duit...hehe tup2 dah licin.tulah rezeki sy di bumi malaysia...rezeki nur di bumi bradford hihi

      Delete
  2. Alhamdulillah...ngan rzeki yg ckit stelah ditolak hak org lain,dptlah menabung ckit..

    ReplyDelete
  3. Betul tu TJ....maksudnya rezeki kita tu kejap je le.... Pas tu dah jadi milik org lainkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.apa yg kita miliki bukan milik mutlak kitakan.semuanya pinjaman dr Allah

      Delete
  4. salam TJ ..
    utk sang isteri .. banyak ruang utk merasa duit gaji sendiri/malah setengah isteri duit nya tk diusik ..
    tp utk sang suami .. kadang2 pendapatan umpama kain setengah, tarik atas bawah nampak, tolak bawah atas nampak ..kesemua utk keluarga ..
    kena lupakan apa2 yg diidamkan demi membesarkan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aby.sy salute and hormat sgt kepada sang suami yang begitu.mdahulukan keperluan dan kepentingan keluarga drpd kehendaknya sendiri

      Delete