Tuesday, 25 June 2013

Kedai gunting rambut bergerak dan dobi door to door

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya baru teringat tentang 2 perkara yang berlaku di sekitar kawasan kediamanku yang kurasa agak menarik untuk dikongsi. Perkara pertama...saya baru juga first time ternampak iaitu kedai gunting rambut bergerak dan perkara kedua ialah perkhidmatan dobi door to door

Kedai gunting rambut bergerak tu di dalam sebuah anak lori (lori kecil hehe). Lebih kurang macam gambar di bawah. Hari tu masa terserempak, saya tengah drive so tak sempat nak snap picture. Lori ni park di luar pagar kondominium kami.

gambar ihsan google

Menarik kan??!! Hehe tapi saya tak pasti berapa bayaran yang dikenakan tapi memang tak dinafikan idea ni kreatif dan inovatif. Tak perlu sewa2 unit kedai dan sebagainya. Yang penting dapat mencari rezeki yang halal.

Perkara kedua pula ialah perkhidmatan dobi door to door. Saya selalu dapat flyers tentang perkhidmatan ni. Ada je flyer ni dalam pigeon hole . Sekiranya ingin menghantar baju ke dobi, anda boleh call or sms sahaja nombor tertera pada flyers tersebut dan mereka akan datang ambil pakaian anda di muka pintu rumah anda. Pakaian yang dah bersih itu juga akan di hantar kembali kepada anda . So tak perlu susah2kan diri la senang cerita hehe. Macam2 kan cara orang berniaga. Semuanya kreatif dan ada usaha untuk maju dan bersaing. (Tapi setakat ini saya belum pernah lagi menggunakan service dobi door to door ni).

gambar ihsan google

Itu sahaja coretan untuk kali ini. Sehingga ketemu lagi. Wassalam

16 comments:

  1. salam...
    zaman peniaga mencari customer kan..so servis pun blh dpt dimuka pintu..senang gitu kan..:)

    ReplyDelete
  2. tang khidmat gunting rmbut tu best gak..tp utk lelaki je ke?sbenarnya akak ada citer disebalik kisah ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Juhaida..

    Hehe..kreatif dan berdaya saing kan dia orang ni. ummi pun baru 1st time tengok kedai gunting bergerak macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ummi ros.ha ah..sy pun first time tgk kedai gunting bgerak ni.mcm2 gaya org berniaga now hihi

      Delete
  4. wah bagus perkhidmatan ni..semuanya menyenangkan pengguna..
    mcm2 ada kan Kak?

    ReplyDelete
  5. mak pernah cerita...atuk saya gunting rambut secara bergerak dr rumah ke rumah juga tp dgn basikal tua je...sedih gak dgr cerita kesusahan masa zaman muda mak dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo tulah.kita mmg patut bersyukur dgn apa yg kita miliki n nikmati kini

      Delete
  6. mmg kreatif dan innovatif org2 berniaga ni.. yg dobi tu macam menarik, tak perlu nak angkut kain baju... datang kutip depan rumah lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulah.mcm2 taktik pemasaran n strategi perniagaan now

      Delete
  7. alep g gunting rmbut ala2 korea kat kdai gunting tersohor di kjg,kat luar tulis rm5 je tp bila siap kena rm15..siap cuci lg!g sek dlm dua hari dia ckp cikgu potong rmbut dia coz pjg..ala2 korea tau la kan..!!sudahnya ke kdai india lak nak betulkan blk yg cikgu gunting tu...!hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo gitu hihi.tp mmg xde dah area sini yg gunting rambut rm5.danish pun kena rm12

      Delete
  8. Memang bagus tu TJ...kalau nak buat bisnes mmg byk caranya cuma nak dengan tak nak jekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp betul tu.now pun byk short course utk buat marketing dll.if serius nak bisnes senang nak cr ilmu nak berniaga.nak dpt modal pun mcm2 carakan

      Delete