Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni nak 'share' sedikit tentang Jam tawaf. Saya mula2 dapat tahu tentang jam ni apabila melihat jam tangan yang dipakai oleh one of my students. Kemudian kebetulan pula 2-3 hari selepas tu, ada keluar artikel di dalam suratkhabar tentang Jam Tawaf ni. Dan sewaktu berkunjung ke pameran Arts & Crafts 2013, kebetulan ada booth Jam Tawaf ni.(hehe banyak betul kebetulan dan dalam jangka masa yang terdekat).
Ni sedutan artikel yang diambil dari suratkhabar Kosmo:
"Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri.
Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.
Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter. Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser. "
Gambar ihsan google |
gambar ihsan google |
Boleh klik link dibawah untuk tahu lebih lanjut :
Ok, itu sahaja untuk kali ini. Wassalam
Kakak jadi berminat pulak Juhaida. Nak cuba menggoogle juga mana tahu ada yg berdekatan dgn tempat kakak..
ReplyDeleteThanks so much for the info:)
Boleh beli melalui fb dia.rm110.masa pameran kat booth hari ru rm90 satu
Deletesusah nak cari jam camtu...agaknya mahal x?
ReplyDeleteAda.boleh beli online rm110.masa pameranhari tu dia bg rm90 je
Deletefirst time baca tentang jam tawaf ni
ReplyDeleteSy pun br je dpt tau ttg jam ni nur
Deletewah! bagus plak Jam Tawaf ni..banyak manfaatnya..:)
ReplyDeleteHaah.bdasarkan penerangan mmg byk manfaat ni.boleh cubakan hihi
Deleteohhh.....unik kan... kena double work ni kalau tengok jam hehe
ReplyDeleteHa ah.sebab kita dah tbiasa jam konvensional.sesekali ada jam alternatif gini kena ubah la hihihi.best nih.mcabar minda.recommended!
Delete