Monday, 24 June 2013

Kain pelikat & kain songket moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jerebu masih meng'kelabu'kan alam (adui rosak bahasaku). So, semua sekolah di KL dan Selangor pun turut bercuti pada hari ini. 

pesanan dari Mr Nuffnang

Beralih daripada isu jerebu, just nak 'share' tentang hari tu ada beli kain pelikat untuk anak-anak terunaku. Senang untuk mereka bersolat. Cap Ayam Serama Junior hehe. Brand tu je yang ada kat kedai tu. Cantik dan lembut je kain dia.



Nak tanya ada tak sesiapa kat sini mengalami masalah keguguran rambut? Ada tips nak share? Kalau ada, jangan lupa tinggalkan tips anda ya.



Hari tu kat Jusco ada satu "Arts & Crafts fair 2013" (14-26 May). Ada pelbagai item menarik dipamerkan dan dijual di situ.


Jam tawaf ~ jam ni berpusing arah bertentangan dengan jam yang kita guna sekarang.
Menarik rahsianya!
Jam tawaf ~Seleksi jam tangan dan jam dinding. Setiap satu berharga RM90
Tanamera Tropical Spa
Produk spa yang dijual untuk spa sendiri @ home. Siapa pernah guna produk ini?
Ini pula kain songket moden...cantik dan lembut serta tidak keras dan tebal seperti songket biasa. Ini dari I'naz Collections. Sepasang 5 meter. Cantik tak? hehe
Dok ralit tengok orang hias donut
Ini pulak permainan Circus Bungee (ni kat Wangsa Walk)


Hehe disebabkan jerebu jadi tak boleh keluar dari rumah, so entry nipun hanya imbas kembali cerita weekend2 lalu hehe. Namun semalam kami sekeluarga sempat juga pergi menonton cerita "Monsters University" di TGV Cinema Wangsa Walk. Best!


Sekian, wassalam!

8 comments:

  1. Kakak terpikat jam tawaf tu cuba Juhaida buat satu N3 special just for this jam tawaf..

    Kakak dah follow sini juga yg ke 39 tu kakaklah:)

    ReplyDelete
  2. Macam macam cerita dalam satu masa, jadi bingung OKje nak komen hehe....
    Tapi mata terpaku pada
    kain songket tu TJ.... mesti mahal harganya tukan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau okje nak cari boleh gi ampang park.butik dia kat situ.mcm2 kaler n corak yg cantik ada.i'naz collection.harga bergantung pd design songket

      Delete
  3. mcm best je Arts & Crafts fair 2013 tu kak.. klu sy mmg suka pegi pameran2 mcm ni..byak info..
    jam tawaf? menarik nya..:)

    ReplyDelete
  4. ni sbb jerebu la..entry pun dah bercampur aduk..!!!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk sgt nak citer...tp malas nak buat byk entry hihi

      Delete