Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini pula sambungan coretan JJCS Part 1 ; JPO, Kulaijaya, Johor.
Mungkin dah ramai yang pernah pergi ke USS, namun saya nak 'share' juga disini pengalaman kami ke sana menaiki bas henti-henti.
Pepagi lagi kami dah bersiap. Pukul 7 pagi, kami sudah bergerak dari hotel ke Terminal Bas Sentral Kotaraya. Kami menaiki bas ekspres Transtar ke Singapore. Bas ni memang bas henti-henti dari JB - Singapore. Tambang bas ialah RM 5 seorang dari JB - USS dan SGD 5 dari USS - JB.
trivia
- bas ini adalah bas henti-henti. Jadi jika kita di Kastam Singapura agak lama, mereka tidak akan menunggu . Tetapi anda jangan risau, bas seterusnya akan tiba dan mengambil anda.
- Simpan tiket bas bagi mengelakkan dikenakan bayaran sekali lagi.
- Sebelum ke Kastam Singapura, pastikan KAD PUTIH untuk ke Singapura harus diisi selengkapnya.
- Sediakan wang kecil atau wang yang cukup bagi membayar tambang kerana mereka tidak akan mengembalikan baki wang anda.
- Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kastam Singapura menuju ke Universal Studio, tertakluk kepada keadaan trafik.
Danial ready nak bertolak |
Oleh kerana ini pengalaman pertama kami , banyak benda yang baru kami pelajari sepanjang perjalanan ni terutamanya bila kita memilih menaiki 'public transport' dengan 3 anak kecil dan kena turun 2 kali untuk pemeriksaan kastam Malaysia dan kastam Singapore. Perjalanan kami mengambil masa 2 jam sebelum tiba ke USS. Kami tiba di USS pukul 9.15 pagi. Syukur! Ramai orang dalam bas..bersesak-sesak juga...nasib baik kami dapat tempat duduk. Anda juga boleh memandu sendiri atau menaiki 'cab' ke Singapore.
Boleh rujuk jadual perjalanan bas di sini.
Boleh rujuk jadual perjalanan bas di sini.
Sampai di USS, kami breakfast dulu dengan bekalan nasi lemak yang dibeli di Terminal Bas Kotaraya, Johor. USS dibuka pada pukul 10.00 pagi. Ramai orang sedang beratur untuk membeli tiket masuk. Kami rasa agak relax kerana tiket telah dibeli secara online dan kami hanya perlu bawa print at home ticket. Selesai makan dan ke toilet (yang tak best toilet disini tidak menggunakan air huhu, kecuali kat singki dan air untuk 'flash' sahaja). So pepandai ya bawa air mineral sendiri sebelum masuk tandas.
tak sah lakan kalau tak bergambar dengan trade mark USS ni |
Danial bersama studio guide USS |
sedang beratur untuk masuk apabila pintu pagar mula dibuka. Sekejap ja beratur kerana kami dah beli tiket awal2 secara online |
sudah berada di dalam, hurrayyy! |
Danish ketakutan sebab tertengok kelibat Frankeistein huhu |
Secara amnya, terdapat 7 areas of attractions :
Far Far Away (eg:Shrek 4D adventure)
Madagascar (eg: A crate adventure)
Hollywood (eg:Monster Rock)
New York (eg : Light,Camera , Action! and Spaghetti Space Chase)
Sci-Fi City (eg: Transformer the ride! and Accelerator)
Ancient Egypt (eg: Revenge of the mummy)
The Lost World (eg:Jurassic Park)
Tempat pertama yang kami pergi ialah Madagascar
sempat snap 1 picture hehe |
ok , itu saja untuk kali ini. Next entry, kita mengembara ke Istana Far Far Away pulak ye. Bye..
iya la cam btul2 kat London dah..!terasa diriku pun berada disana...!!!!lalala
ReplyDeleteYe ke hihi.tgu next entry plak ya
DeleteLagilah tak pernah sampai..... Hehe passport pun tak de TJ.... Nampaknya kena buat jugak ni standby!
ReplyDeleteKami pun first time okje sampai ke uss tu hihi.tu yg excited sgt tu
Deletesy tgk banyak gambar sy pun teruja huhuhuhu....
ReplyDeleteHehe mmg best tau masya.
Delete