Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, telah selamat tiba ke kampung halaman tercinta untuk cuti-cuti Malaysia hihi. Yelah , time cuti sekolah ginilah baru berpeluang nak balik kampungkan.Balik kampung walaupun sekejap, tetap rasa sangat gembira. Layan gambar kami dinner malam pertama di kampung tercinta, Kota Bharu, Kelantan. Macam-macam ada.
Kerabu mangga, sotong celup tepung, ayam goreng kunyit, Chap Chai, Ikan 3 rasa dan telur dadar. Semua memang sedap menjilat jari. |
Slice fish soup yang sangat sedap. RM13.90 semangkuk. Saiz M |
Butter prawn RM29.90 |
Sesiapa yang berada di Kota Bharu, Kelantan boleh datang cuba makan di Restoran Poksu Singapore Cafe ini. |
Address Cafe ini
Poksu Singapore Cafe
PT 1087, Tingkat Bawah, Jalan Long Yunus, 15200
Kota Bharu, Kelantan.
014- 8448123
Dibuka bermula pukul 12 tgh - 12 tgh malam
(setiap hari)
^
^
^
^
^
^
Satu lagi cerita best yang berlaku pada diriku ialah hihi ..i dapat hadiah dari parents (hihi besar panjang pun masih ma & abah bagi hadiah ye hehe..tq ma abah!)
Sebentuk cincin emas |
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Antara aktiviti biasa bila dah balik kampung ialah ke Pasar Siti Khadijah hihi. Kali ini kebetulan ada kawan kirim baju kaftan/ baju kelawar.
Disamping itu sempat juga singgah ke Butik Arra Kaftan yang terletak bersebelahan dengan Poksu Singapore Cafe.
Saya pernah beli dress online dengan butik ni. So, alang2 dah balik kampung terus singgah cuci mata di butiknya pula.
p/s: Suka sangat door gift ni. I dapat semasa kenduri kahwin. Sangat berharga dan bermanfaat kan berbanding hanya dapat gula2 sahaja. Ini pendapat sayalah. Jangan marah! hihi.
Surah Yaasin (hardcover & portable) dan tasbih yang cantik! |
Ok ..itu sahaja cerita untuk entry kali ini. Esok nak bertolak pulang ke kampung suami pula di Terengganu.
Sekian, wassalam!
balik kampung, semua gembira ya.. dapat makan sedap, mak ng hadiah cincin lak...syokla tu.. yassin tu pun sesuai dan bermanfaat. kalau bg cakelat, meta je habis..habis gitu je..
ReplyDeletebuttered prawn tu nmpk sedapppp
ReplyDeleteBestnya TJ dapat makan makan ngan mak abah....best lagi dpt hadiah....emeh...hehe.... Abah awak tu muka sebijik awak yek....
ReplyDeleteBetullah cantik door gift tu serba biru!