Friday, 13 June 2014

Zoo Negara berwajah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu lepas (Rabu, 4 jun 2014), saya sempat bawa anak2 mengunjungi Zoo Negara sempena cuti sekolah. Lagipun jarak rumah kami dan Zoo Negara juga dekat sahaja. Hati teringin nak tengok sepasang Panda yang baru sahaja menghuni Zoo Negara. Tapi, sayangnya, masa kami pergi tu, Panda masih belum diperkenalkan kepada umum. Masih dalam proses penyesuaian dengan tempat baru. In sha allah, hujung bulan Jun, rakyat Malaysia boleh ke Zoo Negara untuk melihat sendiri Panda  dengan lebih dekat. Alhamdulillah, Zoo Negara juga semakin cantik, terjaga dan ceria.

Tiket masuk ke Zoo Negara masih sama dengan tahun lepas (2013):

Dewasa - RM30
Kanak-kanak (3 - 12 tahun)- RM10
Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM15
Peta Zoo - RM1

Tiket tram (dalam Zoo Negara);
Dewasa - RM5
Kanak2 - RM3

Seperti biasa, jangan lepaskan peluang untuk menonton Animal Show setiap hari pada pukul 11 pagi dan pukul 3 ptg

Seperti biasa, jangan lepaskan peluang untuk menonton Animal Show setiap hari pada pukul 11 pagi dan pukul 3 ptg

Bergambar di hadapan Butterfly Garden


Ulat gonggok yang besar terdapat di dalam Butterfly Garden







Burung Botak~ada 700 ekor Burung Botak ni di Zoo Negara

Bird Aviary

Pecah dah telur burung tu!!

Helicornia Walk
Naik tram and depa pilih dok belakang sekali hihi
Sampai sini dulu pengembaraan kami di Zoo Negara. Jom datang ramai-ramai untuk memeriahkan Zoo Negara! Nanti kita akan dapat banyak info dan fakta menarik tentang flora dan fauna. Contohnya, singa jantan tidur selama 22 jam setiap hari. Anda juga boleh klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Zoo Negara.

Sekian, wassalam!

3 comments:

  1. Ohhhh tak boleh tengok mey yi lagi yeh TJ....nasib tak gi zoo lagi hehe...
    Lama dah tak gi zoo...si TLBD tu mengajak jugak

    ReplyDelete
  2. salam TJ ..
    tempat yg baik utk dilawati bersama anak ketika cuti sekolah gini ..
    yg penting anak2 hepi

    ReplyDelete
  3. akak xleh masuk kategori wargamas ke Ida?murah ckitt...hihi

    ReplyDelete