Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
Hari ni rasa terpanggil untuk berkongsi satu rahsia besar hehehe....tapi cerita ni dah lama berlaku (tahun lepas) so mari kita sama-sama menaiki mesin masa untuk kembali ke tanggal 4 september 2012...jommmmm....
Diet!
Sebelum ni memang tak pernah terlintas dalam hati dan fikiranku untuk berdiet. Ia berlaku secara tiba-tiba apabila aku mendapati berat badanku sudah tidak di paras normal lagi dan BMI juga sudah berubah.Kenaikan berat badan ni bermula sejak aku melahirkan anak ke tigaku pada tahun 2009 .Banyak faktor yang mempengaruhi pertambahan berat badanku...antaranya yang paling utama memang sebab selera makan yang besar huhuhu...Asyik nak makan yang sedap-sedap je..Akhirnya, dalam masa 3 tahun berat badanku bertambah sebanyak 16kg!!!huhu baju2 pun sumer ala2 tak muat dan terpaksa beli banyak baju baru (part beli baju baru ni yang best hihi)
Kemuncak aku mula bertekad untuk berdiet ialah apabila aku mula merasa sakit yang amat di tapak kaki ku (bahagian tumit)...Sakit yang menyucuk terutama apabila berdiri dan berjalan...Ini memang masalah besar bagiku memandangkan aku seorang guru dan kerjayaku memang kena berdiri, banyak berjalan dan turun naik tangga sepanjang masa di sekolah. Aku mula mendapat khidmat nasihat doktor. Doktor mengatakan ini simptom penyakit plantar fasciitis.
Heel bone with heel spur
Plantar fasciitis is a painful inflammatory process of the plantar fascia, the connective tissue on the sole
(bottom surface) of the foot.It is often caused by overuse of the plantar fascia or arch tendon of the foot. It is a very common condition and can be difficult to treat if not looked after properly. Another common term for the affliction is "policeman's heel"
~gambar ihsan dari wikipedia~
Ada 6 saranan yang diberikan oleh pakar perubatan padaku;
- rest and massage (wow, best nih!)
- kurangkan berat badan supaya kembali ke berat badan normal ku dulu (54kg) sesuai dengan ketinggianku 157cm.(masalah besar nih)
- memilih dan memakai kasut yang sesuai (okeyyy)
- kurangkan berdiri (ini yang masalah)
- injection of corticosteroids (takut)
- and surgery in refractory cases (takut)
So, untuk permulaan aku memilih untuk berdiet (nawaituku berdiet untuk kesihatan bukan untuk kecantikan). Bismillahirrahmanirrahim...
Langkah pertamaku:
aku mula mencari produk kesihatan yang sesuai yang dapat membantuku untuk berdiet. Aku takut untuk mengambil produk yang menjanjikan kesan serta - merta kerana takut ada bahan kimia or dadah berbahaya tersembunyi di dalam produk tersebut. Kan tetiba dapat penyakit lain yang lebih berbahaya pulak huhu...nauzubillah.
Akhirnya , dengan saranan seorang kakak iparku (berserta testimonial dirinya sendiri)...aku membeli produk ni...jeng...jeng...jeng...
set kesihatan shaklee sebagai mangkin untuk mempercepatkan tidakbalas penurunan berat badanku. Berkobar-kobar gitu!
Bersama-sama pengambilan produk ini aku perlu juga bersenam serta mengawal 'portion' makanan yang diambil setiap waktu makan...huhu...(dalam hati macam tak rela)
first time cuba minuman cinch tu memang aku dah pasti aku takkan meneruskan projek diet ni (mungkin fasa 1 ni). Masalah ku aku tidak gemarkan susu. Daily intake for calcium and phosphorus pun i terpaksa bergantung kepada tablet supplemen iaitu Caltrate 600.Walaupun cinch tu berperisa latte...memang tekakku tak boleh telan (ini bukan salah produk).
Ditambah pula banyak internal and external factor yang cuba mengganggu gugat nawaitu baikku ini...
internal factor: memang tak cukup bersedia untuk berdiet dan external factor pula godaan makanan ,famili dan kawan2 haha ...(cehhh...salahkan orang pula)
Akhirnya...hanya seminggu projek diet fasa satu ku bertahan...pas tu terus musnah...tumit kaki pun sekali-sekala masih terasa sakit lagi...maybe satu masa nanti aku akan memulakan projek dietku (fasa 2).Doakan ya!
itu saja...wassalam