Alhamdulillah

Monday 24 February 2014

Spend some time @ The Curve Mutiara Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hujung minggu lepas sempat ber'jimba-jimba' di The Curve yang terletak di Mutiara Damansara ( berhadapan dengan Ikea, Ikano Power Centre dan Kidzania).

gambar ihsan google

Antara tempat yang wajib kami singgah bila berkunjung ke shopping mall ialah..tadaaa..bookstores! hehe.
Kami sempat singgah kat Borders Bookstores (MPH pun ada kat sini).

Pintu masuk kedai buku 2 tingkat ni 












Mommy and kids!

Kedai Jigsaw Puzzle ~ fav anak2 ku!

Kedai baju tidur



Urban Retreat Spa @ The Curve ~ gambar ihsan google



Booth Dynas

Koleksi Parfume and Body Mist dari Victoria Secret

Sempat juga beli parfume dari  Victoria's Secret hehe

 Sekian sahaja 'entry' untuk kali ini. 
Wassalam!


P/s: Good luck kepada semua pelajar2ku yang sedang menghadapi ujian kemajuan 1 sekarang ini..






Friday 21 February 2014

Pasar Seni @ Central Market

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alkisah setelah memberi laluan kepada 'entry ' bermanja-manja di Spa, barulah idea nak menulis tentang Pasar Seni datang.
Pada hari ahad lepas (16 feb 2014), kami ke Pasar Seni / Central Market (CM). Beriya-iya i ajak my hubby bawa i ke CM dengan alasan untuk mencari bahan bagi projek Persatuan Usahawan Muda (Young Entrepreneur). I selaku guru penasihat hehe. Seawal jam 10 pagi kami sekeluarga dah terpacak di pintu masuk CM ni hehe.

Central Market Since 1888
Sebenarnya memang dah agak lama saya tak menjejak kaki di CM ni (dah lupa bila kali terakhir datang sini). Pelbagai barangan ada dijual disini.


Beraneka gelang berwarna-warni dan  pelbagai corak
  




Sempat juga singgah ke butik tudung bawal Aidijuma yang terdapat di  Central Market ni. First time singgah dan beli tudung bawal dari Aidijuma ni.



Pilihan corak & warna tudung bawal yang terdapat disini

Pilihan corak & warna tudung bawal yang terdapat disini

Pilihan corak & warna tudung bawal yang terdapat disini

Ini tudung bawal Aidijuma yang menjadi pilihanku pada hari itu.
Setiap satu berharga RM39. Cantik2 jugakan coraknya. Harga pun berpatutan sangat.

LEGO

Muka ceria anak-anak tersayang

Watak LEGO baru dalam koleksi anak2

Barang2 yang dicari untuk projek Y.E Club juga telah dibeli. Tungguuu entry seterusnya ya...!

Sampai sini dulu, Sekian.
Wassalam!


Thursday 20 February 2014

'Spa' licious 'Spa'cials

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mengikut perancangan, selepas 'entry' tentang  Poori yang enak tu, 'entry' seterusnya adalah tentang Pasar Seni (Central Market). Tetapi kita 'hold' dulu 'entry' tentang Pasar Seni tu untuk memberi laluan kepada 'entry' ini~ 'Spa'licious!

Hehe...alkisahnya pada hari isnin (17 feb 2014) yang lalu, me and kak Ana, one of my bestfriend merangkap teman sejawat, telah membuat temujanji di  Suri Permai Spa. Temujanji kami ialah pada pukul 2.30 petang. Ini ialah pengalaman pertama kami di spa muslimah tersebut.

Suri Permai Spa
7-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

0 3-4143 1070

Masuk sahaja ke dalam spa tu rasa tenang je. Dengan pengcahayaan samar ala romantik dan muzik latar yang mendamaikan.
Macam2 pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan di spa ini.
Kami memilih pakej Bronze yang merangkumi foot soak, body scrub, aromatheraphy massage and cooling eye pillow. Harga pakej ni ialah RM143 dan estimated time ialah 1 hour and 30 mins.

 Suri Permai Spa ~ gambar ihsan google

Suri Permai Spa ~ gambar ihsan google

Suri Permai Spa 
Mula2 kami dibawa untuk tukar pakaian dan buat foot soak dulu. Sambil merendam kaki di dalam air suam yang diletak garam himalaya, kami dihidangkan dengan teh yang sedap.

Tempat foot soak ~ gambar ihsan google
Spa ni memang menyediakan  pelbagai perkhidmatan dan untuk wanita sahaja. Jadi aurat kita terjaga disini..in sha allah! Sekali- sekala memanjakan diri disini serta ada orang urut badan kita yang lenguh sana -sini setelah penat bekerja. Memang heaven lah! Encik suami pun dah bagi keizinan untuk i ke spa setiap bulan sekali. Hurray! hehe.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di spa ni:

facial
FIR sauna
mandi bunga, mandi susu, mandi coklat, mandi herba, hydro bath
manicure & pedicure
hair wash, hair cut, hair treatment
body massage (traditional, asmaragama and aromatheraphy)
ear candling
body scrub
spa untuk kanak2 & remaja perempuan
make-up
Mother care~ post-natal & pre-natal package
Vaginal care

Banyak kan?!!Jommm!





Minyak yang digunakan untuk urut aromatheraphy itu ialah lemongrass / serai wangi. Memang wangi sungguh aromanya! Selepas treatment, badan rasa segar dan kulit rasa lembut sangat!

Terus me and kak Ana apply jadi member spa ni hehe. Yuran keahlian RM55 setahun.  Kami dapat free of charge (foc) facial treatment kerana mendaftar jadi ahli. Anytime boleh datang redeem. Banyak lagi kelebihan jadi ahli antaranya ialah:

gambar ihsan google
Sempat posing di depan spa sebelum balik

Okay, sampai sini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi next entry.
Sekian, wassalam!




Wednesday 19 February 2014

Poori

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah tak kawan2 makan Poori di mana2 restoran mamak?
Kalau belum pernah cuba..anda boleh mula mencubanya. Sedap ! (especially sebagai sarapan pagi).

Indian poori served with accompaniments! Yummy!

Indian poori served with accompaniments! Yummy!

Selamat mencuba!
Sekian, wassalam.

Sunday 16 February 2014

Pap Smear

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dalam kesibukan dengan tugas dan rutin harian, sempat juga akhirnya menjalani ujian Pap Smear pada hari sabtu, 15hb feb 2014 yang lalu. Hari sabtu itu merupakan hari persekolahan ganti. Kebetulan pula ada pasukan perubatan datang ke sekolahku dan menawarkan ujian Pap Smear percuma kepada guru-guru dan staf sokongan. Terus i grab the chance! ( nak pergi buat kat hospital asyik busy je manjang kan).

Saya jadi orang pertama menjalani prosedur pap smear pada hari itu. Sekejap sahaja dan langsung tidak menyakitkan. Alhamdulillah! (Sampel sel serviks (pangkal rahim) yang diambil akan dihantar ke makmal untuk diproses dan keputusan akan diperoleh dalam masa terdekat. Berdebar nak tahu keputusan ujian saringan).
 Disamping itu, nurse juga membuat pemeriksaan payudara juga untuk mengesan kanser payu dara.

Risalah tentang ujian pap smear

cervix yang sihat/normal dan cancer cervix ~gambar ihsan google


Siapa yang perlu menjalani ujian pap smear?

"Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks".

Kita digalakkan untuk melakukan ujian saringan Pap Smear sekali setiap tahun.

Itu sahaja untuk kali ini. Wassalam!

p/s: Jangan lupa baca next entry tentang Poori dan Central Market.