Alhamdulillah

Saturday 24 February 2018

Bagai mimpi saya dah bergelar penulis buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama kita tak bersua dan berbicara di alam maya ini.
Akhirnya sempat juga nak mencoret sesuatu disini hari ini, alhamdulillah. 

Saja nak 'share' berita gembira  hari ni iaitu salah satu impian masa kecil dulu dah tercapai juga akhirnya hehe... jadi penulis buku!!
Ini cubaan pertama saya. Buku pertama ini berjudul Pakatan Bawah Tanah adalah buku kompilasi anekdot yang menghimpunkan lebih 100 kisah pendek yang lucu dan bermesej dan dipersembahkan dalam gaya bahasa yang santai dan bersahaja. Buku ini adalah gabungan 20 penulis baru yang berbakat besar. 
Sesiapa yang berminat nak beli buku ni, boleh tinggal komen kat bawah ye.👍🏻

 Buku ini tidak dijual di kedai buku dan hanya boleh dibeli dengan penulis sahaja. Jom ramai2 pakat beli buku ni..jom support sis yang baru first time try to be an author ni hihi. Stok limited  tau.

Harga buku (semenanjung)= RM22
Harga buku (Sabah Sarawak)= RM24
Harga buku termasuk postage (Semenanjung)=  RM30
Harga buku termasuk postage (Sabah &Sarawak)=  RM36




 Sekian , terima kasih.