Alhamdulillah

Sunday, 5 January 2014

Bilik hotel kena ketuk dan kelip-kelip

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masih lagi cerita tentang travelog kami . On the way balik dari Teluk Intan ke KL, kami tetiba buat keputusan untuk 'overnight' di Kuala Selangor. Anak2 nak pergi tengok kelip-kelip lagi. Nampaknya malam tahun baru 2014 ni kami sekeluarga akan sambut dengan melihat keindahan kerlipan kelip-kelip di Kampung Belimbing, Kuala Selangor.
Saya pernah tulis ' entry' tentang kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum ini (Feb 2013). Boleh lihat link ini.

Tiket  bot persiaran
Dewasa RM15, Kanak-kanak RM8
Kami datang pukul 8.00 mlm. Tak ramai sangat orang.

Bergambar sebelum naik bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip
Memang puas dapat tengok cahaya kelip2 malam tu kerana banyak sangat kelip2! Orang pun tak ramai so tukang pandu bot kami tu siap buat beberapa pusingan supaya kami semua dapat melihat lebih lama dan dekat. Sayangnya kami tak dibenarkan merakam sebarang gambar dan video huhu.

Ini aktiviti selepas tengok kelip2 hehe

Selepas tengok kelip-kelip, kami pergi cari kedai makan untuk makan malam. Perut pun sudah berkeroncong hehe. Kami singgah di Restoran Puyuh Seafood Corner. Makanannya pun ok.

Ikan masak 3 rasa

Alhamdulillah, kenyang!
Selepas makan malam kami terus pulang ke bilik hotel. Semua dah kepenatan dan mengantuk. Perut pun dah kenyang. Kami hanya bermalam di hotel bajet sahaja~ Malawati Ria Hotel, memandangkan ini plan 'ad hoc' dan tak 'booking' awal mana2 hotel. Ambil 'family room': ada dua katil queen dan room ratenya RM100 per night. Jadilahkan...nak tidur semalaman je. Pepagi esok dah nak balik KL.


My heroes!

Tapi tak disangka2 tidur  kami pada malam tu terganggu dengan ketukan bertubi2 di pintu pada pukul 2.20pagi. Memang terkejut, ingat hotel terbakar ke apa. Sekali bila my hubby buka pintu bilik, rupa-rupanya ada penguatkuasa JAIS sedang buat Ops Tahun Baru 2014! Penguatkuasa tu tak masuk pun bilik kami. Dia hanya tanya my hubby dengan siapa dan my hubby  jawab dengan isteri dan anak2. Dan mereka minta maaf dan terus bergerak ke bilik2 lain. Fuh! Dalam hati cam serik dan tak mo duduk hotel bajet lagi kuikuikui.

Pagi esoknya, sebelum berangkat pulang ke KL, kami sempat bersarapan di sebuah kedai mamak.


On the way balik kami nampak gerai menjual karipap gergasi hehe. Terus berhenti nak tengok besar mana karipapnya hehe. Mak oii, besarnya!

Inilah gerainya. Saya ada nampak dua gerai macam ni di kiri kanan jalan di Kuala Selangor ni

Sebijik RM3.50
 (Ada inti daging dan ada inti ayam)

Ini perbandingan saiz karipap gergasi dan karipap yang biasa kita makan huhu

Sekian dulu coretanku untuk kali ini. Sehingga ketemu lagi. Jangan lupa baca entry travelog kami ke Perak ye. Boleh klik disini.
Wassalam!


19 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah..sedap karipap ni.. saya pernah makan..
Ah, panik juga kan bila bilik diketuk tiba2.. adalah pengalamn diserbu JAiS...haa..

Unknown said...

Bestnya dpt tdur kat hotel...walau hotel bajet!hehe..

Sweetamieda. Blo said...

Haah sedap karipap tu tp besar sgtkan hihi

Sweetamieda. Blo said...

Hihi jommmm gi tgk kelip2

Umialya said...

jam 2pg terganggu dek ketukan, haiii tak lena tidur le pastu..

AtieYusof said...

Seronok lah anak2 tgk kelip-kelip..klu bawa Pae msti dia suka..
besor jg karipap tu Kak..tak pernah makan size bgtu...hehe

Unknown said...

best best.. kelip2 & masakan ikan tu sgt membuatkan sy jeles ok.. hehehe

msredcheesecake said...

hah...kantoi ngan jais...heee... mesti cuak...

Kayu Manis said...

selalu juga ke kuala sel beli ikan..tapi tak pernah lgi nak tgok firefly tu..one day..hehhe

tak pelah at least ada pengalaman..kena serbu..kan..manis sgt..mcm tu rupanya mereka bertugas..

Mummydearie said...

Bestnya ad hoc plan maca ni. Saya nak bookmark entri ni ya sebabnya saya rasa nak bawa MIL pergi tengok kelip2 juga. Tentu dia seronok. Lagipun saya sendiri pun tak pernah melihatnya lagi.

Sweetamieda. Blo said...

Nasib baik lena je tido pastu hihi

Sweetamieda. Blo said...

Haah mmg seronok.pae pun mesti suka.
Karipap tu mmg besar!

Sweetamieda. Blo said...

Masakan tupun mmg sedap

Sweetamieda. Blo said...

Hihihi

Sweetamieda. Blo said...

Ada 2 tempat tgk kelip2.satu kat kg belimbing satu lg kat kg kuantan

Sweetamieda. Blo said...

Mmg best! Kami dah 2x pegi tgk kelip2

OKje said...

Hehe...apa lagi eksyen le sikit dengan JAIS tu .....beranilah kan mentang mentanglah dah beranak pinak ...
Eh TJ...karipap gergasi tu sedap tak inti dia ?

Anonymous said...

sy ada tgk jaripap besar tu tp x pernah beli...

bestnya tgk kelip2,ju...sy teringat satu lagu tentang kelip2 nih

Sweetamieda. Blo said...

Sedap okje!