Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sesi book review untuk hari ini : masih mode Novel
3 novel terbaru yang menjadi milikku ialah:
|
Menarik dan ceria betul ilustrasi dan warna untuk 'cover' novel sekarang kan! |
________________________________
Novel 1 : Jah & Od_Soulmate SELAMANYA
Sinopsis:
Hud Nuqman, atau Od, memang rapat dengan Khadeeja, atau Jah, jiran sekampungnya sejak kanak-kanak. Rapat... hingga orang selalu salah sangka hubungan mereka. Rapat... sampai mereka pun tak tahu bezakan antara sayang sesama sahabat dengan cinta sesama tersayang.
* * *
"Jah?"
"Tapi kau nampak sepadan dengan dia."
"Isy, tak adalah. Jah tu luar dalam aku kenal. Dah macam saudara sendiri."
"Tu dia! Luar dalam kau kenal."
"Ke situ pula."
"Haaa... dah kenal luar dalam lagilah senang. Tak perlu ambil masa nak kenal-kenal."
* * *
Tapi Od ada Julie, model, pelakon dan pengkritik filem sambilan yang serba-serbi menawan, dan Jah pula bertunang dengan Ikmal sepupu Od, seorang jurutera petroleum yang cukup semua syarat untuk jadi suami mithali.
* * *
Tapi Ikmal, jangan kahwin dengan Jah!
Kata Od:
“Jah tu, masa kecil comot. Hari-hari main selut kat bendang. Habis kakinya ‘berbintang-bintang’. Entah-entah, sekarang pun masih ada.”
Jawab Ikmal:
“Tak apa, sekarang ada banyak produk yang boleh hilangkan parut.”
Kata Od:
“Jah tu kasar orangnya, mana tahu bersopan-santun.”
Bantah Imal:
“Aku perhatikan elok aje dia. Bersopan dan tertib.”
Kata Od:
“Dia pernah paksa aku makan nasi goreng dia. Perghhh! Seminggu lidah aku kebas. Bibir ni rasa tebal, pijar nak meletup. Entah berapa kilo cabai burung dia bubuh.”
Balas Ikmal:
“Err... sekarang mesti dia dah pandai masak.”
Tapi aku suka Jah lebih daripada kau suka, kata Od dalam hati.
_________________________________________________
Novel 2 : Busana Nana
Sinopsis:
Lubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini. Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-menget waktu di sekolah dulu. Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju.
Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Mak Datin yang diberikan oleh Huda, kawan baiknya. Huda pernah mengusiknya dengan Si AMD itu, namun jawapannya...
“Tak nak aku orang kaya. Nanti aku jugak yang susah.”
“Lorh... apa yang susah? Cuci kaki je. Semua benda dah siap.”
“Bukan masalah tu.”
“Dah tu?”
“Anak orang kaya ni, cara hidup dia orang pelik.”
Dari situ juga Nana mencantum cebis-cebis impian bersama insan tersayang. Berjayakah dia menggapai impian saat diri teruji hingga dia rebah? Ketika itu dia sedar, kebergantungan hidup itu hanya layak untuk Allah. Bukan pada manusia.
________________________________
Novel 3 : Rembat
Sinopsis:
“Alang nak sertai pasukan bola sepak Legenda. Nak kejar cita-cita Alang.”
Hanif boleh meneruskan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional, tapi dengan satu syarat. Dia haruslah menamatkan 30 juzuk al-Quran dan menjadi seorang hafiz. Itu janji dia pada ayahnya.
Dan, bermulalah kisahnya sebagai seorang pemain bola.
Saya ingin memiliki hati awak bukan sekadar sebagai teman, malah sebagai puteri nurani.
Dalam pada masa yang sama, Diana, sahabat penjejak impiannya menagih cinta. Jika jawapannya ‘ya’, kirimkanlah poskad Taj Mahal. Jika hubungan mereka dianggap sebagai teman sahaja, maka kirimkan saja poskad Gua Thur.
Dan, Hanif telah mengirimkan poskad yang kedua kepada Diana. Cita-cita lebih penting daripada cinta. Kalau berjodoh, mungkin cinta ini akan terikat juga.
Masih adakah ruang untuk saya memetik kuntuman cinta yang pernah mekar di hati awak dahulu?
Setelah lima tahun, Hanif kembali semula mencari cinta dalam hati Diana. Dia mahu mengikat tali perkahwinan yang sah bersama gadis itu. Namun, selain Hanif, ada Umar yang bersungguh-sungguh meraih cinta Diana.
Dan, Diana harus mengakui kini dia keliru untuk memilih siapa. Hanif, jejaka yang pernah menolak cintanya. Ataupun Umar, pemuda yang bersusah payah memburu cinta. Kedua-duanya memiliki kelebihan untuk menjadi bakal suami yang soleh.
____________________________
Jom kita baca !
Sekian , wassalam!