Alhamdulillah

Sunday, 23 November 2014

Chemistry Cafe & Kafe Skrin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua sahabat di alam maya ini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sedar tak sedar, kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Cepat sungguh masa berlalu. Masa yang berlalu itu tak akan mungkin kembali lagi. Oleh itu hargailah setiap saat yang ada.

Entry kali ini nak buat 'CAFE review' hihi. Ada 2 buah cafe menarik yang saya nak buat review today, iaitu:

1) Kafe Skrin
No 9G, Jalan MRR2, Ukay Boulevard Ulu Kelang)


2) Chemistry Cafe
( 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor )


Kedua-dua kafe ni adalah 'design cafe' dan mempunyai konsep yang unik.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kafe Skrin

Memang rasa teruja and 'cosy' apabila melangkah masuk ke kafe ni. Dekorasi dalamannya sarat dengan poster filem tempatan dan antarabangsa sama ada filem baru dan lama. Terdapat juga 'prop' pembikinan filem seperti camera, lampu 'shooting' dll. Menu disini ada pilihan menu local dan western. Yang menariknya, setiap hidangan itu diberi nama sempena nama filem. Contohnya:

Mee Goreng Ali Baba Bujang Lapok
Kueh Teow Nujum Pak Belalang
Nasi Goreng Panggilan Pulau (Seafood)
Blockbuster Burger


ada 6 buah tv beroperasi serentak di dalam kafe ini


Menu



Dinding lorong menghala ke toilet penuh dihiasi dengan poster filem




Nasi Goreng Pecah Panggung (beef)~ RM13.50

Seleksi hidangan pencuci mulut

Mango Juice~ RM6.90

American Fries~ RM6.90
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Chemistry Cafe

Saya memang teruja bila mendengar kewujudan kafe ini. (Almaklumlah, tuan tanah ni kerjanya Cikgu Chemistry hihi). So bila berpeluang menjejak kaki ke kafe ini memang rasa sangat teruja. Cafe ini berkonsepkan makmal kimia!
Masuk sahaja ke kafe ini anda boleh lihat pekerjanya memakai 'lab coat' hihi. Dekorasi dalaman juga unik. Menu yang ditawarkan terhad, western food seperti lasagna and spaghetti , pastri, cakes, drink n dessert! Sesuai untuk tempat melepak santai, minum2 sambil menghayati dekorasi yang unik ini.
Hidangan makanan dipersembahkan dengan penggunaan alat radas makmal kimia. Contoh alat radas yang digunakan ialah kelalang kon, picagari, tabung uji, round bottom flask dll.


Mango Smoothies dalam kelalang kon~ RM11.00

Iced Cappucino~RM10.00

Dekorasi di atas meja hihi 
Antara menu di kafe ini: Peanut Butter Waffles ~ RM8.90

Gambar ihsan Instagram

Gambar ihsan Instagram

Gambar ihsan Instagram

Gambar ihsan Instagram

Gambar ihsan Instagram

Gambar ihsan Instagram
gambar ihsan google
Nampaknya sampai sini dulu untuk hari ini. Till we meet again. Wassalam!

Thursday, 6 November 2014

Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak share sedikit percutian 2 hari 1 malam kami di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Hehe dekat je dari KL.

Alhamdulillah, percutian kali ini ditaja hehe..aku dapat hadiah cabutan bertuah semasa majlis Hi-tea sekolahku.
Rate bilik deluxe  (1 katil king @ 2 katil super single) untuk satu malam bersama sarapan pagi untuk 2 orang ialah RM371 (Government rate).



Resort ni memang sangat cantik.! Masuk lobi je dah bau harum sangat, bau haruman bunga melati.

Lobi hotel










bathroom







Verandah Cafe~ Sarapan pagi kami disini


Sarapan pagi kami memang pelbagai dan semua sedap2 belaka.




Jom kita terjah spa pula..untuk guest hotel boleh ber'jacuzzi' dan sauna dengan percuma di Sembunyi Spa ini. Urut /  Massage dikenakan charge berasingan.

Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Cantik!~ Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Sembunyi Spa @ Cyberview Lodge Resort & Spa

Rate untuk spa @ Sembunyi Spa

Selain kemudahan spa dan kolam renang, guest hotel juga boleh menyewa basikal dan memancing di resort ini.

Pool towel~ Jom mandi kolam pulak!
my hubby n kids tercinta!













Alhamdulillah, tempat yang indah dan damai untuk melepaskan lelah di hujung minggu~ lari sedikit dari kesibukan kota KL.



Sekian dulu untuk kali ini. Till we meet again! Wassalam!