Alhamdulillah

Sunday, 3 February 2013

Travelog Kuala Selangor!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua....

Terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk blog amatur ku ini...hihi..masih banyak yang perlu dipelajari. Coretan kali ini kena undur masa , kerana ia berlaku pada 27 & 28 januari 2013 yang lalu dan baru sekarang berpeluang untuk ditulis dalam blog. Jangan marah ya!!

Bermula seawal pagi, sesudah sarapan kami sekeluarga bertolak ke destinasi pilihan untuk percutian kali ini. 'Weekend breakway' sempena cuti Hari Thaipusam. Destinasi kami kali ini ialah ke Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip. Anak-anak semua 'happy'!Mama n papa pun girang dan ceria.
On the way tu , sempat juga tengok perarakan kaum India ke kuil sempena Thaipusam.


jem juga sekejap di sini

Kami sampai ke Kuala Selangor pukul 11.00pg .Lebih kurang 1 jam setengah perjalanan sahaja. Tempat pertama yang dituju ialah Taman Alam Kuala Selangor yang terletak di kaki Bukit Malawati.




 My hubby beli tiket untuk naik tram untuk naik Bukit Malawati

Harga tiket tram

 Dah naik tram

panas la plak...duduk belakang sekali hihi



Foto berlatar belakangkan rumah api di atas puncak  Bukit Malawati

ada banyak lotong di atas Bukit Malawati ni

Turun dari Bukit Malawati, kami di bawa melawat ke akuarium.

 Pelbagai jenis ikan air tawar

 Peralatan menangkap ikan secara tradisional juga dipamerkan di sini


Selesai pengembaraan di sini, kami bertolak ke De Palma Hotel untuk 'check in'. Malangnya kami diberitahu oleh pihak hotel hanya boleh' check in' selepas pukul 3 ptg kerana bilik penuh. Jadi kami pun 'decide' untuk  pergi ' lunch' dulu. Hurray, jom jalan-jalan cari makan!

Nasi ambeng Warung Ibu Tanjung Karang

Nasi ambeng Warung Ibu Tanjung Karang

Sedap betul makanannya dan memang membuka selera. !Selesai mengisi perut, kami pergi 'survey' tempat untuk tengok kelip-kelip malam nanti. Ada dua tempat;satu di Kampung Kuantan dan satu lagi di Kampung Belimbing.Kami pilih untuk tengok kelip-kelp di Kampung Belimbing.

Dah pukul 3.00 ptg:jom balik hotel dulu.! Boleh rehat-rehat sekejap kerana malam nanti ada misi kelip-kelip!





Hero-heroku ....Rehat sekejap hihihi

5.30 ptg: Anak- anak semua dah tak sabar nak pegi mandi kolam.

Haikal & Danial

Si bongsu...Danish!

Around pukul 6.30 ptg:Kami meninggalkan kolam renang dan balik ke bilik untuk bersiap-siap ke lokasi kelip- kelip . 

Tadaa...! dah sampai !tak sabarnya nak tengok kelip- kelip. Tapi ia bermula pukul 7.45 malam. Kami giliran yang ke-9.

Sudah bersedia dengan jaket keselamatan

Sedang menunggu giliran, tetiba ada tanda-tanda macam nak ujan. Hati rasa berdebar dan takut juga .Dalam hati tak putus-putus berdoa dan membaca ayat Qursi agar kami semua selamat dan tujuan kami yang baik ini akan tercapai. Aku memeluk erat anak-anakku, saat itu terasa sangat kasih dan sayangku pada mereka memang selamanya ikhlas, telus dan tak pernah berbelah bahagi. Moga tiada perkara buruk yang berlaku kepada kami sekeluarga. Amin! Aku lihat suamiku hanya tenang disisi.
 Syukur, alhamdulillah. Cuaca kembali ok dan tiada lagi tanda-tanda mahu hujan. Kami beratur menunggu giliran untuk menaiki bot. Gelap sangat kerana lampu memang tidak dipasang dan penggunaan kamera dan lampu suluh juga dilarang supaya tidak mengganggu koloni kelip-kelip.

Bot yang bakal dinaiki

Setelah tiba giliran kami, kami berlima berpegangan tangan ke jeti untuk menaiki bot. Saat itu terasa kami sangat rapat dan amat memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Doaku agar Allah melindungi kami sekeluarga dan kasih sayang antara kami berpanjangan hingga ke syurga.

Di dalam bot, kami tidak boleh bising, mengambil gambar dan bergerak- gerak. Bot mula bergerak menyusuri sungai. Kami mula melihat kerlipan kelip-kelip di pokok di sepanjang sungai. Cantik sungguh! Terasa nyaman disapa angin di dalam bot yang terbuka itu....fresh air!!Kat KL dah takde hihihi

Lebih kurang 25 minit kami sampai semula ke jeti tadi. Syukur, alhamdulillah. Yang paling membahagiakan apabila anak-anak berasa gembira, teruja dan bersyukur dengan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga. 
"Spending good time with your family is better than spending money on them!"

Kami bertolak pulang ke hotel selepas makan malam di sebuah restoran tom yam berhampiran. Sleep...sleep...sleep

Keesokkan paginya, kami berkemas-kemas untuk pulang. 

Say good bye to the tiger...patung harimau tu di letak kat situ untuk menakutkan monyet-monyet yang banyak berkeliaran di kawasan situ hihi

Sebelum pulang ke KL, Little Danish menangis nak pergi main pasir kat pantai. Adoi, mana nak cari pantai yang cantik kat sini sayang? Akhirnya, my hubby pecut kereta ke pantai berhampiran...Pantai Remis.Tercapai jugalah hajat si kecilku untuk bermain pasir. Siap main layang-layang lagi!

Danish dan papa

Haikal

Danish

Danial

Dah puas bermain layang-layang, kami bertolak pulang ke KL. Sebelum itu, sempat singgah sekejap membasahkan tekak  di Kedai Cendol Bakar, Kuala Selangor. Ramai gileerrr ,orang!

RojaKing

  Siap ada drive-thru lagi..hihi...maju sungguh!


Cendol Bakar

Cucur udang

like father, like son!

Burger burung unta? Macam-macam ada!

Akhirnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Banyak pengalaman berharga didapati walaupun percutian ini hanya mengambil masa yang singkat. Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca. Insya allah, kita jumpa lagi di lain entry.

Babai..




Saturday, 2 February 2013

Tribute untuk Abah!

Assalamualaikum...dan salam sejahtera untuk semua...Berjumpa kita untuk kali ini dengan sedikit coretan penghargaanku untuk abah tersayang sempena hari lahirnya yang ke 63 tahun hari ini.



Coretan ini khas buat abah tersayang yang sentiasa disisi saat susah dan senangku sejak kecil hingga dewasa. Moga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada abah, murahkan rezeki yang halal serta berkati hidup abah tersayang yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga.

Abah, 

Tiada kata-kata indah yang dapat kulafazkan untuk mengganbarkan dirimu dengan tepat. Abah memang seorang yang penyayang, bertanggungjawab, baik,gigih berkerja, bijak serta sentiasa berfikiran jauh dan positif. Abah juga sentiasa mengikut perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya. Abah memberikan didikan agama yang cukup kepada kami dan mahukan kami berjaya cemerlang dunia dan akhirat. Abah juga adalah sang suami yang setia dan penyayang kepada ma (ibuku)....chewwwaahhhh!

Abah,
Sesungguhnya kami sangat bertuah dianugerahkan abah sepertimu. Jasamu membesarkan kami tidak mungkin dapat dibalas..Tidak dapat kubayangkan hidupku tanpa abah disisi...(walaupun saat itu akan pasti tiba jua kerana janji Allah itu pasti).

dari kiri: ma,abah,my hubby, adik, adik iparku.
dihadapan: anak anakku ;Danial, Danish & Haikal

abah dan adikku


Abah,
 Terima kasih dan selamat hari lahir yang ke-63 tahun (2 February 1950 - 2 February 2013).
Kami sayang abah!


Friday, 1 February 2013

Misi 1 Februari 2013!


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua....Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.Hari ni saya nak kongsi sedikit cerita, bertajuk Misi 1 Februari 2013 hihihi.

Misi ini bermula seawal pagi.

9.35 pagi :Mula bergerak menuju ke destinasi untuk menjayakan misi hari ini ...jeng ...jeng...jeng...Maklumlah ,hari inikan cuti Hari Wilayah.

10.10pagi :Kami tiba ke destinasi...hihi...destinasi kali ni dekat ja .. Midvalley Megamall

Seterusnya , kedai pertama yang dituju ialah  :Butik Carlo Rino! Sukanya! sukanya!

Butik Carlo Rino

Carlo Rino adalah jenama kegemaran apabila ingin membeli beg tangan...sejak dulu hingga kini....hihi...patutnya Carlo Rino kena ambil aku jadi duta produk mereka...cehh...berangan pulak!


Rambang mata nak memilih. Akhirnya...

i choose this one! Cantik tak?

Setelah selesai membayar  , mode of payment: Cash n carry! Itu prinsipku...kalau tak de duit, jangan beli! Elakkan daripada menggunakan kad kredit atau berhutang. Berbelanjalah ikut kemampuan ya...

me and my little Danish


Lokasi seterusnya, my hubby ajak masuk Jusco Midvalley jap. Dia nak beli kemeja dan seluar kerjanya. Ok...sebab misiku dah selesai dan tercapai hihi...Dengan hati girang gitu!

On the way, ada pulak halangan ayoyo... (Ceh, macam jauh sangat perjalanan dari Butik Carlo Rino nak masuk ke Jusco tu).

Hand paint shoes...cantikkan??

Kasut ini boleh dibasuh

RM55 sepasang- corak yang menarik dan kreatif!

Kasut kanak-kanak pun ada

Akhirnya, saya ter'beli" juga sepasang hihi. 

Ini yang saya beli.Cantik tak?

Seterusnya, semasa my hubby busy memilih baju dan seluarnya, my little Danish tarik tangan ajak pergi MPH. Dia dah tak sabar asyik mama dan papa saja yang 'shopping' hihi. Saya bawa Danish turun dulu ke MPH. Memang kedai buku adalah tempat wajib singgah setiap kali kami keluar.....Compulsory places for a book-a-holic like me! 

memilih buku..

 Danish (4 tahun) dah jumpa buku idaman!


RM18.90

Setelah membeli buku, kami naik semula ke Jusco. Selepas my hubby dah setel 'shopping', Danish nak makan ice cream pulak.

nyum! nyum!

Mama Danish ( i lah tu hihi) tetiba tertarik untuk masuk ke kedai di hadapan kedai ' ice cream ' tu. Dah masuk, ada pulak yang berkenan dihati.Tengok harga pun , boleh la hihi.Terus beli sepasang.

Kedai Kasut Jelly Bunny


Jangan marah ..hihi (RM39 sepasang)

Akhirnya, kami meninggalkan Midvalley kerana 'my hubby' nak pergi solat Jumaat, Hari inikan hari jumaat. Kami singgah di Masjid Khalid Al-Walid MINDEF. Mama dan Danish tunggu di dalam kereta, Selesai 'my hubby' bersolat, perut masing-masing pun dah berkeroncong. Kami 'lunch' di restoran nasi arab. 

Wadi Hadramawt

Kami pesan Lamb Kabsa, Chicken Kabsa, Chicken Kebab Sandwich , Cocktail and juice. Syukur, alhamdulillah. Memang sedap dan lazat. Terima kasih Allah, kerana beri rezeki kepada kami dan kita semua.


 Fruit cocktail

Chicken Kebab Sandwich yang dah di buka gulungannya

Alhamdullillah, semua urusan untuk hari ini sudah selesai. Little Danish pun dah penat. Kami bertolak pulang ke rumah.

4.30ptg :Safely arrived at home..Home Sweet Home!