Alhamdulillah

Saturday, 14 June 2014

KL Hijab Fair 2014 & Dragon 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini (14 Jun 2014), saya sempat berkunjung ke KL International Hijab Fair (KLIHF) 2014 di PWTC. Terdapat 250 booth dan 30 orang selebriti yang tampil untuk memeriahkan program yang berlangsung selama 3 hari itu. Yuran masuk untuk dewasa ialah RM1 sahaja dan percuma untuk kanak-kanak. Ramai betul pengunjung...meriah! Prof Muhaya, Ustaz Don, Yatt dan Heliza Helmi antara selebriti yang hadir.

Gambar ihsan Mr Google





Booth Leuniey, isteri Apek (Khairul Fahmi Che Mat) pun ada. Leuniey pun ada di booth tersebut.







Memang banyak  pilihan shawl, tudung, baju kurung (tradisional /moden), kain pasang, dress, blouse yang cantik2 dan menarik serta unik ditawarkan disini. Sesiapa yang berminat untuk mencari koleksi baju raya ..bolehlah berkunjung ke sini.



Habis cerita KLIHF 2014, jom cerita tentang  movie best yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.

How to train your Dragon 2~gambar ihsan google
Memang best cerita ni. Cepat bawa anak2 anda untuk menonton cerita ini.


Sekian, wassalam!

Friday, 13 June 2014

Zoo Negara berwajah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu lepas (Rabu, 4 jun 2014), saya sempat bawa anak2 mengunjungi Zoo Negara sempena cuti sekolah. Lagipun jarak rumah kami dan Zoo Negara juga dekat sahaja. Hati teringin nak tengok sepasang Panda yang baru sahaja menghuni Zoo Negara. Tapi, sayangnya, masa kami pergi tu, Panda masih belum diperkenalkan kepada umum. Masih dalam proses penyesuaian dengan tempat baru. In sha allah, hujung bulan Jun, rakyat Malaysia boleh ke Zoo Negara untuk melihat sendiri Panda  dengan lebih dekat. Alhamdulillah, Zoo Negara juga semakin cantik, terjaga dan ceria.

Tiket masuk ke Zoo Negara masih sama dengan tahun lepas (2013):

Dewasa - RM30
Kanak-kanak (3 - 12 tahun)- RM10
Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM15
Peta Zoo - RM1

Tiket tram (dalam Zoo Negara);
Dewasa - RM5
Kanak2 - RM3

Seperti biasa, jangan lepaskan peluang untuk menonton Animal Show setiap hari pada pukul 11 pagi dan pukul 3 ptg

Seperti biasa, jangan lepaskan peluang untuk menonton Animal Show setiap hari pada pukul 11 pagi dan pukul 3 ptg

Bergambar di hadapan Butterfly Garden


Ulat gonggok yang besar terdapat di dalam Butterfly Garden







Burung Botak~ada 700 ekor Burung Botak ni di Zoo Negara

Bird Aviary

Pecah dah telur burung tu!!

Helicornia Walk
Naik tram and depa pilih dok belakang sekali hihi
Sampai sini dulu pengembaraan kami di Zoo Negara. Jom datang ramai-ramai untuk memeriahkan Zoo Negara! Nanti kita akan dapat banyak info dan fakta menarik tentang flora dan fauna. Contohnya, singa jantan tidur selama 22 jam setiap hari. Anda juga boleh klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di Zoo Negara.

Sekian, wassalam!

Sunday, 8 June 2014

Poksu Singapore Cafe & Cincin Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, telah selamat tiba ke kampung halaman tercinta untuk cuti-cuti Malaysia hihi. Yelah , time cuti sekolah ginilah baru berpeluang nak balik kampungkan.Balik kampung walaupun sekejap, tetap rasa sangat gembira. Layan gambar kami dinner malam pertama di kampung tercinta, Kota Bharu, Kelantan. Macam-macam ada.



Kerabu mangga, sotong celup tepung, ayam goreng kunyit, Chap Chai, Ikan 3 rasa dan telur dadar. Semua memang sedap menjilat jari.




Slice fish soup yang sangat sedap. RM13.90 semangkuk. Saiz M
 
Butter prawn RM29.90


Sesiapa yang berada di Kota Bharu, Kelantan boleh datang cuba makan di Restoran Poksu Singapore Cafe ini.
Address Cafe ini

Poksu Singapore Cafe
PT 1087, Tingkat Bawah, Jalan Long Yunus, 15200
Kota Bharu, Kelantan. 

014- 8448123

Dibuka bermula pukul 12 tgh - 12 tgh malam
(setiap hari)

^
^
^
^
^
^
Satu lagi cerita best yang berlaku pada diriku ialah hihi ..i dapat hadiah dari parents (hihi besar panjang pun masih ma & abah bagi hadiah ye hehe..tq ma abah!)


Sebentuk cincin emas
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Antara aktiviti biasa bila dah balik kampung ialah ke Pasar Siti Khadijah hihi. Kali ini kebetulan ada kawan kirim baju kaftan/ baju kelawar.

Disamping itu sempat juga singgah ke Butik Arra Kaftan yang terletak bersebelahan dengan Poksu Singapore Cafe. 
Saya pernah beli dress online dengan butik ni. So, alang2 dah balik kampung terus singgah cuci mata di butiknya pula.



Pada malam harinya, kami sempat berkunjung ke Zon Komersil Wakaf Che Yeh.



p/s: Suka sangat door gift ni. I dapat semasa kenduri kahwin. Sangat berharga dan bermanfaat kan berbanding hanya dapat gula2 sahaja. Ini pendapat sayalah. Jangan marah! hihi.

Surah Yaasin (hardcover & portable) dan tasbih yang cantik!

Ok ..itu sahaja cerita untuk entry kali ini. Esok nak bertolak pulang ke kampung suami pula di Terengganu. 
Sekian, wassalam!

Friday, 6 June 2014

Wedding & Anniversary

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru berkesempatan menulis entry terkini kerana kesibukan menanda kertas exam . Hari ni baru selesai tugasan tersebut dan dah settle key-in markah online. Lega sangat. Syukur!

Ini cerita hari sabtu lepas, 31 mei 2014, kami berkesempatan untuk hadir kenduri kahwin kawan sepejabat suami di Kuantan. Kebetulan tarikh 31 Mei itu juga merupakan tarikh istimewa untuk saya dan suami~ Happy 11th Wedding Anniversary untuk kami. Syukur , alhamdullah! Dah 11 tahun rupanya kami diberi peluang hidup bersama serta dikurniakan 3 orang cahaya mata penghibur jiwa, pengikat kasih. Thank you, Allah!

Cupcakes tapi ada technical errors sikit coz dia kehabisan kotak cupcakes hehe so terpaksa isi dalam kotak kek biasa so nampak tak berapa cantik . Takpe, yang penting rasanya sedap! 

Pasangan pengantin lama(dah 11 tahun) bergambar bersama pasangan pengantin baru hihi


Alang-alang dah sampai Kuantan kami terus ambil peluang untuk bawa anak2 main air kat Pantai Teluk Chempedak dan malamnya makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Keesokkannya baru balik semula ke KL.














Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga, Amin!




Malamnya kami dinner ikan bakar di Restoran Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur.

Sedap sangat!

Sekian dulu..jumpa lagi next entry!
Wassalam!