Alhamdulillah

Friday, 26 July 2013

Lasagna

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera di hari jumaat yang mulia ini bersamaan dengan Hari Nuzul Quran.

Petang ni sempat buat lasagna. Sejak awal berpuasa lagi terasa nak makan,  hari ni baru berpeluang merealisasikannya hehe.

antara bahan-bahan untuk buat 'eksperimen' lasagna hehe

Bahan utama ialah :

Kepingan San Remo Instant lasagna


Bahan2 untuk buat inti daging ialah:

Minyak Zaitun @ any minyak masak (4 sudu besar)
Sos Tomato Kimball / Prego (1 botol)
Cendawan butang (dipotong dadu)
Daging cincang 400g (daging kisar Ramly pun boleh juga)
Serbuk Black Pepper
Serbuk Oregano
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih
Keju Mozzarella
Keju Parmesan
Sos cili (1 sudu besar)~optional
Garam secukup rasa

Bahan2 untuk buat sos putih :

Butter (2 sudu besar)
Keju cheddar / keju cheesedale
full cream milk (250ml)
tepung gandum (2 sudu besar)
garam secukup rasa


Cara membuat inti daging :

Tumis bwg2 yg di cincang td.. tunggu sampai naik bau.
Masukkan pula daging cincang. Gaulkan hingga daging berubah warna.
Kemudian tuang sos Kimbal/ Prego td.. tuang semua sekali 1 botol
Gaul sebati dan masukkan garam secukup rasa.
Taburkan pula serbuk oregano.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan sesudu besar sos cili.
Tabur serbuk black pepper
Kacau bagi sekata...tadaaa...siap!

Cara membuat sos putih pula:

Cairkan butter
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..
Masukkan susu full krim.
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit.
Tutup api...Siap!

Cara melapis lasagna:

Ambik loyang/bekas yg sesuai..  susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..(kepingan lasagna tu dicelur dulu sekejap sebelum diletakkan dalam loyang).

Taburkan dgn inti daging td.

Tuangkan sos putih... tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..

Taburkan cheese parmesan dan mozarella.

Ulang balik cara yg sama.. suka hati la nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. hehe. tp biasanya buat 3 layer aje..

ni rupa sebelum dimasukkan dalam oven. Terpulang pada anda nak tabur cheese sedikit or banyak.

Masukkan dalam oven.
Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius (selama 10 minit).. Bakar dengan suhu 180 celsius sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 50 minit juga . Guna api atas bwh ye..Sekian, selamat mencuba!

Ini hasilnya....yummy!



p/s : resepi lasagna ni dirujuk dari blog Cahaya Cinta Ku. Terima kasih!


Sekian, wassalam!





Thursday, 25 July 2013

Fasa kedua Ramadhan, Laksa kuah laksam dan puding roti bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya kita sudah memasuki fasa ke-2 Ramadhan (10 hari kedua Ramadhan ) iaitu fasa maghfirah (keampunan).

gambar ihsan google

Kita digalakkan untuk perbanyakkan melakukan solat malam, berdoa dan berzikir kerana pada 10 hari kedua Ramadhan ini merupakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengurangi dosa-dosa yang telah kita buat. Dengan memohon keampunan dengan tulus dan bersungguh-sungguh serta bertaubat dari hati yang terdalam (taubat nasuha).
 In sha Allah pasti mendapatkan keampunan dari-Nya.


Hari ni sempat buat laksa kuah laksam untuk menu sampingan berbuka puasa hehe.Nasi dan lauk-pauk tu memang wajib ada hehe.

ni gambar ihsan google 
Resepinya diambil dari link blog di bawah. Memang Mudah dan sedap. Nak tempek resepi untuk laksa kuah laksam dan puding roti bakar disini untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang hehe.


Bahan untuk Kuah lemak 

1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar (saya guna ikan kembung)
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)


Dikisar

10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.


Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.


Ulam 

Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis


Sambal

Cili padi
Cuka
Garam
Gula


Kisar kesemua bahan di atas


Puding roti bakar

Saya tabur chocolate rice warna-warni untuk tarik perhatian anak2 supaya makan hehe



Bahan-bahan:

5-6 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 3 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla (saya tak letak pun hehe)
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (saya tak letak pun hehe)
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard:

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


Cara-cara:

Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan puding roti ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Anda juga boleh refer link dibawah:


Sekian, wassalam!

Tuesday, 23 July 2013

Si Salmon yang berjasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama menyimpan hasrat untuk membawa kisah ini di blogku. Kisah hidup ikan Salmon yang sangat unik dan luar biasa.

gambar ihsan google


" Ikan salmon merupakan ikan yang lahir di sungai

tetapi membesar dan hidup di laut. Ketika dewasa, mereka akan berenang semula ke
hilir sungai untuk bertelur dan kemudian mati. Ikan Salmon harus
berjuang berenang dari laut ke hilir sungai melawan arus sungai sejauh
ribuan kilometer. Selama menempuh perjalanan tersebut, ikan salmon
kehilangan sepertiga daripada berat tubuhnya kerana begitu berisikonya
perjalanan yang harus ditempuh. 

Selain untuk proses pembiakan, ikan Salmon
juga berjasa membawa kekayaan mineral lautan ke daratan sebab tubuh
mereka mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Ikan salmon juga
menjadi sumber makanan bagi banyak makhluk hidup di darat sehingga
terjadi keseimbangan alam. Dari kisah ikan salmon yang luar biasa ini
ada banyak hal yang boleh kita pelajari. Salah satunya, perjuangan yang
dilakukan oleh ikan Salmon untuk berenang ke hilir sungai walaupun
setelah bertelur mereka akan mati. 


Selesai bertelur, ikan salmon jantan dan betina menutup
kembali sarang tersebut dengan kerikil. Kedua-dua ikan salmon akan tinggal beberapa hari 
disekitar sarang tersebut hingga akhirnya mati kehabisan tenaga. Sebahagian bangkai ikan 
terurai dengan bantuan bakteria hingga menjadi baja kompos. Baja kompos tersebut akan dimakan oleh plankton dan serangga kecil di dasar sungai. Pada akhirnya, plankton dan serangga kecil ini akan menjadi makanan utama bagi ikan salmon yang baru menetas satu bulan kemudian.


Ikan salmon mengajarkan bahawa hidup
ini adalah perjuangan; perjuangan untuk mencapai tujuan yang
ditetapkan sang Pencipta. Selain kegigihannya dalam berjuang, ikan
Salmon juga mengajarkan kehidupan yang penuh pengorbanan. Bayangkan
bila ikan Salmon menjadi ego dan tidak mahu berjuang berenang ke
hilir sungai. Tentunya, keseimbangan alam akan terganggu. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh ikan salmon ini sangat berbeza dengan kebanyakan manusia yang lebih
mementingkan  diri sendiri daripada kepentingan orang lain.
Kita harus hidup di dunia ini bukan untuk mencapai cita-cita dan kepentingan diri
sendiri sahaja . Kehidupan ini akan menjadi lebih bermakna bila hidup kita memberi
manfaat (menjadi berkat) bagi orang lain."

gambar ihsan google
dipetik dari link dibawah:

http://inspirasijiwa.com/perjalanan-ikan-salmon/


Sekian, wassalam!

Monday, 22 July 2013

It's my 34th birthday today!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


gambar ihsan google

Alhamdulillah, hari ni , 22 Julai 2013 (Isnin)  bersamaan dengan 13 Ramadhan , genap usiaku 34 tahun (dah tua dah hihi). Terima kasih kepada semua yang tak lupa 'wish' Happy Birthday dan mendoakanku selama ini. Syukur kepada Allah yang telah megizinkanku bernafas di buminya ini. Sedar tak sedar, sudah pun 34 tahun aku diberi peluang dan nikmat kehidupan di dunia yang sementara ini. Syukur!

gambar ihsan google
ni betul ke ni beli kek ni untuk mama haha...macam tak matured je kek ni hehe

birthday card from my heroes!

tqvm!

Last but not least...

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!


p/s: Sedih tengok di bulan puasa yang mulia ini masih ramai wanita Islam yang tidak menutup aurat dan ada yang menutup aurat pun masih tidak sempurna, lebih kepada 'wrapping' bukannya 'covering'.

Sunday, 21 July 2013

Ibu Mertuaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Around pukul 1.00 pagi semalam, my hubby dapat panggilan telefon dari kakaknya di kampung mengatakan ibunya (iaitu ibu mertuaku) tetiba kejang otot dan macam terkena serangan sawan (tidak sedarkan diri). Ibu mertuaku telah dibawa ke hospital berhampiran. Risau hati kami semua di KL (my husband dan 5 lagi adik-beradiknya bersama famili masing2 memang bekerja dan menetap di KL), namun syukur alhamdulillah, semasa berada di hospital , ibu mertuaku telah sedarkan diri semula. Doktor telah memasukkan air kerana kemungkinan besar ibu mertuaku 'dehydrated' kerana penat berpuasa. Pukul 4 pg, ibu mertuaku dibenarkan pulang ke rumah semula dan disarankan supaya banyak berehat. Alhamdulillah.!

my hubby and his mum ~ gambar ni diambil pada bulan Nov 2012

Ma, semoga kembali sihat! Itu doa kami semua.
Sekian, wassalam!



Mission accomplished!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak buat 'summary' antara aktviti yang dilakukan pada 'weekend' kali ini (sabtu & ahad) hehe.

Hari sabtu (pagi ), sempat melawat dan meninggalkan jejak di butik tudung yang baru dibuka di area berhampiran sekolahku iaitu Sugarscarf.


Malam pula, kami sempat bawa anak2 tengok movie kartun bertajuk Turbo. Movie start pukul 9.45malam dan habis around pukul 11.30 malam. Best juga cerita ini hehe. Kisah siput yang berkelajuan tinggi.

gambar ihsan google

Hari ahad pula kami merancang untuk pergi 'shopping' baju raya anak2 (dah shopping sebelum ni, ni kira nak tambah mana2 yang x cukup lagi). Pada mulanya ingat nak gi 'shopping' kat SOGO je, tetapi bila kami sampai pukul 10.00 pg di depan SOGO, memang jem teruk dan parking pun 'full' so my hubby decided kami pergi One Utama Shopping Centre, Bandar Utama Damansara.

Tapi sebelum ke One Utama, sempat juga saya turun seorang kat area Jalan TAR tu. Punyalah ramai manusia. Saja nak usha2...tapi kejap sahaja tak larat  nak bersesak2. Tak beli apa2 pun kat sini.



Ini pula antara picture yang sempat snap kat One Utama.

my hero!hehe

Mama dan Danish
Danial

my 3 heroes tgh dok admire kereta Tamiya hehe
Litar lumba kereta Tamiya
makan dia ! ngap...ngap...ngap...hehe
Alhamdulillah, mission accomplished! Baju raya kids semua dah cukup. Tinggal baju raya papa dan mama je lagi hehe.

Sekian, wassalam!

Friday, 19 July 2013

Solat hajat &muffin blueberry

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi tadi sempena hari jumaat yang mulia, telah diadakan solat hajat di sekolahku untuk semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan terutamanya pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan percubaan PMR pada minggu depan. Solat hajat diadakan di Dewan Terbuka dan semua guru dan pelajar terlibat. Selesai bersolat hajat, ada ceramah motivasi ringkas dari wakil ibubapa (PIBG).

gambar diambil semasa sesi motivasi ringkas oleh wakil ibu bapa


Selepas berbuka, sempat buat muffin blueberry kegemaran Haikal (anak sulungku). Muffin blueberry ni juga muffin kegemaran ma dan abahku.


Sekian, wassalam!