Assalamualaikum dan salam sejahtera
Topik hari ni tentang 'pit stop' kami di Melaka (otw balik dari Johor ke KL). Sebenarnya kami selalu pergi ke Melaka (of course sebab Melaka banyak sangat tempat menarik untuk dikunjungi) dan kali terakhir kami bercuti ke Melaka ialah pada bulan Feb 2013. Sila klik disini untuk baca entry tentang Malacca 2013.
Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Melaka. Antaranya:
Kota A'Famosa
Menara Taming Sari
Melaka River Cruise
Muzium Samudera
Zoo Melaka
Taman Buaya
Taman Mini Malaysia
Perigi Hang Tuah
Pantai Klebang
A' Famosa Cowboy Town n Animal Safari
Taman Lebah
Taman Rama - rama
Bangunan Stadthuys (bangunan merah)
Melaka Duck Tours
naik beca
dll
Tapi untuk 'pit stop' kami kali ini, kami tak berniat untuk berkunjung ke semua tempat di atas (kerana kekangan masa dan nasib baik semuanya sudah banyak kali dilawati...tapi anak2 tetap 'excited' setiap kali datang Melaka hehe mama dia pun sama), kami hanya singgah bermalam di hotel dan pada keesokan harinya terus bertolak pulang ke KL. Sebelum pulang ke KL sempat breakfast di kedai makan yang menjadi kegemaran kami setiap kali berkunjung ke Melaka kerana roti canai dan karinya yang sedap hehe. Nasi lemak dan murtabak pun ada. Nasi beriani dia kami tak pernah try lagi coz biasanya kami gi kedai ni untuk breakfast.
apa yang khusyuk sangat dok tgk kat BB papa tu? |
Selepas breakfast, kami ronda-ronda sekejap Bandaraya Melaka sebelum bertolak pulang ke KL. Tetapi tetiba otw tu ternampak pulak signboard Taman Seribu Bunga. Eh, tak pernah singgah sini...jom singgah jap bang hehe. Sempat lagi tu.
over pulak mama posing huhu |
Danial yang cucuk kaktus bukan kaktus yang cucuk Danial hehe |
cantik bunga ni kan..Big leaf Hydrangea |
cantik juga taman ni...masuk pun percuma je. |
gambar ihsan Mr Google |
gambar ihsan Mr Google |
gambar ihsan Mr Google
Taman Seribu Bunga Melaka
Jalan Gapam, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Jalan Gapam, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Ok, sampai sini dulu untuk entry ku kali ini. Sehingga ketemu lagi dalam entry akan datang. Sekian, Wassalam!
10 comments:
salam tuan juhaida...
hero semua tu...mama sorang je gugurl...baik2 ye mama..jgn tercium pokok kektus tu...hehe
Tulah wirda...terover pulak mama posing hihi.hero2 semua..bila la nak dpt baby girl ni
waaah...mama bg flying kiss kat papa ke tu?hihi,cute ler....!
menarik.. xtau lak ada tmn camni... byk bunga2 orkid ye..
menarik.. xtau lak ada tmn camni... byk bunga2 orkid ye..
Kami pun br first time singgah sini hihi
salam kenal...wah ini yg buat saya teruja nak g melaka tuu...xpernah g lagi...
Hehe pergi jgn x pergi.mmg negeri kecil yg byk tarikannya.sekeluarga mesti rasa happy.jgn lepaskan peluang naik river cruise,menara taming sari n naik beca.tgk sendiri kota a famosa serta rasai keenakkan coconut shake pantai klebang.jgn lupa juga singgah cowboy town
Puas jugak exercise kaki yeh TJ hehe.... Tak pernah gak sampai tmpt ni
Jenuh exercise kaki n mulut hihi.bjln2 ni makanpun selera nak try mcm2
Post a Comment