Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wah, lamanya tak tulis entry baru...rindunyaaaaaa.....! Kenapa menyepi? Kerana sibuk 'pulun sakan' menanda kertas peperiksaan trial SPM(Biologi dan Kimia). Lega betul bila dah 'setel' tanda paper, key-in marks dan berbincang jawapan dengan pelajar. Tapi , lega pun sekejap je sebab kena 'pulun' sediakan set soalan untuk gerak gempur SPM (Biologi) dan peperiksaan akhir tahun form 4 (kertas Kimia) bermula 7 oktober nanti . Aagghhhh!
Sepanjang minggu lepas (selain menanda kertas exam) , memang padat dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM. Tahun ini, aku sebagai penyelaras sukan dan permainan bertanggungjawab untuk 'type' dan 'print' sijil berkenaan (249 keping sijil!).
Sijil penyertaan & penghargaan yang dah siap di print. |
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Selain itu, pada minggu lepas, para guru juga terlibat dengan Kursus I - THINK untuk meningkatkan profesionalisme guru dan mempelbagaikan serta mempermudahkan method pengajaran dan pembelajaran.
sign language untuk jenis2 peta pemikiran |
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Pada hari Sabtu (28 september), kami sekeluarga menghadiri Karnival Kokurikulum di sekolah anak2 (sekolah rendah). Kebetulan MIL ada kat rumah, dia pun ikut sama ke Karnival tersebut. Memang meriah, macam2 ada. Paintball, golf, persembahan, pertandingan mewarna, bercerita dan lain-lain.
Pokok cactus untuk di jual |
Haikal dan kawan2nya! |
kawad kaki berirama yang best! |
hand-made kerongsang..so colourful! |
Danial menyertai pertandingan mewarna |
Haikal sedang beratur untuk main paint ball |
Haikal main paint ball |
Danial menang tempat ke-3 pertandingan mewarna. Tahniah! |
my hubby & his mum! |
^
^
^
^
^
^
^
Ini pula menu pilihan little Danish untuk lunch selepas balik dari sekolah abang2nya!
chicken kebab sandwich with chips! Yummy! |
p/s: Sebelum terlupa, nak selitkan kat sini juga tentang seorang pelajar sekolahku yang ditimpa musibah (rumah musnah dalam kebakaran). Semoga pelajar ini sekeluarga tabah dan bersabar dengan dugaan ini. In sha allah!
Sekian, wassalam!