Alhamdulillah

Sunday, 1 September 2013

Penat makan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga teman2 semua berada dalam keadaan tenang dan sihat serta ceria sentiasa. Nampaknya, 'weekend' ni mungkin ' weekend' terakhir untuk acara memenuhi jemputan makan2 'open house' dan kenduri kendara. Maklumlah, bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka/kenduri mereka. Kami juga memohon jutaan maaf kepada teman2 yang kami tak dapat hadir memenuhi undangan mereka atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maaf sangat tau! Jangan serik jemput kami lagi tau hehe.

Hari sabtu, kami sekeluarga sempat hadir ke 2 'open house'. Satu di Cheras (kawan suami) dan satu lagi di Bandar Baru Bangi (teman baikku sejak sekolah menengah). Pada hari yang sama, kami tak sempat memenuhi 3 lagi undangan 'open- house' kerana masa jemputan yang sama (1-4 ptg) dan lokasi berbeza. Almaklumlah di KL ni, keadaan trafik memang sana sini jem huhu. Maaf ye Kak Ros, Kak Sariza dan Kak Wan!

open house di Cheras
open house di Cheras
open house di Cheras

Sempat pulak kami singgah kat Cheras Leisure Mall  tu hehe.




Pesta Tanglung

Ini pula gambarku dengan teman baikku, Anizan (Bangi)
p/s: sedap sangat nasi dagang yang Che masak tu plus kuzi roti jala Jea pun memang best gileerrr! Kira berjaya la tu untuk 'first attempt ' hehe.


Ahad (1 september 2013)

Sempat menghadiri kenduri kahwin bekas anak muridku, Nadjmi dan pasangannya.
Semoga berbahagia hingga akhir hayat dan diberkati selalu. Amin!
Pasangan pengantin  muda :sama cantik, sama padan!

ole-ole (ada muffin coklat dalam cute box ni)
" Tak dapat bayangkan perasaanku nanti sebagai ibu apabila nak melepaskan anak2 teruna kesayanganku (Haikal, Danial & Danish) apabila tiba masanya mereka akan berumahtangga huhu. Moga ketiga2  puteraku menjadi insan yang soleh dan dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah. Amin!"

Selepas kenduri, kami menuju ke 'open- house' teman sekerjaku (Shila) pula di AU2. Nasib baik area dekat2 sini je hehe.


Sekian coretan hujung minggu ku. Jumpa lagi next entry.
 Wassalam.

24 comments:

Unknown said...

selamat menjamu selera..!

OKje said...

Cheras kat mana TJ?

Kalau dah banyak open house mmg kenyang le perut hehe..

Cantik jugak buat ala ala Arab ni...jarang pengantin pakai serban hehe...
Eleh bis tu MIL nak lepaskan cik abang pun sedih jugaklah dulu...hehe Anak tak sedih dah TJ sebab dapat bini hehe

Sweetamieda. Blo said...

Tq akak!

Sweetamieda. Blo said...

Students sy tu mmg warak okje.bagus sgt budaknya. Solat bjemaah kat masjid n suara sedap bila bc quran.bijak pula.bertuah ibu bapa n isterinya

Umm AA said...

Sempat lg yer tn ju menghadiri open hse terakhir..yg kenduri tuh inshaallah kedepan mesti ade byk lg kan jemputan..nampak cantik lak psgn tuh pakai cenggitu..

Sweetamieda. Blo said...

Ha ah.sy pun x puas tgk depa smlm.terpaku je mata!! Hihi.

Blog Santai said...

Salam kenal aida, Kita pun last day berhari raya semalam..dah banayk sangat makan..time to get rest..he..he

AtieYusof said...

Wah! meriah nya open house & majlis khawin tu Kak..
best juga tu dpt makan mcm2..:)

Kayu Manis said...

cantik pasangan kat bawah tu..sopan sungguh pakaian diorg..mcm nilah..suka

Qhaifa Nur said...

selagi tak habis bulan syawal..
undangan makan sana sini...
seronok gantung periuk kan..

salam kenal dah singgah...

lia said...

wahhhh lawa nyer gmbr kat pesta tanglung tu... meriah sangat...

Sweetamieda. Blo said...

Tulah kena puasa lak pas ni...bg digestive system berehat hihi

Sweetamieda. Blo said...

Meriah dpt jumpa teman2 n mkn2 hihi

Sweetamieda. Blo said...

Sy pun suka sgt tengok depa

Sweetamieda. Blo said...

Tima kasih sudi singgah hihi

Sweetamieda. Blo said...

Ha ah.mmg meriah btul mall tu dgn tanglung

Lee said...

Hi Tuan Juhaida, ha ha, I suka your "penant makan",
Nice family portrait too.
And well taken pics.
Can see budak2 tu semua enjoy makan, ta'penat, ha ha.
Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Sweetamieda. Blo said...

Tq sudi singgah sini hihi

AtieYusof said...

salam singgah selasa Kak...:)

ummiross said...

Seronok kan dapat makan2 dan jumpa rakan2 bila ada open house ni.
Ummi ada dua anak bujang, memang terasa debaran bila memikirkan untuk melepaskan mereka bila dah bertemu jodoh nanti.

FarahFerraDotCom said...

Sedihnya syawal dh nk meninggal kan kita..huhuhu tak puas nk beraya lg nie..;)

Unknown said...

penat makan hehe..
byk sangat undangan sampai penat nak makan..:)

nampak enjoy budak2 tu TJ

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah pergi jemputan kawen makan lepas tu pergi lagi ke open house metilah sendat perut tu Azi:)

Tapi seronoknya dapat jumpat kawan-sahabt-handai dan termasuklah bekas anak murid tu kan..

AtieYusof said...

Salam singgah Khamis Kak.. busy ye, blm ada N3 baru..hehe