Alhamdulillah

Sunday, 27 October 2013

Pedicure

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya memang dah lama nak menulis sesuatu di blog, tetapi asal mengadap pc je terus idea hilang entah kemana-mana. Setelah berkali-kali cubaan akhirnya datang idea nak  kongsi sedikit pengalaman pertamaku pergi buat pedicure jelah hehe.

inilah tempatnya Mico, Jusco AU
Ini antara pakej perkhidmatan yang ditawarkan
Best juga bila sesekali berpeluang memanjakan diri 
Saya  buat pedicure (RM45). Best sangat kerana pakej ini termasuk water soaking, shape and cuticle clean, crack heel remove treatment, penggunaan scrub untuk kaki dan betis serta urut kaki dan betis (ini paling best untuk betisku yang lenguh2!). Mereka juga menyapukan jojoba oil pada kuku untuk kesihatan kuku.

Sesambil tu sempat juga pakai inai segera  (dari India) kat kedai ni. Pakai kat jari tangan sahaja. 15 minit dah merah. Pakai inai 'charge'nya RM10.

Jari jemariku yang kontot berinai la pulak hehe

ok..itu saja cerita pedicure ku. Nanti jumpa lagi next entry ye!
Wassalam!


Friday, 25 October 2013

Selamatkah kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam dunia hari ini...setiap hari kita dikejutkan dengan berita2 tentang pembunuhan, rogol, tembak - menembak, samun, perang dan lain2. Banyak lagi kes jenayah terancang yang berlaku disekeliling kita! Sehingga kita merasa tidak tahu siapa yang berada disekeliling kita yang boleh dipercayai kerana banyak juga kes yang berlaku disebabkan "harapkan pagar, pagar yang makan padi".
 Bila banyak kes jenayah berlaku, tentunya kita merasa tidak selamat lagi untuk berada di luar rumah sementelah pula bila berada di rumah sendiri pun macam2 juga boleh berlaku. Jangan nanti sampai semua orang takut untuk keluar dari rumah dan hidup terpenjara. Nauzubillah!

gambar ihsan google

Setiap hari dalam berita di tv, radio, internet dan media cetak memaparkan pelbagai kes jenayah yang mencetus kebimbangan, perasaan takut dan panik masyarakat tentang keselamatan diri dan ahli keluarga. Tambah2 bila hidup di kota batu ini yang masing2 dalam dunia sendiri dan tak mahu masuk campur hal orang lain. Sekiranya berlaku perkara buruk pada kita, masih adakah insan yang sudi menghulur bantuan?

So, teman2 semua...mari kita dekatkan diri pada Allah dan sentiasa berdoa pada-Nya serta berbuat kebaikan. Hindari dan tinggalkan segala larangan Allah kerana segala yang berlaku pada hari ini merupakan tanda2 bahawa dunia sudah akhir zaman dan hari kiamat sudah makin hampir. Mari kita sebarkan dan suburkan kasih sayang dan berpesan2 pada kebenaran seperti yang telah tercatat di dalam Al-Quran.


P/S: sentiasa berhati2 setiap masa walau dimana berada dan berdoalah pada Allah agar diri kita semua sentiasa dilindungi.

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!

Monday, 21 October 2013

Soalan Ramalan Kimia / Biologi SPM 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak share kat sini antara tajuk2 penting dan dijangka keluar untuk SPM 2013 ni. Tapi jangan terlalu taksub dengan tajuk2 ini sahaja sehingga tak study pula tajuk lain ye . Ini hanya jangkaan atau ramalan para guru berdasarkan soalan2 past years dan tak semestinya 100% tepat. 


Tajuk Fokus Penting Kimia SPM 2013

Kertas 1

semua topik (form 4 & 5) - 14 bab

Kertas 2

Section A
1. Formula empirik (langkah keselamatan, lukis gambarajah, pemerhatian, pengiraan)
2. Jadual berkala unsur
3. Sebatian karbon (alkana, alkena, alkohol)
4. Garam /salts           
5. Redoks dan elektrolisis (definisi)
6. Sabun dan detergen (penyediaan sabun, kebaikan, keburukan)
7. Proses Sentuh dan Proses Haber
8.  Thermochemistry


Section B
1. Penyediaan garam terlarutkan / tak terlarutkan (kenalpasti anion / kation)
2. Kadar tindak balas (mangkin, luas permukaan, kepekatan)
3. Gabungan (Alloi / Kaca / Polimer + Getah Polimer / Pemvulkanan)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tajuk Fokus Penting Biologi SPM 2013

Kertas 1

semua topik (form 4 & 5) - 15 bab


Kertas 2

Section A

1. Mitosis / Meiosis - Kanser dan kultur tisu
2. Enzim (faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim)
3. Ekosistem dinamik
4. Kitar Haid(menstrual cycle)
5. Persenyawaan Ganda Dua (double fertilisation - reproduction in plant)
6. Nutrisi(nutrition)
7. Pewarisan / Variasi (inheritance & variation)
8. Pencemaran / Udara / Kesan rumah hijau

Section B
1.  Respirasi dan Fotosintesis

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!

Sunday, 20 October 2013

Optical illusion / visual illusion

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu untuk semua.
 Anda pernah dengar perkataan ilusi optik @ optical illusion?

Berikut adalah takrif optical illusion dalam wikipedia:


"An optical illusion (also called a visual illusion) is characterized by visually perceived images that differ from objective reality. The information gathered by the eye is processed in the brain to give a perception that does not tally with a physical measurement of the stimulus source. There are three main types: literal optical illusions that create images that are different from the objects that make them, physiological ones that are the effects on the eyes and brain of excessive stimulation of a specific type (brightness, colour, size, position, tilt, movement), and cognitive illusions, the result of unconscious inferences."

Boleh tengok beberapa contoh gambar di bawah ni (gambar ihsan google):

adakah anda nampak gambar ini bergerak-gerak?

adakah anda nampak itik dan arnab dalam gambar ini?

adakah binaan ini  boleh dibina?

apa yang anda nampak dalam gambar ini?

boleh tak biji2 dadu ini disusun begini?

adakah anda dapat lihat 2 wajah iaitu wajah perempuan muda dan perempuan tua dalam gambar ini?
Banyak lagi gambar2 yang anda boleh lihat . Klik saja optical illusion di internet.  Ini salah satu kaedah yang digunakan dalam persembahan silap mata (magic show). Mata kita sendiri yang menipu kita hehe.

Sekian, wassalam.

Friday, 18 October 2013

Fruit triffle

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya debaran untuk calon SPM dan STPM sudah semakin hampir. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum peperiksaan besar ini bakal menjelma. SPM dan STPM akan bermula pada 6 hb november 2013. Bukan calon SPM /STPM sahaja yang sedang merasa debarannya...para ibu bapa dan guru juga terasa debarannya. Doa kami agar semuanya akan dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. In shaa Allah!

gambar ihsan google

^
^
^
^
^
^
^
^

Ini pula kisah si penglipur lara yang baru 'first time' buat 'fruit triffle' hehe. Rupanya senang sahaja nak buat triffle ni hehe. Disebabkan baru kali pertama cuba buat, jadi hasilnya tidaklah menarik sangat tapi rasanya alhamdulillah, tidak mengecewakan (ceh..masuk lif tekan sendiri la pulak). Terima kasih kepada chef Rohaiza yang sudi berkongsi resepi.


Bahan2 utama yang digunakan ialah:

biskut ladyfingers (boleh juga guna kek gulung)
200 ml whipping creme
fresh milk
250g cream cheese (philadelphia)
2 paket nescafe
lemon juice (sebiji)
fruit (kali ini saya guna peach)
gula


whipping cream, cream cheese,lemon juice and gula digaul hingga sebati dan gebu. Guna mixer dengan kelajuan perlahan.

biskut ladyfingers di celup kedalam campuran fresh milk dan serbuk nescafe (jangan celup lama) dan disusun rapat2 dalam bekas

Cara2:

Susun biskut ladyfingers yang dicelup dlm campuran fresh milk dan serbuk nescafe rapat2 dalam bekas.

Masukkan satu lapisan campuran whipping cream, cream cheese,lemon juice and gula.
Susun buah peach (boleh juga guna buah strawberry, blueberry, kiwi dll)

Ulang lagi step diatas. Biasanya kita buat 3 lapisan (bergantung pada saiz bekas).

Lapisan paling atas boleh taburkan sedikit serbuk milo (gunakan penapis teh)

Inilah rupanya fruit triffle ku yang tak seberapa ni.


Tadaa...siap! Selamat mecuba!

Next time nak cuba buat guna buah2an lain pula. Boleh jamu mata tengok contoh2 fruit triffle di bawah.

gambar ihsan google

gambar ihsan google

gambar ihsan google
gambar ihsan google

Sekian, wassalam!

Wednesday, 16 October 2013

Raya Haji di perantauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya hari ini majoriti umat Islam telah kembali bertugas seperti biasa setelah bercuti sehari untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Tahun ini kami hanya menyambut raya secara sangat sederhana di perantauan (KL) kerana cuti yang singkat. Memang terlalu banyak beza antara beraya di kampung dan di KL ni. Memang tak semeriah di kampung halaman sendiri. Rindunya!!

Juadah dipagi raya juga amat simple...mee goreng, nasi himpit dan kuah kacang serta ketupat daun palas dan rendang daging. Selepas solat raya, kami hanya bersantai2 .Pukul 11.30pg baru kami keluar bertolak ke Putrajaya untuk beraya bersama adik-beradik suami yang juga tidak pulang beraya tahun ini. Lokasi pertemuan ialah Putrajaya Seafood, Taman Botani, Presint 1, Putrajaya. 2 buah meja bulat telah di'reserved' untuk kami 4 keluarga makan tengahari bersama-sama.





memang bagus layanannya...siap 'shark fin soup' tupun di tuangkan dalam mangkuk setiap orang

sotong goreng pedas
mix vegetables
lemon chicken
shark fin soup
ikan 3 rasa
bergambar kenangan sebelum balik (little Danish tiada dalam gambar sebab seronok dok berlari2)
pasangan uda dan dara (haha nak interframe jugak)


Anyway...selamat hari raya aidil adha untuk semua dari kami sekeluarga. Maaf atas segala salah silap (perkataan dan perbuatan).

p/s: Terima kasih kepada Iwan & Fiza coz belanja makan tengahari di Hari Raya Aidiladha ini. Hehe.

Sekian, wassalam!

Tuesday, 15 October 2013

Colmar Tropicale Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini sambungan kisah kami di Berjaya Hills. Kali ni saya muatkan gambar2  kami di Japanese Village dan Rabbit Park.







Anda boleh cuba memakai kimono dan bergambar dengan memakai kimono di Japanese Village




^
^
^
^
^
Rabbit Park











Makanan rabbit ni dijual dengan harga RM3 .Mahalkan!
Tahun lepas satu plastik kecil ni RM1 je
Amboi...relaksnya dia hehe..


Sampai sini dulu coretan untuk kali ini. Sesiapa yang berminat untuk melihat lebih banyak gambar2 di Colmar Tropicale ini, sila klik disini ya.

Jika ada kawan2 yang belum pernah datang ke sini, bolehlah luangkan masa untuk mengunjungi tempat ini. Banyak aktiviti outdoor boleh dilakukan disini contohnya flying fox, menunggang kuda dan berbasikal.


Bukit Tinggi, 

28707 Bentong, Pahang , Malaysia.



Sekian, wassalam.