Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman2 sentiasa berada dalam perlindungan-Nya
|
gambar ihsan google |
Hari ni saya terpanggil untuk membincangkan satu topik iaitu tentang penulisan novel. Walaupun saya bukan orang yang arif tentang bidang penulisan ni tapi sebagai pencinta ilmu dan seorang 'book-a-holics' (dan juga 'shopaholics' hehe), mungkin saya ada hak untuk memberi sedikit pendapat. Sebelum itu ingin saya tegaskan disini, saya membaca semua genre buku( biografi, ilmiah, novel dll).
Hari ini saya nak luahkan sedikit rasa tak puas hati dengan gaya penulisan novel (tidak ditujukan kepada semua penulis, ini hanya berpandukan novel2 yang telah ku baca selama ini). Saya rasa cukup tidak gemar bila penulis mengangkat watak utama (hero dan heroin) mesti lawa dan hensem gilerrr, romantik, kaya raya, berpangkat, kerabat diraja, status multimillionaire, bekerja di syarikat multinasional, rumah besar, kereta hebat, pakai item berjenama, makan di tempat high class and bla...bla...bla..Aduss! Rasa sangat jauh dengan kita, x realistik dan tertanya2 adakah manusia yang sempurna begitu? (memang ada tapi hanya segelintir).Hanya watak2 yang macam itukah yang 'laku' ceritanya dan sentiasa bahagia? Kalau hanya satu dua novel je yang begitu masih boleh diterima tapi kalau dah banyak sangat lambakan novel begitu...emmm. Pembaca pun terbuai-buai perasaannya tapi still dapat rasakan perbezaan kisah dalam novel dan kehidupan sebenar. Macam kita menonton cerita hindustan kan. Sangat tipikal ! KLISE! Stereotaip!
Why not penulis mengangkat kisah masyarakat dan watak2 yang lebih realistik dan dekat dengan kehidupan kita dan menyelitkan lebih banyak informasi berguna dalam format penceritaan yang santai.
|
gambar ihsan google |
Ini sedikit luahan rasa dari seorang ulat buku.
|
gambar ihsan google |
Namun begitu masih ramai penulis yang bagus, buat 'homework' dan 'research' sebelum mula menulis serta menghasilkan karya2 yang hebat yang memberi ilmu berguna kepada yang membaca. Tahniah buat mereka!
|
gambar ihsan google |
Sekian, wassalam!
p/s:entry ini adalah hasil coretan dari penulis blog picisan yang masih serba kekurangan dan perlu banyak lagi belajar.