Assalamualaikum dan salam sejahtera
" Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan "
p/s : Rindu sangat pada blog ini dan kawan2 semua!
Lebih dahulu maaf dipinta kerana telah lama menyepi serta tidak sempat untuk ziarah ke blog teman2 juga.
Alkisahnya, minggu lepas kami telah melalui detik yang agak mencemaskan apabila ibu mertuaku (MIL) dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). So, kami telah pulang dengan segera ke kampung untuk melihat keadaannya. (Semua adik beradik suami balik kampung dengan segera setelah mendapat berita tentang MIL)
Keadaan MIL semasa di ICU |
Tentu ramai yang tertanya2 MIL sakit apa kan? Sebenarnya MIL baru sahaja di 'diagnose' menghidap "Meningioma Brain Tumors" .MIL telah menjalani ujian darah, CT scan dan MRI . Selama ni MIL memang berada di KL cuma dia ingin pulang ke kampung sekejap (seminggu) sebelum rawatan kanser dimulakan. Tak sangka pula dalam masa beberapa hari dia pulang ke kampung terjadi pula perkara itu.
MIL berjaya melepasi detik kritikal dan ditempatkan di wad biasa |
Google2 , depa jumpa tentang khasiat biji aprikot dan kesannya yang dapat menentang kanser. (Guys...i wil give you more details about B17 Apricot Seed Treatment later).
So..MIL will start first treatment on this coming Sunday (suntikan B17 dan ubat makan). Tolong doakan ye kawan2!
Senarai harga suntikan B17 |
Ini pula biji aprikot mentah dan khasiatnya |
Boleh berhubung dengan En Rafee ni untuk tahu lebih lanjut tentang B17 |
Boleh juga berkunjung ke blognya atau ke officenya yang beralamat di Banting, Selangor |
En Rafee ni adalah nutritionist dan pembekal produk B17. Ada doktor dan jururawat yang akan menjalankan prosedur rawatan nanti.
^
^
^
^
^
Danish sempat menemani papa ke kedai tayar untuk tukar tayar kereta baru kerana tayar kereta kami pecah semasa balik ke kampung hari tu. |
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga bertemu lagi. Wassalam!
17 comments:
Insya Allah, kita ikhtiar setakat yang termampu... semoga MIL Ida cepat sembuh...
Pernah dengar jugak pasal biji aprikot ni TJ...tapi rasanya tu mcm cream bukan suntikan....apa pun moga MIL segera pulih seperti biasa....apa agaknya simptom dia kan?
Produk biji aprikot tu mmg ada yg bentuk supplemen utk dimkn,cecair utk suntikan dan cream.
Simptom sakit keoala,tetiba sawan n kejang seluruh badan n slowly hilang daya ingatan
Tima kasih nur
inshaallah..tiada penyakit yg tiada ubatnya kecuali mati..
Mati n tua tiada ubat
Semoga ceoat sembuh MIL ya.. kita banyakkan berdoa untuk kebaikan dan kesihatan beliau.. kiranya MIL ni semoat balik ke kampung la? Mungkin rindu pada rumah tu. Legalah juga, sempat balik kan..
semoga cpt sembuh..
doa utk ibu mertua
Tq knor!
Tq aisy nasiha!
semoga MIL TJ di beri kesembuhan..
then dipermudahkan segala urusan amin..
Terima kasih!
Moga MIL diberikan ketabahan dan kekuatan utk menghadapi semua ujian ini. Kami sebagai teman mampu mendoakan saja.
ps: kakak consume biji aprikot juga tau. Tak payah tunggu sakit. sedap tau jadikan kudapan cuma kadang adalah terkunyah yg agak pahit sikit. tapi kalau dah biasa sedap macam makan badam aje..
Terima kasih,akak!sy pun nak amalkan jugala biji aprikot ni
Moga MIL akak cepat sembuh ya kak.. banyak kan doa..
nak amalkan jg lah biji Aprikot ni..mmg bagus kan..
Oh, begitu ceritanya! Semoga MIL TJ diberi kekuatan menghadapi dugaan ni dan cepat sembuh.
Ya Allah...takutnya...
Post a Comment