Alhamdulillah

Wednesday, 19 March 2014

Bercanda di Pulau Dayang Bunting

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sungguh tak berkesempatan untuk update blog dan BW blog teman2 di alam maya ni..rindu kamu semua! Muaaahhhh!

Alhamdulillah, telah selamat pergi dan balik dari Pulau Lagenda, Pulau Langkawi! (Maklumlah, ada sedikit fobia menaiki pesawat memandangkan negara kita baru ditimpa musibah kehilangan pesawat MH370).

Dalam pesawat AK6312

Sudah selamat tiba di airport Langkawi..syukur!
Check-in di HIG Hotel Langkawi

Makan malam beramai2 di kedai makan depan HIG Hotel.
Saya makan laksa~ sedap!
Sempat lagi round kedai berhampiran hotel hehe

Sempat lagi round kedai berhampiran hotel hehe

Buat apa di Langkawi? Sebenarnya ke Langkawi kerana berkursus.~ Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP). Kursus ini memang dianjurkan oleh sekolahku dan oleh itu semua guru sekolahku wajib hadir. Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Ini kali pertama kami mengadakan LDP diluar dari KL. Tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa Kelab Guru & Staf Sokongan (KGSS) kerana telah bertungkus lumus menjayakan program mega pertama buat tahun ini.

Program ini mengambil masa 3 hari 2 malam . Kami bertolak ke Langkawi pada hari Sabtu (15 mac 2014) dan pulang semula ke KL pada hari Isnin (17 mac 2014).
Kami menginap di Hotel HIG yang terletak di Pekan Kuah. Cantik juga bilik hotel ni kerana hotel ni adalah hotel baru. Baru 4 bulan beroperasi. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Kompleks HIG (Haji Ismail Group), so memang senang la untuk ber'shopping' hehe.

HIG Hotel~ gambar ihsan google

Bilik kami~ 2 katil single (2 orang sebilik)~ gambar ihsan google
*****************************************

~ Day 2 ~

Breakfast @ HIG Hotel
Latihan Dalam Perkhidmatan 3/2014

Dalam Dewan Seminar Hotel HIG
Antara aktiviti LDP berkumpulan
Bergambar kenangan beramai-ramai di dalam bilik seminar
Bergambar kenangan beramai-ramai di depan hotel
Barisan AJK KGSS yang bertungkus lumus menjayakan LDP ke Langkawi
Selepas sesi ber 'LDP' , kami juga di beri ruang untuk membuat aktiviti sendiri di Pulau Langkawi ni. Aku memilih untuk menyertai aktiviti
Island hopping tour Langkawi

Kami hanya dikenakan bayaran sebanyak RM30 seorang kerana menyertai secara berkumpulan (15 orang). Kami diambil dari hotel penginapan dan di hantar ke jeti untuk menaiki bot . Masa yang diambil ialah 4 jam untuk mengunjungi 3 pulau berlainan iaitu Pulau Dayang Bunting (ada tasik air tawar juga), Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.


Jeti Teluk Baru







Destinasi pertama: Pulau Beras Basah





Pantai di Pulau Beras Basah


Ada mat saleh handsome tolong tolak bot kami hihi 

Pulau Beras Basah

Destinasi kedua, kami  dibawa untuk eagle's feeding di Pulau Singa Besar. Kebiasaannya pemandu bot akan membawa kulit ayam untuk mengumpan burung helang ini. Satu perkara yang menarik adalah pemandu pelancong/jurumudi dilatih agar tidak memberikan terlalu banyak makan kulit ayam kepada burung helang ini untuk memastikan spesis ini tidak berpenyakit . Kalau 4-5 bot datang sekali, maka hanya satu bot dibenarkan untuk memberikan Burung Helang ini makan kulit ayam. Bot kami tidak memberi makan kepada burung helang ini. Cukup meninjau dengan lebih dekat habitat burung helang di Langkawi ini.



Destinasi ke 3 diteruskan ke Pulau Dayang Bunting.



Bentuk Pulau Dayang Bunting seperti wanita mengandung yang sedang tidur

 tasik air tawar Pulau Dayang Bunting

 tasik air tawar Pulau Dayang Bunting

Bergambar berlatar belakangkan Pulau Dayang Bunting



Insya-allah..kita sambung lagi cerita kami di Langkawi dalam entry seterusnya.
Sekian, wassalam!




14 comments:

aby said...

Salam TJ.
Tk mabuk laut ke buat island hoping tu. Larat juga berjalan sampai tasek tu yer. Aby sekeluarga prnah juga buat island hoping dan mangrove tour

nurbijen said...

wah, hotel HIG dah buka.... mmg mudah sgt nak shopping kalau lagu tu :)
Best kan dapat island hopping kat pulau2 tu... setiap pulau ada tarikan tersendiri :)

Sweetamieda. Blo said...

Alhamdulillah..x mabuk laut aby

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu nur.cantik sgt pemandangan.

Unknown said...

wow,byknya pic!!!tp cam biasa ler...huhu..
Sambil menyelam,minum air...hehe

Sweetamieda. Blo said...

Tunggu sambungan cerita ni ye hihi

Unknown said...

bestnyer dapat pi lengkawi..gambar2 yg ida ambil semua menarik, DSLR katakan..hehe

shopping apa jer tu...?

FarahFerraDotCom said...

Bestnya stay kat HIG.. tempat shopping dia sebelah jer kan.. =D

OKje said...

amboi bukan main lagi mak dara mak dara ni pose yek....hehe...siap tunjuk langit lagi hehe
Pergi ngan kengkawan best kan TJ

Mummydearie said...

Dalam diam rupanya dah pergi dan balik dari Langkawi! Tengok gambar pun dah tahu memang meriah dan best aje percutian sambil berkursus ni ya.

Sweetamieda. Blo said...

Hihi gambar2 tu campur2.selain dslr, ada guna camera biasa n camera phone je hihi.
Bab shopping nanti jgn lupa bc next entry...tungguuu...

Sweetamieda. Blo said...

Yupp.
Pelan strategik gitu hihi

Sweetamieda. Blo said...

Tulah..posing sakan hihi.nanti nak gi ngan suami n kids lak

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu..mmg meriah n best!